×Chapter 4×

7.1K 654 69
                                    

3 W O R D S , 8 L E T T E R S


×××

savage

×××


" WHAT'S his problem? Mental! " Helena menggumam sendirian. Marah dalam bisikan. Marah dan bengang bersatu. Kalaulah... Kalaulah... Kalaulah aku jumpa lagi...

" Hey you."

Tak guna!

Lelaki ni lagi!

Bukan lelaki ni pergi arah lain ke tadi?! Dah kenapa dia ikut aku?!

Helena meneruskan langkahnya. Tidak mahu berpaling.

" Stop."

Helena melajukan langkahnya.

" I said stop."

Buku limanya digenggam kuat. Sabar Helena. Daddy ajar kena sabar. Orang yang sabar itu orang yang kuat. Biar orang buat kita jangan kita yang buat orang.

" Stop your damn leg from walking."

Helena berpaling. Hujung bibirnya membentuk kuntum senyuman. Wah! Wah! Wah! Melebih sangat alien ni!

" Can you please shut your damn mouth. You really hurt my eardrum." Giginya diketap.

Terbuntang mata Aryan. How dare she?!

" You-"

Aryan yang ingin membuka mulut laju ditahan Helena menggunakan tapak tangannya yang diangkat seperti 'Talk to my hand.'. Nafasnya dihela perlahan. Dia mendongak, memandang lelaki dihadapannya.

" I'm sorry." Anak matanya memandang ke dalam anak mata Aryan.

" I really am sorry." Kata-kata Daddynya berjaya menenangkan panas dihati.

Aryan seakan-akan tenggelam ke dalam iris mata bak lautan itu. Dia terdiam.

Helena memusingkan badannya semula dan pergi.

Dia bukan apa. Baru first day tak akan dah nak cari fasal dengan orang. Senior pula tu. Headboy pula tu. Jadi, lebih baik dia minta maaf untuk jernihkan keadaan. Dia nak hidup aman dan damai sepanjang 5 tahun dia bersekolah dan setahun ini tanpa gangguan para senior. Tak nak jadi budak target.

Aryan terkaku ditempatnya berdiri. Belakang tubuh budak tingkatan 1 itu dipandang sehingga hilang dari pandangan. Kata-kata maaf daripada pelajar itu sedikit sebanyak menyejukkan hatinya.

Panas hatinya juga berkurang apabila bertembung pandang dengan kristal jernih berwarna biru laut tersebut.

Aryan menggelengkan kepalanya. Rambutnya diraup ke belakang. Oh god! I'm being so immature. Dia berlalu ke checkpoint yang seharusnya menjadi tempat dia menunggu. Syafiq rasanya dah bengang tunggu member dia yang tak kunjung tiba.

Helena berpaling. Tiada kelibat lelaki itu menjejaki langkahnya. Manalah tahu kut-kutlah lelaki tu ikut dia lagi sebab tak puas hati.

3 𝒲𝑜𝓇𝒹𝓈, 8 𝐿𝑒𝓉𝓉𝑒𝓇𝓈Where stories live. Discover now