🍃Bab 30

5.6K 174 13
                                    

Majlis pertunangan di antara Uwaiz dan Damia diadakan dengan begitu meriah sekali.

Datin Umayra menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Damia sebagai tanda.Damia tersenyum.

Dengan penuh hormat,dia menunduk dan menyalam tangan bakal ibu mertuanya.

Selesai sahaja majlis,mereka semua dijemput untuk menjamu selera.

"Auna,aku tak tahu pula kau tak jadi dengan Uwaiz.Bukan kau dengan dia ke dulu?Tapi,suami kau pun apa kurangnya?" ujar Zahira di meja makan.

"Aku dengan Uwaiz kawan je.Tak lebih pun.." balas Auna Danisha dengan senyuman.

Kebetulan mereka satu meja.Zahira merupakan antara rakan Uwaiz dan Auna Danisha semasa zaman persekolahan.

Adam Qalish hanya mendengar.Sudah banyak kali dia mendengar cerita tentang Uwaiz dan isterinya.

"Auna,kau kan dah lama kahwin.Takkan tak lekat lagi?Kau mandul eh?"

Kata-kata dari seorang lagi rakan mereka iaitu,Suraya membuatkan Auna Danisha tersentak.

Namun,dia cuba berlagak selamba.Dia mahu mencetuskan pergaduhan pula di majlis itu.

"Mungkin belum rezeki aku dan suami.Korang doakan ye?" katanya.

"Yelah tapi ada baiknya kau pergi check.." cadang Zahira pula.

Auna Danisha hanya mengangguk.Dia memandang suaminya yang hanya diam.Langsung tidak bersuara.Disaat itu,Dato Aleef mendekati mereka.

"Auna,papa balik dulu ye?"

"Papa nak balik dah?" ujar Auna Danisha sedikit kecewa.

Sekejap sahaja dia dapat bersua muka denhan papanya.Tahu-tahu sahaja,papanya itu sudah mahu pulang.

"Ha'ah.Papa ada janji dengan kawan.."

"Okay,papa jaga diri tau.." pesan Auna Danisha sebelum menyalam papanya.

"Ye,baiklah.Adam,jagakan Auna untuk papa ye?" kata Dato Aleef.

"Baik,pa.." balas Adam Qalish pula.

🍃🍃🍃

Mereka mula beransur pulang tidak lama kemudian.Sempat juga mereka berbual dengan bakal pengantin.

"Abang.."

Adam Qalish yang sedang fokus memandu menoleh ke tepi.

"Auna,pakai tali pinggang.." arahnya.

Auna Danisha hanya buat tidak tahu.Tidak kisah akan kata-kata suaminya.Dia mula bersuara.

"Kenapa abang diam je masa Suraya cakap pasal kita tadi?Abang langsung tak bersuara.Geram Auna tahu tak?" ujar dia supaya suaminya itu memahami apa yang dirasai saat itu.

"Saya tak tahu nak balas apa.Sebab tu saya diam.." balas Adam Qalish bersahaja.

Auna Danisha melepaskan keluhan.Memang sakit hati jika bercakap dengan suaminya itu.

"Kalau saya betul-betul tak mampu berikan abang zuriat satu hari nanti,abang akan tinggalkan Auna ke?" kata Auna Danisha ingin tahu.

Adam Qalish hanya berdiam diri.Agak lama Auna Danisha menunggu balasan suaminya.

"Hurm..nampaknya betul lah kan yang abang akan tinggalkan Auna?"

Melihat suaminya hanya diamkan diri,dia mula membuat andaian sendiri.Matanya mula berkaca.

"Auna tahu abang tak pernah sayangkan Auna.Auna nak abang tahu,saat lafaz kabul yang abang ungkapkan,Auna serahkan jiwa dan raga Auna sepenuhnya untuk abang.Auna.."

"Awak boleh tak jangan mula merepek!"

Adam Qalish mula bersuara sambil memandang ke arah isterinya dengan perasaan geram.

Auna Danisha juga turut memandang suaminya.Kemudian dia memandang ke arah hadapan.

"Abang!"

Dia mula menjerit apabila kereta mereka mula mahu melanggar kereta yang berada di hadapan.

Mereka mula merempuh kereta yang ada di hadapan dan juga kereta mereka melanggar bahu jalan.

Kereta mereka terjunam ke arah cerun yang agak curam.Kedua-dua mereka sudah tidak sedarkan diri.

Orang ramai mula membantu.
_________________________________________


setulus cinta AUNA DANISHAWhere stories live. Discover now