BAB 33

1.3K 45 0
                                    

Aku mencapai jambangan bunga setelah selesai memakai tudung dan veil paras pinggang saja.

Yana dan Aina melihat aku yang sedang berdiri di hadapan cermin.

"Cantiknya kak Sya!"

"Thanks Yana. Akak nervous sebenarnya"

"Relax kak"

"Dah mari aku gambar, sampai kat masjid tak sempat nak ajak kau selfie. Photographer berlambak nanti kat sana", seloroh Aina.

Kami bertiga selfie dan Aina mengambil gambarku solo berdiri.

Tuk! Tuk!

"Ya ibu?"

"Dah siap? Jomlah kita gerak, rasanya rombongan Faris dah sampai kat masjid tu"

Aku mengangguk. Ekor gaunku di pegang Yana, takut tersembam jatuh terpijak kain sendiri.

Di bawah, kelihatan nenda, Carl dan abang Randi menunggu. Serta beberapa stafku yang menjadi dulang girl yang sedondon memakai baju warna krim.

"Cantik banget cucu nenda", kata nenda.

"Terima kasih nenda"

"Nenda tahu kok dalam isi hati kamu itu Isya. Jangan nervous nanti seri pengantinnya makin hilang, senyum aja"

Aku mengangguk.

Lalu kami bergerak ke masjid, dalam Myviku Carl memandu di hadapan ibu dan kami tiga orang dibelakang. Di kereta Inova ibu pula nenda, abang Randi yang memandu dan dulang girl.

"Aina aku takut", bisiku.

"Istighfar Risy"

"Betul ke apa aku buat ni Aina?"

"Risy jangan buat hal, sekarang syaitan tengah hasut kau. Jangan ikutkan perasaan"

Aku mengangguk.

Kami keluar dari kereta, nampaknya rombongan Faris sudah sampai. Kami berkumpul dan sempat mengambil gambar. Kasut tumit tinggi warna putih aku tanggalkan, aku diiringi dengan Yana, Aina, ibu dan nenda mula masuk. Di belakang pula Carl dan abang Randi memegang kamera masing-masing diikuti dengan dulang girl.

Dari dalam masjid, lensa kamera fokus kepada kami. Aku senyum walaupun bergetar hebat di dadaku, jemariku yang berinai menggenggam erat jambangan bunga. Dari jauh aku sudah nampak Faris yang kacak bersongkok dan berbaju melayu lengkap sama warna dengan gaunku. Dia duduk bersila menghadap tok kadi.

Rombongan Faris juga tidak begitu ramai, kurang sikit rasa segan. Aku dibawa duduk diatas kusyen, disebelahku mama Faris, sebelah kanan pula Ibu diikuti dengan Aina dan Yana.

"Nampaknya pengantin perempuan pun sudah tiba, bolehlah kita mulakan majlis", kata tok kadi.

Semua mengangguk. Sebelum lafaz ijab dan kabul ada beberapa fasa yang perlu dilakukan seperti sedikit ceramah rumah tangga, bacaan taklik dan tanda tangan surat persetujuan nikah.

Aina sangat menjaga make upku diwajahku disebalik veil, yelah photographer tak henti-henti snap gambar dan merakam.

"Aku terima nikahnya Risya Sofya binti Sulaiman Hasan dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran dan 11 ribu 3 ratus ringgit tunai"

11 ribu 3 ratus bersamaan dengan tarikh lahirku 11 hari bulan 3.

Sah. Aku mengalirkan air mata lantas aku seka. Rimas jugalah pakai veil labuh depan belakang yang turut menutup wajahku nasib baik kain veil jaring kalau tak pengsan aku takda udara. Tangan ditadah untuk membaca doa yang dibaca oleh tok kadi.

Sementara Faris melaksanakan solat sunat, aku menyalam ibu, mama dan nenda.

"Welcome to our family Risya. Terima kasih terima anak mama, mama doakan semoga korang berdua bahagia. Selamat pengantin baru"

Aku mengangguk dengan senyuman.

"Ibu, terima kasih jaga Isya sepanjang 25 tahun ni"

"Sama-sama sayang, selamat pengantin baru dan ibu doakan kebahagian Isya dan Faris. Jadi isteri yang baik"

Aku mengangguk lalu mendakap ibu.

Air mata sudah redah, Faris berjalan menghampiriku lalu duduk di hadapanku.

"Assalammualaikum"

Aku yang masih tunduk menjawab salamnya.

"Faris nah cincin", kata mama Faris.

Jemari Faris yang berinai hanya pada tiga jari itu, mencapai tangan kananku lalu tangan kanannya menyarungkan sebutir cincin yang menjadi pilihanku ke jari manisku, muat.

"Please lama-lama ya", pesan photographer.

Kemudian aku tunduk menyalam tangan Faris. Pertama kali aku menyentuh tangannya, aku menunduk lama atas permintaan photographer.

"Sejuknya tangan", kata Faris

"I nervous"

Kemudian aku mencapai cincin silver lalu disarungkan ke jari manisnya yang berinai.

"Thanks for today", katanya lalu menyingkap veil hadapanku ke belakang lalu mengucup lembut dahiku lama. Aku menutup mata terasa hangat.

Selesai upacara pembatalan air sembahyang, aktiviti seterusnya ialah photoshoot di sekitar masjid.

Aku dan Faris berdiri berlatar belakangkan masjid, aku dan dia berdiri rapat. Klik!

"Okay pengantin lelaki please peluk sikit pinggang isteri dari belakang"

Kami menurut arahan photographer.

"Okay then mengiring sikit ke arah saya"

Klik! Klik!

Seterusnya kami bersama keluarga serta dulang boy dan girl mengambil gambar beramai-ramai.

Selepas itu kami photoshoot di luar masjid pula. Aku berdiri dipintu utama masjid. Veil hadapanku diturunkan lalu Faris diminta masuk ke dalam veil. Dahiku bertemu dan mata bertentangan. Aku sudah terseksa menahan debaran.

"I boleh nampak nervous kat dalam mata you"

Aku tersenyum.

"I malulah posing sweet macam ni"

"Alah takpalah sekali sekala"

Tanganku memegang lengan Faris lalu tangannya melingkari pinggangku. Klik! Klik!

"Okat nice. Sepadan, sama cantik, sama putih. Mesti anak pun cantik-cantik", kata photographer.

Faris apa lagi? Tersenyum-senyumlah dia.

Lepas itu ada style candid, kami berpegangan tangan lalu ketawa. Buat-buat ketawa sebab takda yang kelakar pun pada masa tu.

Selesai posing semua, kami mula balik ke rumah masing-masing.

"See you in two days later", ucap Faris.

Aku mengangguk.

"Terima kasih Risya sudi jadi halal buat I walaupun perkenalan kita tak sampai setahun"

"Thank you too sebab sudi jadikan I isteri you"

"Cause I love you"

Aku membalasnya dengan senyuman.

"Dah dah la tu... Jumpa juga nanti dah balik", kata abang Randi.

Aku ketawa.

"I balik dulu", aku tunduk menyalam Faris yang sudah sah menjadi suamiku.

"Nanti I call you"

"Okay bye"

Kami masuk ke dalam kereta masing-masing.

"Ayah Risya dah jadi isteri orang, doakan Risya", bisikku.

Betapa aku rindukan arwah ayah yang tiada di saat-saat begini.

Aku bertambah sebak bila Carl yang mewalikan aku tadi dan bukannya ayah.

🌼🌼🌼
Finally kahwin juga Risya dan Faris, tq vm guys support❤

BUNGA CINTA DI BEIJING✔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora