21

395 68 17
                                    

Yeosang masuk ke dalam restauran itu lalu duduk di sebelah Wooyoung.

Wooyoung memandang Yeosang pelik, "woih pehal kau ni, masuk masuk termenung. Orang tua tua cakap kalau makan sambil termenung nanti kau kawin ngan orang tua. Dan orang tua tu tengah duduk depan aku" Kata Wooyoung. Sempat juga dia memerli Sujung yang sedang makan di depannya.

Sujung tidak mengendahkan Wooyoung yang sedang memerlinya , sebaliknya dia sambung menikmati ayam yang dipesan Yeosang.

"Mama aku nak jumpa Sujung" Kata Yeosang sambil menongkat dagunya.

Dan dengan itu tersedak lah Sujung apabila terdengar namanya disebut.

"aPA DIA?!"

"weyh pelan anat suara kau , habis satu restauran dengar " Marah Wooyoung.

Sekali lagi , Sujung tidak menghiraukan Wooyoung lalu terus fokus kepada Yeosang.

"Mama aku nak jumpa kau , dia ajak makan sekali" Kata Yeosang sambil menghirup airnya.

"tapi kenapa sekarang? takleh ke buat esok ke lusa ke tahun depan pun okay jugak , senang cite takyah jumpa langsung" Kata Sujung.

"Kau nak kawin dengan dia tapi taknak jumpa mak dia" Balas Wooyoung.

"Ha ye memang aku yan NAK kawin ngan dia , first time jumpa pun kena angkat macam guni beras"

"cite yang lama takyah la ungkit"

"k" balas Sujung, pendek je sebab dia malas nak gaduh ngan Wooyoung.

Almaklumlah , kalau dua ekor ni gaduh mau tahun depan citer ni habis-

"berbalik pada tadi , aku pun tak tau kenapa dan baik kita gerak sekarang sebab aku cakap kat mama yang kita tengah on the way" Kata Yeosang.

"kau memang bIJaK Yeosang" Kata Wooyoung dan Sujung , serentak.

Selepas Yeosang membayar makanan , mereka pun berjalan ke kereta.

.....

"nanti dah sampai sana korang jangan nak berperang ke apa eh" Ucap Yeosang yang sedang memandu.

"okay" Balas Sujung.

Sementara itu, Wooyoung di tempat duduk belakang sudah lena diulit mimpi.

"Jauh lagi ke?" Soal Sujung.

"nak dekat dah" Balas Yeosang.

"weyh"

"pe?'

"mak kau garang tak?"

"tak"

"yeke?"

"muka aku ni ada muka penipu ke?"

"Muka penipu tu takde lah tapi muka pencuri hati tu ada lah sikit" Kata Sujung lalu menutup mukanya.

"ACIA CIA CIA!!!" Jerit Wooyoung.

"bila masa kau bangun sia" Soal Yeosang.

"Sejak kau ngan Si Sujung ni mula berpikap lain, ooo kau dah pandai eh mengayat member aku" balas Wooyoung.

"eee diamla"

"Halah malu malu anjing lah pulak , tangan aku ringan je ni" Kata Wooyoung.

"kita dah sampai , better korang berhenti gaduh kalau taknak aku cepuk sekor sekor" Kata Yeosang sebaik sahaja keretanya mula memasuki pekarangan rumah mamanya.

"berani ke?" soal Sujung.

"kau aku bagi benda lain , special punya" balas Yeosang.

"Mama!! Ooo Mama!! selamatkanlah Woo daripada drama murahan ini" Wooyoung berkata lalu turun dari kereta seperti orang yang mahu muntah.

"YEOSANG ANAK MAMA!! DAH SAMPAI?!" Lalu keluarlah seorang wanita yang usianya dalam lingkungan 50an.

"Ye ma Yeo dah sampai , takyahlah jerit jerit nanti jiran dengar" Kata Yeosang lalu memeluk mamanya.

"biarlah diorang dengar , biar semua orang tahu anak mama dah balik" Kata Puan Kang.

"ni mana bakal bini kamu , tengok gambo lawa orangnya" sambungnya lagi sambil mencari kelibat Sujung.

"Oh ya , ini ma kenalkan Han Sujung, bakal isteri Yeo. Sujung ini mama aku"

"OOF COMELNYAA KAMU NI ATOTO"

Dicubit-cubitnya pipi Sujung yang tidak bersalah itu.

"Ma sudah ma tak bernafas bini Yeo kang" Kata Yeosang sambil menarik tangan Puan Kang.

"Eh sorry sorry maklumlah mama takde anak perempuan , ada anak lelaki asyik busy je" Kata Puan Kang, tak lupa juga dia untu menyindir anaknya itu.

Sujung hanya tersenyum sahaja mendengarkan kata kata Puan Kang itu.

"Yang kat luar tu taknak masuk ke? Makanan habis jangan tanya kenapa!!" Jerit Wooyoung dari dalam rumah.

"Eh haah , masuk lah masuk mama ada masak banyak tu"

"terima kasih aunty" Ucap Sujung.

"Panggil mama je"

"Okay mama je" Balas Sujung.

Yeosang sudah memandang Sujung dengan pandangan , 'apa_kau_buat_ni_?'.

Puan Kang memandang Sujung dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Manakala Sujung sudah mula cuak.

mintak kena reject betullah aku ni-

"HAHAHAHA kelakarlah bakal bini kamu ni Yeo AHAHHAHAH" Gelak Puan Kang.

"Ye ye tau kelakar tapi boleh tak kita makan dulu , Yeo rasa Woo dah habiskan makanan tu" Kata Yeosang lalu berjalan masuk ke dalam rumah.

"Eh jomlah jangan malu malu" Ajak Puan Kang sambil menarik tangan Sujung.

Sujung? redha je lah kena tarik.

Sujung? redha je lah kena tarik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
hiredWhere stories live. Discover now