✨18

865 81 9
                                    

🖋; Date

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🖋; Date

Jihyo resah menunggu teksi yang tak kunjung tiba. Dah jam 3.45 petang, maksudnya dia dah lambat 15 minit untuk keluar berjanji temu dengan Siyoon. Pasti lelaki itu dah menunggunya di rumah.

Ini semua sebab Taehyung lah. Lelaki itu tak habis-habis minta ditemani. Atas sebab simpati, dia menunggu lelaki itu untuk tidur sebelum dia bergerak pulang.

10 minit kemudian, barulah Jihyo dapat menahan teksi. Dia bergegas pulang, sambil resah memikirkan Siyoon yang pasti dah lama menunggunya. Dah la dia keluar pun tak bagitahu, mesti banyak soalan yang terbit dari mulut lelaki itu nanti.

+++

Siyoon menunggu di luar rumah Jihyo. Batu-batu kecil disepak, menghilangkan bosan. Jam di tangan ditilik entah buat yang keberapa kali.

5 minit lagi sebelum jam berganjak ke pukul empat petang. Dia dah tekad, kalau dalam masa tu Jihyo tak keluar, dia ingat nak pulang saja. Nak merajuk!

Panggilan dan mesejnya juga tak berjawab. Ke mana saja gadis itu pergi? Takkan la dia tertidur panas-panas macam ni?

Deruman enjin kereta yang kedengaran mencuri perhatian. Siyoon mendongak. Dari jauh, dia dapat lihat Jihyo yang terkedek-kedek berlari ke arahnya. Dia jadi hairan.

Yoon, sorry saya lambat. Fuh-- fuh--” Ujar Jihyo termengah-mengah.

Awak ke mana sayang? Balik dengan teksi pulak tu? Kenapa tak cakap dengan saya je kalau nak kemana-mana?”

Saya tak mahu susahkan awak. Maaf ya sebab buat awak tunggu.Jihyo meminta maaf lagi.

Siyoon diam. Nak maafkan ke tak eh?

Jadi tak date kita ni?

Eh mestilah jadi! Saya dah over excited ni tahu. Jom!

Jihyo tersenyum sumbing sewaktu lengannya ditarik lembut ke kereta. Dia tahu Siyoon tak boleh marah lama-lama dengannya.

Manakala lelaki itu ingin saja bertanya ke mana saja kekasihnya itu pergi, namun atas sebab dia tak mahu rosakkan mood date mereka hari ini, dia diamkan dulu. Dia akan bertanya juga nanti. Cuma tunggu masa yang sesuai.

Kita nak ke mana ni?tanya Jihyo sebaik saja dia masuk ke dalam kereta.

You'll see. It's a surprise...

[ √ ]L o v e  A g a i n ||  T a e H y o 💜Where stories live. Discover now