Bab 2

470 68 113
                                    

"DASAR tak guna!" Semua kudratnya dikumpul pada gumpalan tangan lalu dihayunkan laju tepat ke arah muka musuh di hadapan.

Arash jatuh tersungkur ke tanah. Dia cuba untuk bangkit semula namun, kepala terasa ringan. Pandangannya mula berpinar-pinar.

"Abang!" Armel berlari untuk mendapat Arash. Malangnya, Farhan yang berada di belakang lebih pantas menyambar tubuh Armel. Mereka bergelut di atas tanah, saling membalas tumbukan.

"Kau tahu apa yang aku nak. Mana kau sorok Projek 046?" Malik mencengkam kuat leher Arash menyukarkan dia untuk bernafas. Arash menumbuk wajah Malik dengan sekuat hati namun, sedikit pun Malik tidak terkesan dengan serangan itu.

"Bila aku tanya, jawablah lelaki tak guna!" Tidak semena-mena, Malik mengangkat lalu menghentak tubuh Arash kuat ke lantai sehingga lantai itu retak.

Darah tersembur keluar daripada mulut Arash. "A... ku... tak... kan... bagi... tahu...," ketawa Arash. Dia masih mampu untuk tersenyum sinis kepada Malik.

"Kau..." Malik melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada wajah Arash. Jeritan Arash bergema kuat. Sedaya upaya dia cuba menahan tumbukan bertubi-tubi daripada Malik tetapi gagal.

"Ejen Rayyan, Ejen Ayra. Kita kena bantu Kapten Arash. Kalau tak dia akan mati," ujar Zakwan kepada Ayra dan Rayyan yang sedang menyorok di sebalik dinding bertentangan dengannya.

"Tapi Ejen Zakwan, kita masih baru. Saya tak rasa kita akan mampu lawan mereka semua." Ayra menyatakan kerisauannya kepada Zakwan. Anak matanya masih tidak beralih daripada memandang lima orang lelaki lengkap berperisai yang bertubi-tubi melepaskan tembakan kepada Hans yang cuba melarikan diri.

Ketangkasan Hans yang begitu mengagumkan menyebabkan peluru yang ditembak tidak berjaya mengenainya. Hans laju mencapai pistol AK-47 yang tersangkut di belakang dan giliran dia pula yang menembak ke arah musuh.

Bertempiaran musuh-musuh untuk lari mencari tempat perlindungan.

"Ya, saya tahu. Tapi, kita hanya ada sembilan ejen dan musuh kita ada berpuluh banyaknya. Koperal Hans dan Koperal Armel sudahlah satu lawan banyak. Saya rasa Kapten Arash takkan bertahan lama." Jelas terpancar kerisauan pada wajah Zakwan. Dia seperti cacing kepanasan melihat ejen senior mereka diserang bertubi-tubi.

"Mana Leftenan Adira, Sarjan Haura dan Sarjan Ermina pergi di saat kita perlukan mereka?"

Zakwan diam membisu. Dia sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.

"Ejen Zakwan, Ejen Ayra, Ejen Rayyan," panggil satu suara dari belakang mereka bertiga.

⚔️⚔️⚔️

Dua jam yang lepas...

"SARJAN apa benda bentuknya yang macam UFO ni? Kita nak tangkap alien guna benda ni ke?" tanya Rayyan kepada Haura yang berdiri sambil bercekak pinggang di sisi kanannya.

Pap!

Satu tamparan kuat singgah di pipi kanan Rayyan.

"Aduh!"

"Cis, aku ingat disebalik muka serius kau semalam ada kecerdikan. Tapi, tersalah pula sangkaan aku. Dasar budak malas pergi sekolah," kutuk Haura seraya mengurut perlahan pelipisnya apabila memikirkan soalan yang ditanya oleh Rayyan sebentar tadi.

"Itu namanya landmine atau periuk api. Kalau kau pijak landmine ni, alamatnya memang malam itu jugalah ada kenduri tahlil untuk kau," balas Haura acuh tak acuh.

Rayyan memuncungkan mulutnya yang dibentuk huruf 'o' seinci ke hadapan tanda dia faham tentang fungsi landmine.

"Kenapalah aku pula yang kena ajar Ejen Rayyan ni? Sarjan Ermina!" Haura hanya mampu menjerit nama Ermina yang tiada jasadnya di dalam bilik latihan itu kerana Ermina...

JUSTICE : Projek 046 Where stories live. Discover now