×Chapter 7×

6.7K 608 67
                                    

3 W O R D S , 8 L E T T E R S



×××

sorry

×××



BERUNDUR. Aryan berundur. Berpaling dan pergi dari situ.

Bingung. Helena kebingungan melihat tingkah lelaki itu yang terkejut melihatnya lalu pergi.

"Crazy." Helena kembali membuka buku novelnya.

Jarinya mengetuk perlahan cover buku.

Dia menoleh melihat kelibat Aryan yang semakin menjauh. Lelaki itu berpaling memandangnya sekilas dan memanjat naik tangga grandstand lalu hilang dari pandangan.

"Apa masalah dia tu?" Gumam Helena. Menggeleng kepala.

10 minit berlalu. Wajah Helena dan novel yang dibaca sudah pun bertemu. Bagi menyelesakan lagi lenanya, Helena membuka cermin matanya dan dalam separa sedar mendekatkan lagi lutut ke dada. Kepala disandarkan ke jeriji pondok kayu itu. Mengantuk. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa meniup, melenakan lagi tidurnya. Buku novel yang dibaca sudah menyembah ke tanah melalui ruang jeriji.

Ada jemari runcing mencapai novel English milik gadis itu dan meletakkan ke hujung kaki Helena.

Pemilik jari runcing itu duduk di sudut pondok. Membuka blazernya. Tali leher juga sudah dirungkai ikatannya. Sesekali wajah lena dihadapannya dipandang. Penat mungkin. Kepalanya disandarkan ke kepala kayu pondok. Nafasnya ditarik perlahan. Tenang.

Tanpa disangka dia tiba-tiba sahaja terbersin kuat.

Helena mengangkat mukanya dalam keadaan mamai. Tidurnya diganggu. Hampir dia terjerit kecil apabila melihat Aryan duduk di penjuru tiang sana memandangnya dengan rasa serba salah.

Kakinya yang dirapatkan ke dada diturunkan ke tanah laju. Kain baju kurung dibetulkan. Tanpa suara dia berdiri. Novel yang dibaca pantas diambil. Beg Puma digalas ke bahu kanan. Disangka lelaki itu tidak akan kembali semula. Helena merengus perlahan. Nak buli aku lagilah tu.

"Wait." Aryan menghalang Helena dari pergi.

Tin minuman bikarbonat Pepsi dihulur Aryan kepada Helena.

Bersama kerutan di dahi, Helena hanya memandang. Pandangannya pada tin minuman dan wajah lelaki itu, silih berganti. Dia menjeling Aryan dan berlalu dari situ.

"Nuts." Ujar Helena dalam keadaan menyampah. Bukan setakat menyampah, benci terus jadinya dia. Kakinya di bawa laju meninggalkan kawasan padang.

"Trying to be nice huh? Mesti adalah tu niat nak kenakan aku." Gerutu Helena. Dia menoleh sesaat pada Aryan ketika dia sudah berada di tangga grandstand. Langkah dilajukan sehingga hilang dari pandangan lelaki itu.

Aryan mengeluh perlahan. Helena sudah pergi. Tiba-tiba sahaja Pepsi tersebut tergelincir dari pegangannya. Aryan mencapai tin minuman yang sudah menyembah tanah itu.

Dia mengeluh. Permukaan air tin dilap menggunakan tangannya.

"Dah kau tak nak, biar aku ajelah yang minum." Penutup dibuka.

3 𝒲𝑜𝓇𝒹𝓈, 8 𝐿𝑒𝓉𝓉𝑒𝓇𝓈Where stories live. Discover now