🍃Bab 8

4.4K 188 23
                                    

Auna Danisha menyapu planta ke atas roti bakar itu.Air kopi dituangkan ke dalam cawan.

Adam Qalish yang melihat sarapan yang tersedia di atas meja,terus melangkah ke dapur.

Mujur nasi putih sudah siap dimasak.Dia menuju ke peti sejuk lalu mengambil dua biji telur dan ikan kembung kemudian digoreng.

Auna Danisha memerhati di sebalik dinding.Tidak sudikah suaminya itu menjamu sarapan yang telah disediakannya?

Setelah siap mengoreng telur dadar dan ikan kembung,Adam Qalish menuju ke meja makan.

"Abang,abang tak sudi ke makan sarapan yang Auna sediakan?" ujar Auna Danisha berhati-hati.

Takut silap cakap,nanti melenting pula suaminya itu.

"Saya dah mula bekerja,jadi saya perlukan makanan yang berat untuk menampung seharian saya bekerja.." balas Adam Qalish kemudian menyambung menyuap makanan ke dalam mulut.

"Kenapa abang tak cakap?Klau tak,Auna boleh sediakan.."

"Tak pe,saya dah biasa buat sendiri.Okaylah,saya gerak dulu.."

Adam Qalish mengangkat pinggannya lalu menuju ke dapur.Auna Danisha mengikuti langkah suaminya dari belakang.

"Abang,letak je kat singki tu.Nanti Auna basuh.."

Adam Qalish tetap membasuh pinggan itu.

"Saya ni dari kecil dah belajar berdikari.Jadi saya tak nak susahkan awak.Saya gerak dulu.Assalamualaikum.." ujar Adam Qalish kemudian dia melangkah keluar dari rumah.

🍃🍃🍃

Dato Aleef tiba di rumah anak menantunya.Terkejut juga Auna Danisha dengan kehadiran papanya.

"Papa dari mana ni?Tak cakap kat Auna pon nak datang sini.." ujarnya setelah bersalam dengan papanya.

"Dari rumah.Papa saja nak buat kejutan kat Auna.."

Auna Danisha tersenyum.

"Erm..papa duduk lah dulu.Auna nak buat air jap.Papa nak air apa?Sejuk ke panas?"

"Teh'o panas lah.Dah lama papa tak rasa air tangan Auna.."

"Okay,kejap.Auna buatkan.."

Setelah beberapa minit di dapur,Auna Danisha tiba di ruang tamu dengan menatang dulang.

"Auna okay?"

Terhenti seketika perbuatan yang sedang menuang air ke dalam cawan itu.Dia memandang wajah papanya.

"Auna okay je pa,cuma tulah.Kadang-kadang Auna tak faham dengan sikap abang Adam.Apa yang Auna buat,semua tak kena.." adu Auna Danisha.

Bukan niatnya mahu memburuk-burukkan suaminya,namun dia sudah tidak tahan.

"Auna sabar lah sikit.Adam tu memang macam tu.Papa yakin,satu hari nanti,Adam akan berubah.." balas Dato Aleef.

"Auna akan cuba pa,tapi Auna tak tahu sampai bila Auna akan bersabar.Abang Adam buat Auna macam tak wujud.."

"Auna,Auna kena banyak berdoa.Mungkin Adam masih terkejut dengan semua ni.."

"Pa,abang Adam tu tak keluar lagi dari dunia dia,pa.Auna pon ada perasaan.Auna bukan tunggul,pa.Auna pon nak merasa apa yang isteri-isteri lain rasa,pa.."

Dato Aleef memeluk anak gadisnya itu.

"Auna minta maaf sebab dah lama tak jenguk papa.."

"Tak pe,papa faham.."

🍃🍃🍃

Adam Qalish pulang ke rumah setelah selesai kelas mengajinya.Kelihatan isterinya sedang tidur di kusyen ruang tamu itu.

Dia mendekati isterinya.

"Auna,bangun.Tidur dalam bilik.." kejutnya.

Auna Danisha membuka matanya apabila terdengar suara yang mengejutnya.

"Abang dah balik?Erm..abang nak makan?Auna ambikkan pinggan dengan nasi jap.Lauk Auna dah sediakan atas meja tu.." ujarnya lalu bingkas bangun dari kusyen itu.

"Awak tak makan lagi ke?"

"Tak,Auna tunggu abang.."

"Kan saya dah cakap,kalau saya balik lambat,tak payah tunggu saya.Awak makan je dulu.Nanti,pandai-pandai lah saya buat sendiri.." kata Adam Qalish dengan nada suara yang agak meninggi.

"Auna bukan apa.Auna minta maaf klau abang tak suka.Erm..Auna sediakan pinggan dengan nasi kejap.."

Segera Auna Danisha beredar ke dapur.Seram melihat suaminya itu apabila mengamuk.

Suasana sepi sahaja di meja makan.Auna Danisha memandang suaminya yang enak menjamu selera.

"Erm..abang.."

"Apa?"

Adam Qalish memandang isterinya namun hanya seketika.

"Tadi papa datang.."

"Papa datang?Kenapa?"

"Saja.Dia rindu kita kot.Kita kan dah lama tak jenguk papa.."

"Lain kali kalau ada orang datang,bagitahu saya dulu.."

"Apa masalahnya kalau papa datang?Tak salah kan?"

Auna Danisha pelik dengan perangai suaminya.Salah ke kalau papa datang ke rumah mereka?

"Memang tak salah.."

"Habis tu?"

"Saya tak nak papa awak pandang rendah pada saya.Saya tak mampu sediakan rumah banglo untuk awak,Auna.."

"Abang,papa tak pandang semua tu.Kenapa abang macam ni?"

"Dah lah,saya nak masuk bilik dulu.."

Adam Qalish segera menuju ke dapur.Setelah selesai membasuh pinggan,dia berlalu masuk ke dalam bilik.

Auna Danisha mengeluh perlahan.Sungguh tidak mengerti dengan perangai suaminya.

___________________________________




setulus cinta AUNA DANISHAWhere stories live. Discover now