Bahagian 5 : Maaf

223 15 6
                                    


Aku berjalan keluar dari Kamar Seri Bitara dengan pelbagai persolan yang bermain diminda. Perbincangan agak tegang juga tadi apabila cadangan Datuk Seri Haji Abdullah ditentang keras Tuanku Permaisuri. Namun, akhirnya mesyuarat bersetuju untuk membawa isu tersebut ke dalam mesyuarat Dewan Diraja Beringinpura. Banyak benda yang aku fikirkan sebenarnya. Terutamanya tentang Tuanku Permaisuri. Dia...betul-betul tentang atau itu hanya sekadar lakonan?

" Indera...kau okay?" tegur Muaz yang setia mengekoriku dari belakang.

" hmm?"

" Tengku Indera.." panggil satu suara dari belakang sebelum sempat aku respon pada soalan Muaz itu tadi. Aku dan Muaz seraya itu menoleh ke belakang. Kelihatan seorang dayang separuh baya datang menghampiriku dan Muaz. Dia memakai pakaian seragam yang sama seperti dayang-dayang yang lain. Cuma ada sedikit berbeza dari warna selendang dan perhiasan-perhisan diri yang dikenakannya. Mungkin dia dayang yang lebih kanan jawatannya dari dayang-dayang yang lain.

" Ampun Tengku, patik Inang Siti Zaleha, pengiring kepada YAM Seri Lela Raja Ampuan Besar Siti Aminah." ujarnya memperkenalkan diri. Pengiring nenda rupanya.

" Ya, Inang, ada apa cari Tengku Indera?" soal Muaz pula mencelah.

" Tengku, Encik Muaz, Tuanku Raja Ampuan Besar minta Tengku menghadapnya di taman." ujar Inang Zaleha sopan.

" Nenda nak jumpa saya?"



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Aku membontoti Inang Zaleha menghampiri Nenda yang sedang duduk di kerusi di Taman Diraja yang terletak di tengah-tengah antara keempat-empat istana.  Alya juga ada disitu menemani Nenda.

" Ampun Tuanku, Tengku Indera dah sampai." ujar Inang Zaleha penuh hormat. Nenda dan Alya berpaling memandangku.

" Assalamualaikum Nenda." sapaku memberi salam sebelum disusuli dengan sembah hormat.

" Indera...Waalaikumussalam. Mari duduk sini." jemput Nenda mesra. Aku lantas menghampirinya dan duduk dikerusi kosong disebelah. Sempat aku melirik ke arah Alya yang seakan tidak selesa dengan kehadiranku.

" Nenda, Alya masuk ke dalam dulu ya." ujar Alya meminta diri.

" Eh..nantilah dulu, Kanda Indera kan baru sampai ni." tegah Nenda lembut. Sempat aku dan Alya berbalas pandang. Entah kenapa lah puteri raja seorang ni. Benci ke dia dengan aku?

" Takpelah Nenda, Nenda boraklah dengan Kanda Indera. Alya masuk dalam dulu." ujarnya lagi sebelum dia mengatur langkah meninggalkan taman ini bersama pengiringnya. Aku hantar dia pergi dengan ekor mata.

" Indera jangan ambil hati ya." ucap Nenda lembut. Aku kembali menumpu perhatian padanya.

" Alya tu kenapa? dia tak suka ke Indera balik ke sini?" soalku berterus terang.

" Eh...tak...dialah yang paling tertunggu-tunggu Indera balik ke sini." cerita Nenda. Aku jadi keliru.

" Sejak dari kecil lagi, Almarhum ayahanda Indera selalu cerita pada Alya yang dia ada Abang kandung yang tinggal di Malaysia. Nama Indera tak pernah lepas dari mulutnya. Sentiasa dia bertanya pada Almarhum ayahanda bila Indera akan balik. Dia teringin sangat nak bertemu dengan Indera." cerita Nenda lagi.

" Tapi....kenapa dia macam tak suka Indera kat sini." soalku pula. Nenda tersenyum kecil. 

" Entahlah, mungkin dia malu agaknya. Tak pelah, Indera bagi dia masa sikit. Insyaallah, dia akan terima Indera." ujar Nenda lembut. Aku hanya mengangguk faham.

PuteraWhere stories live. Discover now