PJM : Chapter 31 💮

1.8K 111 15
                                    

DIMPLE : 31

< The truth untold part II >

◈ PARK SEUL POV

Aku nekad yang aku akan pergi. Aku tak boleh terima. Aku cukup menyayangi dan mencintai Jimin tapi rasa sakit hati ini melebihi dari perasaan aku terhadap Jimin. Dia pernah berkahwin, bermakna aku bukan yang pertama dalam hidupnya. Aku melihat Jimin yang terlena, aku tak sanggup. Muka polosnya menyimpan lebih dari satu rahsia.

Maafkan saya, Jimin.

◉◉◉

“Kenapa kau tiba-tiba datang ke Busan ni? Seorang diri, Jimin tak ada. Kau ada apa-apa masalah ke?” Tanya Taehyung. Melihatkan Taehyung, nampaknya dia masih tak tahu apa yang dah terjadi. Baik aku diam.

“Tak ada apalah. Aku saja datang, takkan tak boleh kot? Kalau tak boleh, aku pergi tempat lain je.” Kataku. Sebenarnya aku malas. Aku datang ke Busan sebab nak lupakan masalah antara aku dan Jimin. Lagipun kawan-kawan dia termasuk si Taehyung ni pun menipu aku. Yeojachingu ya? Rupanya ex-wife dia.

“Kau nak duduk sini berapa lama?” Tanya Taehyung.

“Macam tak suka je aku datang sini?” Tanyaku pula. Taehyung garu kepala. Datang dah selenga dia.

“Aku tak suka. Kau tu kaki sepah. Kalau eomma aku nampak, bukan kau yang kena.” Jawab selambanya. Aku geram dengan dia tau. Dasar mangkuk hayun punya Taehyung. Hauk!

“Dah tu aku nak duduk mana kat Busan ni kalau bukan kat rumah kau? Kau ingat aku kaya ke nak duduk hotel sepanjang masa?” Kataku dengan kasar.

“Serabut lah kau ni. Lain kali ajak Jimin tu. Bukan setakat hotel dia boleh sewakan bilik untuk kau, satu hotel tu pun dia boleh beli lah kalau kau nak!” Bebel Taehyung. Aku bosan betullah. Aku nak lupakan masalah, si mangkuk ni tak habis-habis sebut nama si Jimin tu. Aku tengah bengang ni.

“Dah tu kau nak aku buat apa?!” Marahku. Taehyung memandang aku tajam.

“Kau ni mesti ada apa-apa ni kan? Tak apa, kau tak nak cerita kat aku. FINE!” Merajuk Taehyung dan meletakkan kunci di depanku sebelum berlalu.

“Woi! Ni apa ni?!” Tengkingku.

“Tu kunci villa aku! KAU JANGAN NAK SEMAK KAT RUMAH AKU!” Tengking Taehyung balik kepada aku. Orang sekeliling melihat kami berdua pelik. Aku tak pelik. Dah memang dari dulu aku dan Taehyung berperangai macam ni.

“Terima kasih, mangkuk!!” Jeritku. Taehyung memandangku tajam. Aku tahu dia dah mula menyumpah. Aku ketawa kecil.

“Satu minggu? Dua minggu? Atau sebulan? Mana yang lebih baik?”

◉◉◉

◈ PARK JIMIN POV

Aku terasa marah dengan diri sendiri. Ya, salah aku. Aku bodoh. Aku memang bodoh! Kalau dari awal aku berterus terang dengan Park Seul, dia tak akan tinggalkan aku.

‘Jangan cari saya. Saya ke Busan berjumpa Taehyung. Maafkan saya, Jimin. Saya terpaksa dan tolonglah faham saya. Saya perlukan masa.’

Surat yang ditinggalkan oleh Park Seul aku renyukkan. Sampai hati awak, Park Seul. Awak janji dengan saya, tapi kenapa awak mungkir? Aku menangis sekuat hati.

✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now