Dinginnya Awak!

10 0 0
                                    


Dingin! Itulah yang sering di lontarkan oleh orang sekelilingnya. Peduli apa aku. Suka hati kau orang lah nak cakap apa. Bukan kau orang yang bagi aku pahala kan.

Fara hanya diam melihat sahabatnya yang seorang ini. Malas dia mahu masuk campur. Lagipun Maya tak suka orang usik masalah dia. Bila dia dah buntu barulah pendapat si Fara ni di guna pakai. Kalau tak? Memang perah otak macam perah lemon. Pelik kan si Maya ni. Punya lah orang nak tolong boleh pulak dia jual mahal. Bukan apa, si Maya ni dari kecil dah di asuh untuk tak menyusahkan orang lain. Bagus betul lah mak ayah dia ni didik anak walaupun sebenarnya si Maya ni dingin nak mati. Hehe.

" Dah lah tu, kalau kita duduk kat sini sampai sudah kerja kita tak siap."

Maya bangkit dari bangku batu di taman mini berhadapan dewan kuliahnya. Fara yang berada di sebelah hanya mengekori dia.


Suasana kafeteria sedikit sunyi. Waktu-waktu begini memang ramai pelajar di dalam kelas. Cuma dia dan Fara serta beberapa orang pelajar sahaja yang sedang enak menjamu selera.

" Nasi tu untuk di makan, bukan untuk di tenung tahu tak." Bicara Fara mengejutkan Maya.

Kalau nak di ikutkan memang dia hilang selera makan beberapa hari ini gara-gara permintaan kakak sulungnya yang tak masuk dek akal untuk dia lakukan. Kalau orang lain mungkin ya, tapi bukan untuk seorang Maya Adriyana. Payah betulah kalau ada seorang je kakak dan yang seorang itulah bersusah payah untuk dia. Menolak nanti kecil hati. Kalau terima hati sendiri yang parah.

"Dah lah tu Maya, majlis kakak kau ada lambat lagi. Sekarang ni kau jangan fikirkan sangat. Kau cuma perlu fokus pada final kita yang tinggal beberapa minggu ni. Lepas tu kita brainstorming masalah kau pulak ea."

Maya diam mengadap nasi goreng kampungnya. Ada benar kata Fara. Dia yang terlalu memikir masalah yang satu itu. Sedangkan majlis pernikahan kakak sulungnya bakal di langsungkan setelah cuti semester nanti. Dah lah Maya. Jangan kusutkan otak okey. Bibir mengukir senyum manis.

" Hah, senyum macam tu baru menawan. Alahai Maya, siapa lah yang beruntung dapat kau ni." Puji si Fara.

" Dah, jangan nak melebih ea."

Fara ketawa kecil. Maya Adriyana. Gadis manis. Tinggi lampai. Berkulit kuning langsat. Punya senyuman yang memukau sesiapa sahaja tapi senyuman itu jarang sekali kelihatan. Mengapa? Kerana si gadis manis ini mempunyai hati yang keras. Siapa lah yang bertuah boleh cairkan dia. Memang tabik lah kat mamat tu.

******

Akhirnya! Peperiksaan akhir telah pun tamat. Barang-barang yang terletak di hujung bilik sudah pun selamat turun ke bawah. Fara membersihkan meja belajarnya buat kali terakhir. Nanti spot-check tengok meja kotor mahu nama dia naik. Hehe.

"Yang tersengih tengok meja tu kenapa? Buang tabiat?" Maya menegur. Tahu lah tak sabar nak balik.

" Mana ada apa-apa." Fara mengambil tafsir Al-quran kecil yang terletak di atas meja dan di kucup sebelum di masukkan ke dalam beg.

" Jom lah lepak kat bawah." Fara mengangguk dan mereka bergerak meninggalkan bilik.

"Nanti kau jangan lupa pulak datang majlis kakak aku."

"Insya-Allah. Kalau tak apa-apa hal aku datang. Kau jangan pulak buat perangai macam-macam tau."

Maya menarik muka sedikit. Tahu je si Fara ni.

" Mana pulak. Aku baik apa. Tak kan nak rosakkan wedding kakak aku." Fara tersengih melihat wajah rakannya itu.

" Memang lah kau tak rosakkan tapi jangan spoil mood orang yang nak nikah tu. Tahu lah kau tak berapa ngam dengan..."

Cheritera PendekWhere stories live. Discover now