3☑

21 1 1
                                    

Ting! Ting!

Dengan malasnya, Raid mencapai telefon pintarnya. Dari tadi asyik bunyi je. Benar-benar mengacau ketenteramannya malam ini. Bulat matanya melihat notifikasi daripada aplikasi Instagram itu.

tengkuirfan requested to follow you

Raid mengerutkan dahinya. Apahal anak tengku seorang ni? Kantoi la tak pernah follow aku. Gadis itu hanya mengangkat bahu tanda malas nak ambil tahu lagi.

"Accept je la.Bukan ada apa-apa pun. Kejap..aku pun tak follow dia rupanya..hah. Kau pun sama Raid."

Telefon pintarnya diletakkan kembali di tepi. Angin malam di pangkin depan istana sungguh menyamankan. Membawa segala kesedihannya pergi. Memang di situ tempatnya daripada dulu lagi.
Rindukan bonda, dia pasti akan ke sini.

Sedih kerana kehidupannya juga dia pasti akan ke situ.

Tiba-tiba, terasa kerusi di sebelahnya diduduki seseorang. Dia memandang ke tepi.

"Ayah."

baru Raid mahu bangun,Tuanku Eiman lekas bersuara menghalang gadis itu pergi.

"Puteri Raid Ufayra."

Raid berhenti melangkah. Dia berpaling memandang Tuanku Eiman yang masih menghadap ke arah depan bagai ada sesuatu yang merunsingkan kepala lelaki tua itu.

"Duduk. Ayah mahu bicara dengan Raid." Raid mengeluh perlahan sebelum kembali duduk di kerusinya tadi. Dia berharap perbualan ini tidak akan berakhir dengan pergaduhan di antara mereka berdua.

"Ayah tahu Raid marahkan ayah tentang semua perkara yang terjadi. Ayah mengaku ayah banyak kawal hidup Raid. Ayah minta maaf tentang itu. Ayah juga mengaku yang ayah ada sebab tersendiri untuk semua benda yang ayah paksa Raid untuk lakukan. I really am sorry."

Raid masih berdiam diri. Masih mahu mendengar luahan hati bapanya yang mungkin takkan dia faham. Lagi pula dirinya terasa serba salah, sepatutnya dia sebagai anak yang patut meminta maaf atas kata-katanya yang kurang ajar tempoh hari.

"Banyak benda lagi yang Raid masih tak tahu dan maafkan ayah sebab tak dapat beritahu apa asbabnya. Ayah terpaksa buat semua benda ni untuk pastikan kerajaan dan anak-anak ayah selamat. Ayah terlampau sayangkan anak-anak ayah terutamanya Raid."

"Ayah. Raid tak minta banyak pun,Raid cuma nak ayah faham Raid. Raid muda lagi ayah. I'm not ready for this. The wedding.."

Tuanku Eiman terus memeluk anak gadisnya itu. "Ayah minta maaf Raid tapi ayah tak boleh batalkan perkahwinan Raid dan Irfan. Selain daripada wasiat bonda, ayah yakin Irfan mampu jaga Raid daripada apa-apa pun."

Raid menitiskan air matanya buat sekian kali.

"Kenapa? Kenapa ayahanda buat Raid macam ni? I want to be free macam Kak Risa,Kak Iman. Raid takut Raid tak mampu jadi yang terbaik untuk Irfan. He is a good man ayah. Dia layak dapat perempuan yang lebih sempurna daripada Raid. Kenapa ayah buat Raid macam ni? Tell me ayah.."

Tuanku Eiman memejam matanya rapat.Ada air mata yang mengalir di pipi tua itu. Dia semakin mengeratkan pelukan. Sumpah dia sayangkan anak perempuannya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 26, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Girl Where stories live. Discover now