winter ❜ 0 7

23 2 0
                                    

❛ JUNGKOOK ❜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JUNGKOOK ❜

Bersama jaket berhud yang tersarung, aku melangkah masuk ke dalam sebuah kedai sarbaneka bernama Jinnit-11. Niat aku cuma nak beli kopi keluaran terbaru yang ada muka bangtan itu.

Orang kata sedap. Jadi nak lah juga aku cuba. Apa kau fikir malaikat macam aku tak boleh nak nikmati kehidupan seorang makhluk ke?

Tanpa memandang ke hadapan, kaki diorak ke arah peti sejuk yang menempatkan segala jenis minuman. Tanpa aku sedar, tubuh tegapku telah melanggar bahu seseorang daripada tepi.

Sebelum sempat wanita itu jatuh menyembam tanah, pantas lengan aku bergerak merangkul pinggang rampingnya. Terlalu klishe, tetapi hakikatnya mata kami saling bertautan.

Aku──

Terkilan, terkejut. Mulut aku bagaikan digam kuat. Permata jernih milikku sudah mulai bertakung pada tubir. Hanya tinggal masa yang sesuai untuk mengalir jatuh.

"Kang T-taeri?"

Tergagap-gagap mulutku mahu melontarkan nama itu. Setelah sekian lama tidak disebut. Tangan kirinya yang memaut pada bahuku, secara perlahan bergerak hendak menyentuh pipiku.

Dapat aku lihat dia seakan teragak-agak mahu menyentuh dan mengusap pipi mulusku yang bersih tanpa sebarang cacat cela.

Namun, tanggapan aku salah sama sekali. Jari runcingnya bukan menyentuh pipiku, malahan kesan parut yang berada di bahagian bawah pangkal mata.

Parut kecil di mana, hasil torehannya suatu ketika dulu.

"J-jeon Jungkook? Is that you? "

"Woi! Nak buat sumbang mahram bukan dekat sini! Ini kedai aku!"

Baru sahaja aku mahu mengangguk, kehadiran kami disergah oleh seseorang dari belakang yang kemungkinan pemilik kedai ini.

Nada kuatnya menyentakkan kami berdua. Pantas kami membetulkan posisi. Dia, aku lepaskan dari pelukan sebelum bergerak mengusap leher jinjangku.

Malu. Bertambah malu apabila ditegur cuba melakukan sebarang perbuatan terkutuk.

Mataku melilau ke arah lain dan begitu juga dengannya. Sesekali anak mataku bergerak memandang gadis yang aku kenali sebagai Kang Taeri di hadapan. Janggal yang kami rasakan.

"t-tak mungkin awak suami saya, kan? M-maaf, saya sudah melebihi batas."

Ujarannya yang secara tiba-tiba mengetuk masuk ke dalam gegendang telinga aku berjaya membuatkan aku terpinga-pinga.

Iya, masakkan mungkin dia mahu menerima hakikat bahawa akulah Jeon Jungkook iaitu suami kepadanya yang telah mati didera olehnya sendiri?

Aku hanya mampu berdiri statik di hadapannya. Figura Taeri yang semakin lama, semakin menghilang dari pandangan langsung tidak aku kejar.

Aku harus terima kenyataan, bahawa aku yang sekarang hanyalah seorang roh yang berkeliaran di dunia orang.

Roh ataupun malaikat putih yang cuba menyelesaikan masalah sendiri sebelum pulang ke alamnya semula.

Mati terus niat aku yang mahu membeli kopi. Sebaliknya, dua botol soju yang aku gapai sebelum membayar.

Aku patut tenangkan diri. Lupakan isteri aku, Kang Taeri yang kemungkinan sedang berbahagia pada saat ini.

Dan pada malam itu──

Jauh aku merantau. Berliku-liku perjalanan yang aku lalui sebelum tiba di kawasan tersebut. Kawasan bukit yang terletak dekat penghujung kota Seoul.

Bukit yang cukup tinggi untuk memperlihatkan segenap bandar Seoul yang luas, cantik serta menenangkan jiwa..

Satu keluhan aku lepaskan sebelum duduk bersila di atas rumput yang serba kemas dan pendek itu. Baru saja dipotong barangkali?

Botol soju aku goncang atas bawah sebelum dibuka penutupnya. Tanpa membuang masa, aku meneguk rakus minuman keras tersebut.

Kang Taeri, satu nama sempurna yang pernah bertakhta dalam hati aku. Orangnya yang pernah menjadi ratu dalam hidup aku. Yang mengajar aku apa itu erti cinta dan kehidupan.

Biarpun dia seorang yang manja, tidak pernah walau sesekalipun aku merasakan dia begitu menjengkelkan. Itulah sikapnya yang mampu membuatkan aku tenang.

Air yang tenang, jangan disangkakan tiada buaya. Sikapnya yang matang dan penyayang itu rupanya menyimpan seribu rahsia daripadaku.

Bekas pesakit mental. Dalam aku tidak sedar, hanya disebabkan kesalahan aku yang terlihat dokumen hospital miliknya, sama seperti menjerat diri sendiri.

Aku diseksa, dipukul, didera secara mentaliti dan fizikal serta dikurung secara kejam. Perut diikat kosong tanpa sebarang isi, namun sedikit pun kasih sayang aku terhadapnya tidak kurang.

Aku faham statusnya yang 'sakit'

Pantang dilepas, aku merayunya untuk menerima rawatan. Dan, apa yang aku dapat? Hanyalah penyeksaan secara terus-menerus.

Sehinggakan dia mengalami halusinasi. Disangkal bahawa aku curang dan mahu menceraikannya, padahal hakikat di sebalik itu aku dikurung.

Kejamkan dia?

Tetapi, kenapa hati aku ini murni sangat?

Susah untuk aku bencikan dia. Malahan, semakin kuat rasa sayang itu terhadap si dia. Sehinggakan aku sanggup balik ke bumi untuk memaafkan dirinya.

Kang Taeri atau patutkah aku gelarnya semula sebagai Jeon Taeri?

❛ ᵀᴼ ᴮᴱ ᶜᴼᴺᵀᴵᴺᵁᴱᴰ ❜

setelah sekian lama menghabiskan masa di main acc, akhirnya min balik ke sini jugak 😂 maaf buat kalian" semua yang tertunggu cerita ni ehe :)

Jemput baca, vote dan comments anak-anak.

Nak tengok juga berapa ramai yang masih menunggu cerita ni. Mesti tak ada kan? Hmmm...

SPECIAL TAG:
mekdikepuyaanbaejin | kokonat- | cloudymilkytae | yehetea | tokkicarrots | mcgicshop- | eunkim07 | _hanikookietae | dadjeons | hiseulgeee | rosesflwr- | syalala-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Winter •° Jjk ft. PjmWhere stories live. Discover now