sixteen : you are my light, always

149 25 1
                                    

'Hey Yoongs. .' Miracle tertawa halus, sementara bibir pucatnya mengukir satu senyuman lemah selepas itu. Yoongi menahan sendu yang menyengat, akhirnya dapat melihat senyuman itu, mendengar suara ini semula. 'Jangan pelik kenapa saya buat video ini, hanya saja. . . Manatahu di saat awak tengok video ini, saya dah tak ada dengan awak. Bunyinya macam menyedihkan sangat, kan.' Miracle tertawa janggal.

Yoongi semakin mendekatkan dirinya dengan skrin televisyan, lantas tangan digerakkan untuk menyentuh permukaan kaca skrin tersebut. Ibarat menyentuh pipi Miracle di situ. "Kau tak tahu betapa aku rindukan kau, Jung Miracle. Kau tak tahu."

Kelihatan Miracle seakan menahan tangisan dengan menggigit bibir perlahan, matanya berair namun dia tetap tersenyum. 'Saya cuma mahu awak ingat satu hal, apa sekalipun yang berlaku, ia bukan kesalahan awak. Sebab saya tahu, cepat atau lambat, saya akan pergi juga. Saya tak nak awak salahkan diri awak, kalau terjadi sesuatu pada saya di masa hadapan. Awak cahaya dalam kehidupan saya yang suram, sentiasa.'

Di saat tangis Miracle memecahkan kesunyian sebentar, Yoongi juga turut mengalirkan air matanya. Melepaskan satu perasaan yang berbuku di dalam hatinya, sesak dirasakan sehingga dia terpaksa mencengkam dadanya. Teresak-esak dia menangis sambil memeluk bingkai gambar Miracle di tangan.

Ia cuma, terlalu menyakitkan. Merindukan seseorang yang sudah tiada, mengetahui yang rindunya takkan pernah terbalas.

'Bertemu dengan awak, dengan Jungkook, sudah cukup buat saya. Kamu berdua, berikan saya memori yang indah, kenangan yang menggembirakan. Dengan kamu, bersama kamu, saya berani melakukan perkara-perkara yang luar biasa. Yang selama ini, saya tidak pernah terfikir untuk melakukannya. Awak, ajari saya erti hidup yang sebenarnya. Dalam dunia, tiada untuk selamanya namun kita harus hargai setiap saat yang Tuhan berikan dengan sebaiknya. Saya gembira dan bahagia, di saat-saat terakhir saya hidup. Tiada kekesalan, sungguh.' Miracle mengangkat tangannya di hadapan kamera, dengan air mata yang masih membasahi pipi.

Yoongi melakukan hal yang sama, dia menyatukan tangannya bersama tangan Miracle. "Ajar aku, caranya untuk meneruskan hidup. Hidup tanpa kau, Miracle. Bagaimana, apa yang harus aku lakukan?"

'Esok awak ajak saya pergi taman. Saya takut tapi dalam masa yang sama, saya- saya gembira. Hati saya mendorong, saya takut nanti saya menyesal kalau saya tak keluar. Perasaannya seakan-akan inilah peluang terakhir yang Tuhan berikan buat saya, untuk melihat awak. Aneh. Dan saya tahu awak tak suka kalau saya cakap begitu, tetapi itu apa yang saya rasa sekarang, Yoongi. Saya sentiasa berada di dalam ketakutan, tapi bila dengan awak- tiada apa yang saya takuti lagi. Sebab saya cintakan awak, sangat-sangat.'

"K-kalau kau cintakan aku, kenapa kau tinggalkan aku?"

'Saya tahu, awak kuat. Awak boleh lakukannya, tanpa saya. Saya minta maaf, Yoongi. S-saya tak mampu bertahan lebih lama lagi. Ia semakin menyakitkan.' Miracle menundukkan wajahnya yang berkerut menahan sakit. Tidak lama kemudian hidung kelihatan seperti mengalirkan cecair merah, lalu dia kelam kabut menarik tisu dan ditekupkan untuk menghentikan ia dari mengalir terus. 'Yoongi, saya mohon pada awak. Kalau sesuatu jadi pada saya, awak harus teruskan hidup. Awak harus kuat. Okay? Teruskan bersinar, menjadi cahaya kegembiraan untuk orang-orang di sekeliling awak. Demi saya, boleh kan?'

Miracle mengukir satu senyuman lemah. 'Biarkan saya hanya menjadi satu memori, kenangan lalu dalam hidup awak. Cukup bagi saya. Jangan berpegang pada saya lagi, lepaskan saya pergi. Bukan bermaksud yang meminta untuk awak melupakan saya, hanya lepaskan saya agar hati awak lebih berasa tenang. Terima kasih untuk segala-galanya, Min Yoongi.'

Video berhenti.

Dan di penghujungnya, Yoongi semakin tenggelam di dalam kesedihannya. Tangisannya semakin menggila, terjungkit-jungkit bahunya akibat esakkan. Dadanya terasa sakit dan sesak yang teramat sampai dia terbaring di situ memeluk erat gambar Miracle di dada. Yoongi melepaskan segala-galanya dengan cara menangis, dan jika sekalipun dia ingin menghentikan perasaan yang menyiksanya selama ini, mungkin ini adalah masa yang sesuai.

Jeon Jungkook yang sedari tadi berdiri di luar pintu biliknya, juga sama dibanjiri dengan air mata. Tidak pernah dia menyaksikan abang angkatnya itu dilanda kesedihan yang sebegitu teruk sekali, bahkan sewaktu pemergian Jung Miracle dia tidak menangis begitu rupa. Nampaknya baru hari ini, Yoongi benar-benar melepaskan rasa hatinya yang dipendam selama ini.

Bagaimana cinta boleh begitu membahagiakan, dan juga sangat menyakitkan?

*****



After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now