22

1.1K 63 0
                                    

" I'm gonna continue my relationship with Zaim. " Lelaki yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya itu meletakkan telefonnya ditepinya lalu memandang ke arahnya. " Okay. " Senyumannya itu membuatkan dia ragu-ragu.

" I'm gonna level up our relationship, to anotherrrrr level. " Lelaki itu hanya mengangguk kecil sambil tersenyum mesra.

Syazana masih lagi memikirkan tentang Syazwan yang berkelakuan sungguh pelik sejak kebelakangan ini. Entah kerana lelaki itu benar-benar berubah ataupun lelaki itu tersalah makan ubat.

" I think I'm gonna end our relationshiplah, aku tak rasa budak tu boleh kurus pun. Aku ingat kalau aku push dia bolehlah dia kurus. Tak nak aku awek gemuk. " Kakinya perlahan-lahan berhenti melangkah apabila dia terdengar kata-kata itu.

" I've told you, kau yang beria sangat nak buat eksperimen dekat budak gemuk tu. "

Kata-kata itu disambut dengan tawa beberapa orang rakan Zaim yang turut berada disitu. Perlahan-lahan dia mengundurkan diri sambil cuba menahan dirinya daripada mengalirkan air matanya.

Tiba-tiba dia terasa seperti terlanggar seseorang menyebabkan dia memusingkan badannya menghadap orang itu untuk meminta maaf. " Wanna get some ice cream ? It's on me. "

Senyuman lelaki itu mampu membuat hatinya yang baru sahaja berkecai kembali ke bentuk asalnya. Entah bagaimana lelaki itu lakukannya. " Nak makan kek sekali ! " Suaranya sedikit meninggi membuatkan lelaki itu tertawa kecil.

" Okay kita makan kek sekali, pizza pun boleh. Jom. "

MS: Cinta Si 4XL ✔Where stories live. Discover now