BAB 2

291 71 40
                                    

"LISA! Alisa Khalid!" Nama itu diseru dengan kuat setelah beberapa Kali dipanggil tidak bersahut.

Lisa masih dengan dunianya. Alunan serunai itu sering mengganggunya hingga membuatkan dia berkhayal sendiri bagaikan mayat hidup keadaannya.

"Lisa! Alisa Khalid..." Cikgu Fatimah masih tidak berputus asa memanggil nama pelajarnya itu. Kerana hanya Lisa yang tidak memberi tumpuan ke dalam kelasnya.

Masih tiada respon. Cikgu Fatimah geram. Lantas dia mengambil tindakan untuk menepuk meja budak perempuan itu bertujuan menyedarkannya dari terus berkhayal.

Pang!

Bunyi tepukan meja yang kuat itu automatik memeranjatkan Lisa dari khayalannya. Lisa baru tersedar dan terus memanggung kepala memandang ke arah Cikgu Fatimah yang sedang berdiri di hadapannya.

Cikgu Fatimah berasa lega kerana dia telah menjayakan menghapuskan khayalan budak perempuan itu.

"Kenapa dengan kamu ni, Lisa? Apa masalah kamu? Kenapa tak tumpukan perhatian dalam kelas? Kalau kamu datang sekolah asyik nak berkhayal macam ni, baik kamu tak payah datang. Saya tahulah ayah kamu orang kaya dan menghantar kamu ke sekolah VVIP ni. Tapi, itu tak beerti yang kamu boleh main-main dalam kelas dan berkhayal. Rugi ayah kamu bayar mahal-mahal untuk melihat kejayaan kamu di masa hadapan, tapi anak dia... langsung tak tumpukan perhatian dalam kelas ketika guru sedang mengajar. Kamu tak kasihan pada mak ayah kamu ke yang nak lihat kamu berjaya?" Berjela Cikgu Fatimah menceceh terhadap pelajarnya itu.

Lisa hanya pamerkan sengihan sinis.

"Mereka? Mahu melihat saya berjaya? Itu semua alasan aje. Apa guna menghantar anak belajar pandai-pandai tetapi langsung tidak menerapkan nilai kasih sayang terhadap anak-anak mereka? Sebenarnya, bukan kejayaan anak mereka itu yang mereka mahukan. Tetapi, kehancuran pada masa depan anak mereka. Itu yang mereka mahukan!" balas Lisa seiring dengan riak tak berperasaan yang dipamerkan.

Kelihatan biadab cara jawapannya terhadap guru yang mendidiknya. Namun begitu, itulah kebenaran yang Lisa lalui selama ini sejak dari lahir. Hingga dia tidak mengenali apa itu erti kasih sayang keluarga yang sebenar. Dia tak rasa dan tak memiliki semua itu. Dia hanya bersendirian. Kedua ibu bapanya sibuk mengejar cita-cita duniawi. Hingga anak-anak terabai. Ya, itu yang Lisa rasai selama ini. Dia tidak melalui kehidupan seperti kanak-kanak lain. Sejak kecil dia perlu hidup berdikari. Dan mengalami gangguan yang menakutkan itu sendirian. Dia sudah lali dengan semua itu. Mungkin kerana itu, dia cepat bersikap matang dan lebih berfikiran seperti orang dewasa berbanding dengan kanak-kanak lain.

Cikgu Fatimah berasa tercabar dan marah mendengar jawapan Lisa yang tidak seperti kanak-kanak lain. Gaya jawapannya persis orang dewasa.

"Jangan biadab, Lisa! Berani kamu cakap macam tu terhadap kedua orang tua kamu. Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni?" tegur Cikgu Fatimah dalam nada yang cukup tegas.

Lisa merenung ke dalam anak mata Cikgu Fatimah sedalamnya. Senyuman sinis masih terukir.

"Tetapi, itulah kebenaran yang saya lalui, Cikgu Fatimah. Mereka tak sayangkan saya. Mereka menghantar saya ke sini kerana tak nak tengok muka saya dekat rumah tu. Mereka nak tengok kehancuran saya perlahan-lahan. Ya, itu yang mereka mahu!" Cikgu Fatimah tidak betah mendengarnya lagi.

"Lisa! Enough! Saya nak jumpa awak dekat pejabat lepas habis kelas. Saya akan panggil ibu bapa awak sekali." Cikgu Fatimah memberi arahan tegas kemudian meneruskan pengajarannya dalam bahasa sains.

Lisa terus merenung ke luar jendela kelasnya. Dia duduk bersendirian. Tiada siapa yang mahu mendekatinya dalam keadaan dia yang suka berkhayal sebegitu. Dan adakala naik angin tidak tentu fasal.

ANNYEL[Complete](Dah TERBIT 2021)✓Where stories live. Discover now