bab 8

229 5 8
                                    

pagi isnin memang menjadi hari yang sibuk selepas cuti hujung minggu dah menjadi kebiasaan aku mengambil laporan untuk di serahkan pada CEO syarikat yang kini di sandang oleh En Danial.

aku melangkah masuk ke bilik danial untuk pastikan biliknya dalam susunan teratur dan menyediakan fail laporan seperti yang di kehendaki.

" morning Ana" danial menyapaku pagi ni. nampaknya mood dia pagi ni baik baik saja

" morning boss" aku tunduk hormat padanya.

duduk di kerusinya dia melihat fail yang ada di atas meja.

" apa scheduled saya hari ni" danial bersuara kemudian

aku semak diary schedule untuk danial seketika.

"ok.. untuk pagi ni tiada aktiviti cuma boss ada meeting dengan ahli lembaga pengarah jam 2.30 petang dan pukul 4 petang boss kena hadiri perjumpaan dengan Dato ' Mukhriz di Marriot hotel putrajaya berkenaan tentang perjanjian pembelian aset di Dubai.selepas tu tiada apa apa aktiviti luar. " aku bacakan jadualnya untuk hari ni

" Good.. pastikan dokumen yang saya perlu untuk keduanya dan awak ikut sekali "ujarnya padaku

" ok boss.. ada apa apa lagi? "soalku kemudian

" that's all " matanya fokus di hadapan komputer ribanya. aku senyum dan keluar untuk menyediakan dokumen yang di maksudkan

sedang asyik menyiapkan kerjaku kedengaran suara danial di interkom.

" Ana.. masuk bilik saya sekejap "

aku melangkah masuk ke biliknya waktu itu danial sedang menulis sesuatu di atas kertas. seperti sebuah nota.

" yes boss"

" ana petang ni lepas perjumpaan dengan Dato ' Mukhriz u tolong hantar fail ni ke bilik saya di hotel ye. saya ada urusan di luar dan akan sambung kerja di bilik saja. ni senarai fail yang saya perlukan" kata danial sambil berikan nota yang di tulis tadi.

" alright boss anything else"

" no.. thats all"

aku berlalu keluar dari biliknya tak perasan sudah ada orang yang membuka pintu dari luar hampir saja aku terjatuh kerana terkejut, kakiku terpelecok tapi sempat di tahan oleh orang tersebut

" ouch.." aku terasa pinggangku di pegang erat oleh lelaki itu

" I'm sorry... my bad" aku bersuara sambil membetulkan diriku

" it's okay.. thank god i caught you" pegangannya di leraikan sambil dia berikan senyuman manis padaku.

segera aku gerak keluar sempat dengar danial memanggil nama lelaki tersebut

" jacob.. what a pleasure surprise"

lama juga nampaknya danial berbual dengan lelaki tadi. nampak macam kawan baik je.

"ana.. please make a coffee for two" arah danial dari interkom

selesai buat air aku menuju ke bilik boss  mereka berdua masih rancak berbincang. aku letakkan air di atas meja tepi sofa di biliknya dan teringat sekarang sudah pukul 3.20 kami harus bersiap sedia untuk ke Putrajaya

" erm boss.. sorry for interrupted but we have to get ready for second schedule today" aku mengingatkan danial tentang pertemuan petang ini.

" oh ok then.. just wait for a while we go together" ujar danial. kawannya sempat memandangku sambil kenyitkan mata. aku hanya tersenyum dan tunduk hormat padanya.

" don't you ever try her jacob she's mine" tiba tiba danial bersuara aku biarkan saja dan keluar dari biliknya

======

terngiang kata-kata boss tadi 'she's mine'. hrmm kalaulah betul aku miliknya memang la bahagia sangat. tapi aku pasti bukan itu yang dia maksudkan.

" awak fikirkan apa anastasia" danial menyoalku tiba tiba

" nothing boss.. just enjoy the ride" aku menjawab sambil senyum padanya.

kami sedang dalam perjalanan pulang dari putrajaya selepas selesai urusan di sana. sampai di pejabat aku terus kumpulkan fail yang di perlukan untuk di bawa ke bilik kerja danial nanti.

danial pula terus hilang bersama drivernya. sedang aku bersiap untuk pulang handphoneku berbunyi

unknown number - hi

siapa pulak ni wasap aku ni. aku abaikan saja mesej tu

unknown number - tak sudi ke kawan dengan saya. baru tadi kita jumpa.

aku makin pelik siapa agaknya. takkan la si Jacob tu. pandai pula dia berbahasa melayu. rasanya tadi aku dengar dia berbahasa inggeris saja.

unknown number - saya sayangkan awak anastasia

ha sudah dah sah ni memang orang gila tau pulak nama aku ni. nasib baik bukan nama penuh.

unknown number - still ignore me. i know everything about u ana

aku ambil keputusan diamkan diri saja. kalau berani cakap la depan depan, tak gentleman langsung huh

dalam hati cuba merungkai siapa agaknya orang ini. gerak hatiku berat kepada jacob tapi tak mungkinlah. takkan mungkin danial berikan nombor aku padanya. ah biarkan saja paling kuat pun dia akan bosan bila aku diamkan diri tanpa respone.

aku teruskan perjalanan hotel danisl. niatku balik dari sana nak singgah ke kedai buku berhampiran. tiba tiba rasa ada mood nak baca novel, tu saja cara aku nak buang serabut kerja aku seketika.

=====

sampai di kedai buku aku terus menuju ke ruangan novel ada macam macam genre dan yang paling aku gemari genre percintaan.

unknown number - cari buku ke kenapa tak nak cari saya.

gosh apalah mamat gila ni nak kat aku, aku toleh sekeliling kalau kalau ada nampak manusia yang mencurigakan ni. tapi tiada sorang pun yang berkelakuan begitu.

unknown number - still ignore me. saya akan kacau awak sampai awak berhenti bagi bluetick pada saya

aku bertanya pada diri sendiri perlu ke aku reply mamat ni.

ana  -  stop disturbing its annoying

unknown number - finally u answer me. that sweet

ana - do i know u

unknown number - yes u are

ana - where are u

unknown number - here with u

sah memang gila. aku pandang lagi sekeliling akhirnya ambil keputusan untuk pulang saja ke rumah









cinta si mamat psychoWhere stories live. Discover now