1☑

81 2 0
                                    

"Apa-apa pun saya takkan gugurkan kandungan ni.Dia tak salah." kata Permaisuri Ryhanna.

"Abang tak sanggup.."

"No!"

Kenangan dahulu kembali terbayang di minda Tuanku Eiman.Masakan tidak 25 tahun sudah berlalu.Sekejapnya masa berlalu.

"Abang takut Ry.Abang takut abang tak dapat jaga dia.Kenapa mesti anak kita? Abang perlukan Ry. Abang tak mampu. "

Dia menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi.Tapi semuanya bukan kerelaannya. Sekiranya dia mampu untuk menghalang sudah pasti akan dia lakukan.

Semakin anak yang pernah diniatkan untuk digugurkan itu membesar,dia sendiri melihat keistimewaan anak gadisnya.

Genius.Kuat.Cantik.Dan yang paling penting..DEGIL.Susah betul nak dengar cakap.Gadis itu lebih suka menyendiri dan berdikari. Mungkin kerana didikan yang dia berikan kepada anaknya itu menjadikan si gadis itu menjadi sebegitu.

Itu yang merisaukan Tuanku Eiman.Dia sayangkan anak-anak nya.Mungkin dia nampak tidak selalu memanjakan anak bongsunya seperti anaknya yang lain.Malahan tidak semua kehendak gadis itu dia turuti.

Gadis itu dipaksa untuk menjadi seorang yang lebih kuat dengan dihantar ke kelas menembak,kelas memanah dan seni mempertahankan diri.Menjadikan gadis itu tak seperti puteri yang lain.Yang hanya tahu untuk menghabiskan duit di shopping mall.

Itu semua kerana dia sayangkan puteri bongsunya. Kerana dia tak selamanya bersama anak gadisnya itu.

"Tuanku." Lelaki tua itu berpaling. Sebentar tadi dia memanggil pembantunya itu datang menghadapnya.

"Panggil Tengku Mikael datang menghadap beta malam lusa.Pastikan Putera Farhan,Puteri Imanina,Puteri Erisa dan Puteri Raid Ufayra ada di istana.Ada hal penting yang ingin beta bincangkan dengan Tengku Mikael."

Tuan Khair hanya mengangguk faham.Putera Farhan dan 2 orang puteri selepasnya mungkin senang untuk disuruh balik ke istana tetapi si bongsu itu pula..

Entah lah. Kacau jiwa Tuan Farzan itu mengenangkan perangai keanak-anakan Puteri Raid Ufayra.

"Tuanku,esok Puteri Raid ada kelas di universiti.."

TOK!TOK!

Terhenti kata-kata Tuan Farzan apabila ketukan pintu itu semakin bertalu.

"Masuk.."

Akmal menunduk hormat ke arah Tuanku Eiman.

"Tuanku,Puteri Raid terperangkap dalam makmal yang terbakar di universiti." Kata Akmal serius. Dia mendapat panggilan daripada Raid supaya menolongnya tapi hanya seketika sebelum talian itu mati. Mungkin telefon gadis itu kehabisan baterinya.

"Apa?! Sediakan kereta.Beta hendak ke sana."Gelabah Tuanku Eiman dibuatnya. Sudah dikata anak gadisnya itu benar-benar buat hidupnya dalam kerisauan.

Raid, Raid..

©®©®©®

Puteri Raid Ufayra menggigit jarinya. Apa dah jadi ni? Dia baru tinggal sekejap dah haru-biru makmal itu dibuatnya.

My Girl Where stories live. Discover now