PJM : Chapter 37 💮

2.3K 95 2
                                    

DIMPLE : 37

< First day as a wife, his true color >

( Park Seul POV )

Aku terjaga dari lena tapi mataku sakit nak membukanya. Terlalu mengantuk. Aku memandang di dalam sekeliling bilik. Ugh! Teruknya! Bersepah teruk. Aku memandang kiriku terlihat Jimin masih tidur pulas dengan meniarap. Pipinya mengembung, bibirnya termuncung. Aku ketawa kecil. Aku mencuit hidungnya sehingga dia terjaga. Tubuhnya mengeliat dan berpusing terus terjatuh dari katil.

“Aduh!” Rengek Jimin. Aku menarik selimut menutup badanku.

“Awak okey?” Tanyaku. Jimin berpaling tidak memandangku. Aku menahan ketawa. Aku lupa Jimin berbogel.

“Apa awak ni? Malulah saya.” Malu Jimin. Tangannya menutup bawahnya. Aku cuba usik.

“Malu? Hari tu, awak dah tunjuk. Malam tadi pun awak dah tunjuk.” Usikku. Jimin menoleh ke arahku dengan geram. Hidung mengembang.

“Suka eh? Saya bangun, awak jangan menyesal.” Ugutnya. Aku ketawa dan mengejek.

“Bangunlah. Tak takut.”

“Berani eh?” Nakal Jimin terus sahaja dia bangun. Aku cuba lari tapi Jimin menarik selimut. Aku jatuh terbaring di atas tilam. Jimin menaiki ke atas tubuhku dan cium lembut bibirku. Sangat lembut. Aku bertambah cair dengannya. Selimut yang menutup badanku ditarik sehingga tubuhku terdedah.

“Jom.” Katanya. Tubuhku didukung gaya bridal style dan dibawa masuk ke dalam bilik mandi. Kalau di luar bilik utama ada kolam, disini ada kolam kecil muat sehingga 4 orang. Jimin menurunkan aku ke dalam kolam dan turut ikut masuk ke dalam kolam. Tubuhku ditarik merapatinya.

“Awak nak kita buat dalam kolam ni ke?” Tanyaku.

“Taklah. Saya ajak awak mandi.” Seriusnya. Aku malu sendiri. Jimin senyum nakal.

“Oh... Dah pandai sekarang ya?” Usik Jimin. Muka aku merah.

“Apa?”

“Sayang ingat saya nak bawak sayang buat kat dalam kolam eh? Nantilah. Malam kedua ke?” Usiknya. Aku mencubit perutnya. Jimin ketawa kecil. Galak dia mengusik aku. Kami mandi bersama, Jimin mandikan aku. Sikit pun dia tak sentuh tempat sensitif aku, rasa nak merajuk. 😂

Usai mandi, kami keluar dari kolam memakai bathrobe dan kembali masuk ke dalam bilik tidur kami dengan berpegangan tangan.

“Sayang, siapa bagi lingerie tu? Setahu saya, saya tak pernah belikan awak lingerie tu.” Tanya Jimin. Aku menggigit bibir dan sengih.

“Hyuna eonnie dengan the gang.” Jawabku. Jimin merah muka. Pipinya seperti menahan malu. Jimin tiba-tiba merengek.

“Malulah saya...”

“Eh, sepatutnya saya yang malu tau. Sebab saya yang pakai. Kenapa pulak awak yang nak malu?” Kataku. Jimin merengek lagi.

“Malulah. Saya yang diusik. Awak tahu tak awak seksi sangat semalam? Saya sampai tak tahan.” Nangis Jimin. 😂 Taklah, dia berkerut muka macam menangis je. 😂 Aku mendekatinya mengusik dan cuba buka tali bathrobe miliknya.

“Awak buat apa ni?” Tanyanya. Kelihatan dia sangat cuak.

“Saya nak awak.” Usikku. Jimin makin cuak bila tangan aku meraba perutnya. Jimin menutup mata. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Kami berdua memandang tajam ke arah pintu bilik.

“Tuan Muda. Sarapan pagi dah sedia.”

“Ya!!” Jerit Jimin. Lalu bibirnya dimuncungkan. Merajuk? 😂

✔️✔️ DIMPLE ✨ Park Jimin [ COMPLETE ]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora