A few in One .

13 0 0
                                    

Its feel like I've been dreaming for a long time , for a while those beautiful stories that we created together .. Fading in just one argument
Honestly tonight , they're all coming back to me .
I dont think my heart can take it
All the thought of you
Torturing ..
I hope I can being more mature .

¤¤¤

'Kesunyian'

Gelap .. Sepi ... Tiada .. Kosong ..
Lampu juga tiada , tanda jalan juga tiada ..
Meraung .. Menangis .. Menggila ..
Namun tiada suara .. Masih sepi ..
Lenggang , laluan itu seperti bencana
Tiada hidupan, tiada nyawa ..
Namun masih wujud , berfungsi , berbakti

Terlalu sunyi . Hati siapakah ini ?
Sadis .

¤¤¤

'Kemurungan'

Sedih ? Tidak, aku sedang ketawa .
Kecewa ? Tidak, aku masih senyum.
Penat ? Mana mungkin , lihat ! Aku masih mengejar .
Menangis ? Tidak perlu .. Tiada yang peduli .

Jika begitu, tiada kemurungan .

Ya .. Tiada ..

Kerana aku masih bernyawa,

Kemurungan hanya berlaku jika adanya jasad namun tiada nyawa ...

Pathetic ? Well , thats life , dont live it, learn it .

¤¤¤

'Kehampaan'

Aku sentiasa lakukan yang terbaik
Aku sentiasa menjadi yang termampu
Aku mempunyai cita-cita
Aku mencipta wawasan
Aku inginkan kebanggaan
Aku akan menjadi aku yang tiada bandingannya ...

Tapi mengapa ?
Pabila aku semakin dewasa ...
Dunia menghina
Dunia memijak
Dunia mencemuh
Benarkah ini realiti ?
Mengapa dongengan zaman kecilku terlalu indah ?
Sehingga aku tidak ingin menjadi aku ..
Di mana semua khayalan yang dijanjikan kenyataan ?

¤¤¤

'Kehinaan'

Kelam ..
Seluruh wajahku bagai disedut oleh bumi walaupun aku serba tahu bahawa aku mampu melawan graviti bumi yang dicipta Tuhan di tengah-tengah bulatan bumi
Tapi tidak kepada hal ini .
Aku seperti ingin ditarik lebih ke dalam kerak bumi 
Aku diam , tidak berkutik , bisu , kurang upaya ..
Hati membalas segala-galanya , setiap perkataan , setiap huruf , setiap soalan , setiap jawapan, setiap minit , setiap detik
Aku membalas seperti pakar
Namun ..
Tiada yang mendengar .
Aku dipaksa untuk menelan segala pahitnya kata-kata itu..

Tidak terasa kenyang pun di perutku ..
Kemana semua yang aku telan tadi ?

Oh , semuanya disini ..
Di lubang hati yang paling dalam ini .
Berkumpul , membesar dan memenuhi .

¤¤¤

Kesunyian,
Kemurungan,
Kehampaan,
Kehinaan ..
Wajarkah aku merintih begini ?
Membelah dan menyelami
Namun tiada penghujungnya....
Tidak penatkah aku menari ?
Menginjak dan meniti
Walau aku tahu segala ini lelah..
Jadi mengapa tidak berhenti ?
Terlalu terbiasa dengan hal meludah maruah sendiri

Siapa ?

Siapakah yang bermadah ?
Kitab tebal manakah yang mendefinisikannya ?

Tiada ..
Aku sendiri penciptanya
        sendiri pengarahnya
        sendiri pelakonnya
        sendiri pentafsirnya

Sadis .

Poems From HeartWhere stories live. Discover now