Chapter 23

2.3K 100 0
                                    

"Awak, nah ubat,"kataku dan letak ubat di meja kecil di tepi katil.

"Thanks,"kata Haiqal dan telan ubat 2 biji. I don't think penadol membantu sangat.

"Okay tak ni? Kalau tak tahan sangat saya pergi belikan Tylenol,"kataku.

"I'm fine,"balas Haiqal. Fine lah sangat, dari tadi dia berkerut-kerut dahi.

"Kalau ada apa-apa panggilah saya. Nak kemas almari sekejap,"balasku.

Lepas 3 minggu kerja huru-hara almari aku, baju banyak tak simpan properly. Tengah ada masa ni baik aku kemas dulu.

"Kenapa tak turun?"tanya Haiqal.

"Umi suruh temankan awak, lagipun yang lain still berehat dalam bilik masing-masing,"balasku. Malas aku nak tambah part 'urut kepala' dia.

Instead balas, dia hanya menganggukkan kepala dan selubung balik dalam selimut dia.

~~~

Almost setengah jam jugak, aku kemas almari aku dengan Haiqal juga. Alang-alang ada masa.

Selepas keluar dari almari, aku boleh dengar suara Haiqal, mengerang sakit. Teruk betul migraine dia ni. Degil betul, orang kata dah Tylenol kuat sikit.

"Awak,"gerakku tapi dia still tak bangun.

Argh, urut jelah kepala dia, umi jugak cakap selalunya lepas urut dia okay sikit.

Lepas aku start urut barulah, dahi dia tak berkerut sangat. Mengada betulah dia ni.

"Syura,"panggil Umi. Eh bila pulak umi masuk bilik. Umi sedang bawak semangkuk bubur dan air.

"Haiqal okay tak?"bisik umi. Probably taknak dia bangun.

"Ubat tu tak kuatlah,"balasku perlahan. "Umi tengokkan Haiqal sekejap, Syura nak belikan ubat lain,"sambungku.

"Keluar mana pulak? Syura mana ada lesen kan?"kata Umi.

"Takpa farmasi dekat je,"balasku. Dalam 5 minit je naik teksi.

"Okay, hati-hati ya,"kata Umi.

"Okay,"

~~~

Selepas aku siap ambil coat aku dan terus ke bawah. Instead daddy yang duduk dekat sofa. Ada Hakim tengok tv disitu.

"Pergi mana?"tanya Hakim.

"Pergi farmasi, Haiqal migraine,"balasku.

"Bawa kereta ke?"

"Tak Syura takda lesen,"balasku.

"Hahaha, seriuslah. Pastu ni nak pergi macam mana?"tanya Hakim

"Naik teksi. Dekat je farmasinya,"kataku.

"Tunggu, aku ikut,"kata Hakim dan bangun dari sofa. Dah ni kenapa pulak.

"Eh, tak payah,"kataku.

"Kalau jadi apa-apa dekat bini abang aku, nak jawab apa pulak aku nanti,"kata Hakim.

"Eh, kesian Liana tinggal sorang,"kataku.

"Takpa Liana tengah mandikan Amir. Lagipun kau cakap sekejap je kan?"kata Hakim.

"Fine, Syura tunggu,"balasku.

"Ha kan senang dengar cakap orang dari awal,"kata Hakim dan naik tangga.

Eii, sama je kembar Haiqal punya perangai. Dia je betul.

~~~

"Kau dengan Haiqal okay,"tanya Hakim. Sekarang ada di dalam teksi.

Mr. RightWhere stories live. Discover now