06

474 90 6
                                    

"Tolong aku cari kerja"

Aerin mengangkat kepalanya. "Apa dia?"

"Tolong aku cari kerja" ulang Sujung.

"Jap jap" Aerin berkata sambil mencabut airpod ditelinganya. "Ha apa dia?"

Sujung memandang Aerin dengan wajah 'kau_ni_mintak_kaki_anat'.

"Tolong aku cari kerja!" Jerit Sujung.

Aerin mengerutkan dahinya, setahunya keluarga Sujung ada syarikat sendiri. Kenapa nak cari kerja lain?

"Kejap bukan family kau ada company sendiri ke? Asal nak kerja lain?" Soal Aerin.

Sujung mengeluh sebelumnya menjawab "Aku taknak nanti orang cakap, mentang mentang tu company family aku boleh senang senang je aku nak dapat jawatan atasan"

"Eh biarlah, family kau punya kot. Lagipun, family kau percaya kan kau sebab tu kau boleh dapat jadi orang atasan" balas Aerin.

"Kau kena faham, sekarang zaman makcik bawangrians" kata Sujung sambil menepuk bahu Aerin.

"K" balas Aerin sambil meneguk sedikit mochanya.

"Weh!! Tolong lah aku!!!"

"Iyaa, nak aku tolong cari kerja apa? Kang aku bagi tukang cuci tandas baru tau"

Sujung termenung sejenak, memikirkan pekerjaan yang sesuai untuk dirinya. "Hmm, kalau boleh aku taknak dia berkait dengan hospital, tandas dan mall"

"Hmm, tengoklah nanti aku carikan" balas Aerin sambil mengemas begnya.

"Yeay, sayang kau!" Kata Sujung sambil memeluk Aerin.

"Baru sekarang nak sayang aku?" Kata Aerin sambil berjalan ke pintu keluar kafe.

Sujung hanya tersengih, "nanti aku belanja kau!"

Sujung hanya tersengih, "nanti aku belanja kau!"

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
hiredTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang