011

38 5 0
                                    

"Siap!" Minho dan Chan siap buat Kimbap untuk Y/n. "Aku pergi bawa kimbap ni dekat dia jap. Tunggu tau" Minho cakap sambil jalan ke arah tangga.

Chan hanya menganggukkan kepalanya sambil makan Kimbap. "Sedap juga mamat ni buat" komen positif dari Chan.

Knock knock

"Y/n.." Minho buka pintu bilik dan nampak kelibat Y/n tengah main phone. "Ni.. Saya dah buat Kimbap" Minho senyum lalu duduk di sebelah isterinya.

Y/n tetap tatap telefonnya. "Awak.. Penat tau saya buat. Siap panggil Chan lagi sekarang dia dekat bawah" Minho suap kimbap dekat isterinya.

"Saya tak nak kimbap saya nak kimchi" ternganga mulut Minho. "Kimchi? Hahahaha tak lawak. Makan ni." Minho paksa Y/n makan kimbap yang dia buat.

"Tak nak.. Saya nak kimchi. Yang pedas punya. Yang panas punya. Saya tak buat lawak" Y/n letak telefonnya di perut.

"Arh.. Okay.. Okay.. Kot.. Tunggu" Minho bagi pinggan dekat Y/n. "Kenapa?" Y/n tanya. "Makan" Minho jawab.

"Tak nak" Y/n bagi semula pinggan. "Makan." Minho bagi semula. "Tak nak..." Y/n bagi semula pinggan dekat suaminya.

"Makanlah sementara tunggu kimchi datang" Minho bagi semula. "Okay.." Y/n buat muka 10 sen.

Ruang makan.

Minho duduk depan Chan. "Kenapa?" Chan tanya sambil makan Kimbap.
"Dia tak nak kimbap pula. Dia nak kimchi" Minho garu kepala yang tidak gatal.

"Kimchi?! Asal mengada sangat ni bila pregnant?" Chan tanya dengan selamba. "Eh kau! Biasalah orang pregnant. Kau tak kahwin lagi memang arh" Minho backup isterinya.

"Okay.. Okay.. Kau ada barang tak nak buat? Kalau tak ada beli dekat kedai tadi tu beli yang dah siap pack and panaskan je" Chan pakai hoodie nya semula.

"Beli je lah yang dah pack senang sikit." Minho ambil kesempatan apabila Chan berikan pilihan. "Jom" Chan ambil kunci kereta Minho.

Y/n buka pintu bilik apabila dia sudah dengar pintu rumah tutup. Cepat-cepat dia turun. "Hah! Padan muka! Itu lah selalu merajuk dengan aku.. Kan dah kena HAHAHAHA" Y/n gelak sendirian.

Knock knock

Pintu rumah Y/n diketuk oleh seseorang. "Siapa pula ni?" Y/n buka pintu rumah.

Tiada siapa

"Buat lawak ke apa?!" Y/n lihat sekeliling. Tiada bayang sesuatu yang dia nampak.

Y/n baru nak tutup pintu, ada sesuatu kotak hadiah di hadapan pintu. Y/n dengan berhati-hati ambil kotak hadiah.

Buka dengan perlahan, ada 3 keping gambar. Y/n terbalikkan gambar itu, dan gambar keluarga Y/n.

Gambar ibu dan bapa Y/n dipangkah dan diikuti gambar Changbin dipangkah. Gambar terakhir. Gambar Y/n. Tapi ditulis NEXT.

Terpaku Y/n apabila gambarnya ada. Y/n kembali tengok sekeliling. Ada tapak kaki yang dipijak oleh tanah berada di lantai.

Y/n masuk balik ke dalam rumah untuk mengambil kayu besbol lalu keluar rumah dan ikut tapak kaki.

Tapak kaki itu menuju ke semak lalang. "Sejak bila tempat ni ada?" Y/n bisik sendirian.

Dia baru nak masuk, ade lampu suluh menghala dekat Y/n. "Siapa itu?" Suara lelaki menegur Y/n.

Y/n pusingkan badannya ke belakang matanya silau apabila lampu itu betul terkena matanya.

"Y/n?" Lampu suluh dihala tempat lain. "Jung hyun?" Y/n pelik kenapa Jung hyun iaitu bodyguard nya berada di sini.

"Awak buat apa dekat sini?" Y/n dengan cepat tanya soalan. "Saya tinggal dekat-dekat sini. Y/n pula? Bukan sepatutnya awak dekat dalam rumah ke?" Jung hyun tanya.

"Kenapa dengan kayu besbol tu?"
Jung hyun halakan lampu dekat kayu besbol. "Arh.. Tak rasa macam ada pencuri tu yang ni keluar sampai sini." Y/n tipu.

"Jom. Saya teman awak balik rumah. Bahaya ni tengah malam sorang sorang." Jung hyun beri laluan kepada Y/n.

Y/n masih teragak-agak untuk balik dengan Jung hyun. Dia pelik sejak bila Jung hyun duduk dekat-dekat sini?

"Saya tak tahu pula awak duduk dekat-dekat sini?" Y/n mulakan perbualan. "Baru je pindah. Tadi pun saya saja jalan-jalan dekat area sini. Then dengar macam ada orang dekat semak tu. Ingat pencuri ke apa" Jung hyun jelaskan.

Y/n anggukkan kepala tandanya dia faham. "Kotak apa tu?" Jung hyun tanya. "Tak ada apa-apa" Y/n jauhkan kotak itu dari Jung hyun.

Setelah tiba di depan rumah, kereta Minho pun sampai. "Hah. Suami awak dah balik. Saya pergi dulu lah. Bye. Jumpa esok pagi" Jung hyun senyum lalu patah balik semula menuju ke rumahnya.

Minho keluar dari kereta lalu pergi ke arah isterinya. "Sayang? Buat apa dekat luar ni?" Minho pandang ke arah Jung hyun yang makin lama makin jauh.

"Siapa tu?" Minho pandang Y/n yang pegang kotak dengan kayu besbol. "Tu Jung hyun." Y/n jawab lalu menyorokkan kotak hadiah.

Tapi apakan daya, Chan rampas kotak hadiah itu dari tangan Y/n. Dia buka dengan cepat. "Apa ni?!" Chan tanya sambil tunjuk 3 keping gambar dekat Y/n.

Minho kerutkan dahi lalu rampas gambar itu dari tangan Chan. "Y/n?" Minho tanya sambil pandang gambar.
"Saya tak tahu. Tadi ada orang ketuk pintu, bila saya buka, tak ada orang. Then nampak ada kotak hadiah. Tengok je itu lah isi dia." Y/n terangkan.

"Then tadi ada tapak kaki. Tapak kaki tu straight pergi dekat semak samun sana. Then tak sempat Y/n nak check, Jung hyun datang." cerita Y/n habis diceritakan.

"Kenapa awak nak kena keluar seorang diri? Awak pun tahu kan yang awak bukan seorang dah dua orang bahaya tau" Minho pegang bahu Y/n dengan lembut.

"Haah. Dah sekarang semua dah selamat, kita bincang dalam rumah." Chan ambil kayu besbol dari tangan Y/n.

Sebelum Minho masuk dalam rumah, Minho lihat ke arah mana Jung hyun balik tadi. "Macam ada yang tak kena." Minho menuju ke rumahnya.

To be continued

AGENT LOVE (THE END)Where stories live. Discover now