Bab 41

773 18 0
                                    

Selepas kereta mewah milik ibu mertuanya hilang dari pandangan mata, Julia terus mengunci pintu rumah dan mula mengemas apa yang patut .

Sesekali matanya melirik ke arah Adam yang sedang leka bermain .

Tiba-ii matanya tertancap pada beberapa bingkai gambar yang terletak atas almari di ruang tamu .

Dia mendekati almari tersebut, dan melihat gambar-ii itu .

Gambar perkahwinannya bersama Iffan masih kekal di sudut rumahnya . Juga terdapat beberapa gambar dia bersama keluarganya .

"Gambar kahwin aku masih ada ? Bukan Iffan benci aku sangat ke ?", soal Julia dalam hati .

Namun cepat-ii dia menyedarkan diri dari lamunan dan meneruskan kerjanya yang tergendala .

"Nak masak apa ek tengah hari ni ? Kejap lagi abg If balik kerja" kata Julia sendirian.

Setelah mendapat idea untuk masak . Tangan Julia lincah menyediakan bahan .

Ikan siakap masak 3 rasa dan cocktail menjadi pilihan Julia dan merupakan makanan kegemaran suaminya .

Selesai menghias sedikit meja makan, Julia terus naik ke tingkat 2 bersama Adam untuk bersiap .

Julia memilih sepasang kurungan merah jambu untuk menyambut kepulangan suaminya,

Manakala Adam pula disiapkan dengan kemeja berkolar, warna biru laut dan seluar jeans hitam.

Julia mengenakan sedikit solekan pada wajahnya . Rambutnya yang tidak berikat menaikkan lagi keanggunan dan kecantikkan Julia pada malam itu .

Setelah berpuas hati dengan dandanan rekaannya, Julia terus mendukung Adam dan turun ke tingkat 1 untuk menunggu Iffan .

Selang 20 minit, kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke perkarangan rumah .

Julia menunggu dengan penuh debaran.  Ini merupakan kali pertama dia berjumpa semula dengan suaminya selepas 5 tahun berpisah .

"Kenapa rumah aku nampak lain eh ? Macam ada orang kemas ?", soal Iffan dalam hati .

Matanya masih meliar melihat keadaan sekeliling rumahnya, seolah ada pengubahsuaian .

Iffan terus melangkah menuju ke pintu utama . Jantungnya hampir gugur melihat sepasang kasut wanita yang terletak di rak kasut rumahnya .

"Kasut perempuan ? Takkan Julia dah balik ?? Ya Allah, jika benar sangkaanku ini . Kau berilah petunjukMu"

Perlahan-ii Iffan memulas tombol pintu rumahnya, dan seperti mimpi dalam jaga . Dia memandang tak berkelip ke arah wanita yang berada di ruang tamu rumahnya .

Dia menikmati setiap inci tubuh wanita itu dari atas hingga ke bawah . Tanpa sedar, air mata mula menitis di pipi .

"Sa .. Ya .. Sayan .. Sayang ??", tergagap-ii Iffan memulakan bicara .

Julia hanya memberikan senyuman yang menggoda dan perlahan-ii menghayunkan kakinya ke arah Iffan .

"Assalamualaikum hubby"

"Ya Allah!", jatuh terduduk Iffan mendengar suara isteri yang amat dirinduinya .

"Waalaikumsalam syg"

"Hubby, syg minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki . Syg berdosa dengan hubby . Syggg ..."

Belum sempat Julia menghabiskan ayatnya, Iffan sudah meletakkan jari telunjuknya dibibir mugil Julia .

"Sygg, sygg takda salah dengan hubby . Hubby yang banyak salah dengan syg . Hubby seksa sygg . Hubby lukakan sygg"

Menangis teresak-ii Iffan apabila terkenang kembali perbuatan kejamnya pada isterinya dahulu .

SAKITNYA MENCINTAIMU!Where stories live. Discover now