Bab 44~|Dragon Crystal|

2.2K 206 5
                                    


Iezzi mendarat di hadapan pintu gua.

Untuk seketika, dia kagum dengan perhiasan kristal yang mengelilingi pintu gua hingga ke dinding gua.

"Ada tangga."

Wanita itu menuruni satu persatu anak tangga yang ada.

"Sejuknya." Meskipun sudah tebal pakaiannya, rasa sejuk yang mencengkam membuatkan dia menggigil.

"Jauh lagi ke?" Sudah beberapa minit lamanya dia menuruni anak tangga, tetapi masih tidak bertemu dengan penghujungnya. Terasa seperti gua itu langsung tidak berpenghujung.

Suasana sejuk dan sunyi membuatkan perjalanan terasa lama.

Setelah setengah jam menuruni anak tangga, Iezzi akhirnya tiba ke punghujungnya.

Lantai gua itu berkilat bak digilap hingga berkilau. Dindingnya dihiasi kristal berbentuk seperti chandelier yang digantung dengan banyak. Ditengah kawasan luas itu pula, terdapat satu hiasan kristal yang berwarna-warni.

'Hmm... Tak ada tanda-tanda ada makhluk hidup pun dalam ni.'

Iezzi memandang sekeliling sambil kaki melangkah menghampiri hiasan kristal yang berada di tengah itu.

Langkahnya terhenti. Mata tertumpu kepada kristal di depan mata.

Hujung kristal yang tajam dan berkilau disentuh dengan ibu jari.

"Auch! Tajamnya."

Jarinya yang luka dibawa ke mulut.

Titisan darah yang berada di hujung kristal itu menghilang.

Lantaj gua tiba-tiba bergegar hebat.

Satu susuk seekor naga muncul. Saiznya besar. Tubuhnya dilindungi oleh sisik yang berkilau bak kristal serta di atas kepala hingga ke hujung ekornya pula, mempunyai hiasan kristal yang runcing.

"Cantiknya." Iezzi kekaguman kerana tidak pernah melihat seekor naga seindah di depan matanya itu.

"Manusia. Ada apa-apa yang aku boleh bantu?" Ia bersuara.

"Aku Iezzi. Tak ada apa. Aku datang hanya untuk melihat kau."

"Melihat aku? Bukan kerana kau mahukan permintaan?"

"Permintaan?"

Mereka berdua keliru dengan apa yang dikatakan.

"Baiklah. Mari aku jelaskan tujuan kedatangan aku ke sini terlebih dahulu." Iezzi berkata.

Naga itu kelihatan akur.

"Aku tak faham dengan 'permintaan' yang kau katakan tadi. Tujuan aku datang ke sini hanya untuk membuktikan kewujudan kau. Itu saja. Tak ada apa-apa permintaan pun yang mahu aku pinta dari kau," jelas Iezzi.

"Baiklah, aku faham kata-kata kau."

Naga kristal itu merendahkan kepalanya, lalu merehatkan tubuh di atas lantai gua kristal.

Iezzi disapa rasa hairan melihat tingkah makhluk itu.

"Untuk pengetahuan kau, aku bukan saja menjaga pulau ini, malah aku turut menunaikan hajat manusia yang bertemu dengan aku."

Dia diam sejenak.

"Beratus tahun lalu, manusia hanya mahukan kekuatan, kuasa dan kekayaan. Semakin lama, aku semakin bosan mendengar permintaan mereka. Semuanya mahukan hal yang sama. Dan aku sedar, disebabkan permintaan yang aku tunaikan, dunia ni semakin 'kotor' dengan mereka ni..."

THE NEXT HEIR [Completed]Where stories live. Discover now