Putera - Intro

800 20 4
                                    


Asslamualaikum. Hai. Perkenalkan, nama aku Indera bin Iskandar. Aku berusia 24 tahun dan kini merupakan seorang penuntut di salah sebuah universiti awam dalam bidang perubatan. Bakal doktor lah kiranya aku ni.

Ini adalah kisah aku, kisah yang mungkin boleh dianggap ala-ala kisah dongeng Disney. Tapi, ini adalah realitinya.

Hidup aku, boleh dikatakan malang sejak kecil. Arwah ibu meninggal ketika aku berusia hanya enam tahun. Ayah pula, entahlah. Aku tak pernah kenal siapa ayah aku sejak aku kecil. Entahkan hidup, entahkan mati.

Tapi, aku bertuah sebab aku dikurniakan dengan keluarga angkat yang amat sayangkan aku. Ibu angkat aku yang aku panggil mak, adalah seorang guru. Cikgu Rosnah. Guru yang terkenal garang di sekolahnya. Nasib baik aku tak sekolah disitu. Ayah angkat aku pula, En Bakar, Seorang pegawai polis. Tegas orangnya. Tapi dalam masa yang sama, sangat baik hati.

Mereka berdua sangat sayangkan aku. Mereka menjaga aku bagaikan menatang minyak yang penuh. Tambahan pula mereka tidak dikurniakan zuriat sendiri, maka pada akulah dicurahkan segala kasih saying.

Kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi itulah aku tak berani nak Tanya tentang keluarga kandung aku. Aku takut kalua-kalau soalan aku itu akan membuatakan mereka sedih.

Tak banyak yang aku tahu tentang keluarga kandung aku. Selain namanya, aku tak tahu langsung latar belakangnya.

Namun, segalanya berubah, beberapa hari selepas aku menyambut hari lahirku yang ke-24. Segala persoalan yang bermain dalam mindaku selama ini, akhirnya terjawab. Dan bukan sekadar itu, lebih banyak persoalan timbul. Persoalan-persoalan yang membuatkan aku berfikir yang aku ni sebenarnya hidup di alam realiti atau dongeng fantasi.



p/s: Rasanya dah ada yang baca cerita ni. Cerita ni aku dah tulis lama dah. Zaman aku sekolah dulu. Saja, nak post balik.

Ada part dalam cerita ni, aku tulis semula supaya sesuai dengan keadaan semasa. Tajuk pun actually, aku tukar dari tajuk asal.

Cerita ni, bukan cerita PLU kay, ni cerita str8...heheh..

Please enjoy...

PuteraWhere stories live. Discover now