Part 25

174 21 0
                                    

AMI P.O.V 

Aku mencelikkan kedua-dua belah mataku. Cahaya daripada lampu membuatkan mata aku silau. Aku cuba bangun perlahan-lahan. Terasa perit pada bahu kiriku. Mungkin ini luka tembakan semalam. 

"Ami.." Aku membuka mata seluas-luasnya apabila suara yang cukup aku rindui itu kedengaran di telingaku. 

"Umi?" aku lihat umi tersenyum namun senyuman itu tidak menunjukkan yang dia gembira bertemu aku. 

"Macam mana boleh jadi macam ni? Umi hantar Ami pergi Korea untuk belajar bukan terlibat dengan gangster!" Senyuman umi terus hilang dan riak mukanya menjadi serius. 

"Ala umi....benda dah nak jadi." kataku. Disebabkan itu, paha aku dihadiahi cubitan ketam daripada umi. "Banyaklah kamu!" 

Aku melihat ayah pula. Ayah hanya tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Sungguh, selama ini aku merindui mereka dan sekarang ini mereka berada di hadapan mataku. 

"Apa-apa pun, Ami gembira umi ayah sanggup datang dari jauh semata- mata hendak tengok keadaan Ami." kataku. 

"Umi ayah takkan datang kalau kamu tak buat hal." kata umi sambil berpeluk tubuh. 

"Umi ni, orang tengah sakit dia boleh bebel dekat kita pula.." 

"Macam mana umi tak bebel. Kamu tahu tak umi hampir kena heart attack bila dapat tahu kami masuk hospital tau." Aku hanya tersenyum mendengar bebelan umi. Biarlah umi nak marah aku sampai semua orang dengar sekali pun sebab inilah umi yang aku kenal. Tak kira berapa banyak kali dia bebel dekat aku, aku tahu dia sayangkan aku. 

Cuma, ada sesuatu yang buat aku pelik. "Siapa yang beritahu umi pasal semalam?" soalku. Siapa yang barwa sangat pergi bagitahu umi ayah ni? 

"Dia beritahu nama dia Atillia. Kami ada jumpa dia dekat luar tadi." kata ayah. Aku membuntangkan mata. Macam mana minah tu boleh ter-call umi ayah aku ni? 

"Mana dia?" 

Baru disebut nama tuan punya badan dah sampai. Atillia masuk ke dalam wad dengan sengihan lebar. Aku menjegilkan mataku padanya. Disebabkan kau, aku kena bebelan manja daripada umi. 

"Kau okey tak? Aku minta maaf sebab beritahu keluarga kau." 

"Okey, tersaaangat okey!" kataku separuh ikhlas dengan mata mencerlung Atillia dengan tajam. 

Tidak lama kemudian, Jungkook, Jimin dan Taehyung masuk ke dalam wad. Mereka tunduk kepada umi dan ayah. Bagus diorang ni, hormat orang tua. Lepas nak jadi menantu. 

Jungkook terus meluru ke arahku. Namun, dia menjeling-jeling juga ke arah umi. Dia menjauh sedikit apabila umi memandang tepat kepadanya. 

"Yah, neo gwenchana?" soal Jungkook. Wow....bro kita dekat luar tak perlu kot nak berlakon prihatin sangat...

"Macam yang awak tengok sekarang. Saya okey, jangan risau." balasku. Dia menghela nafas lega. Dah kenapa? Takut aku mati dan segala rancangan dia tak berjaya? Husnuzon, Ami...

"Mian, sebabkan saya awak kena tembak." Taehyung pula meminta maaf. Tak apalah Taehyung, saya cuma selamatkan buah hati awak je. 

"Tak apa, asalkan Leya selamat." Kataku. Taehyung tersenyum. Aku memandang Leya yang sedang melihat aku dengan wajah sugul. Haih kawan aku yang seorang ni, sudah 4 kali dia minta maaf dengan aku. Dan banyak kali juga aku balas tak apa. 

Jungkook, Jimin dan Taehyung keluar selepas itu. Tinggal umi dan ayah sahaja. Umi menghampiri aku dengan wajah serius. Pulak, apa lagi ni?

"Siapa lelaki-lelaki korea tu?" soal umi. 

The Boys  Next DoorWhere stories live. Discover now