nineteen : box of memories

158 24 1
                                    

"Semua sudah sedia, hyung?"

Yoongi tersentak dengan sapaan Jungkook, hampir terlepas jatuh kotak dari pegangannya. Dia mengeluh lambat sebelum berpaling badan untuk memandang Jungkook yang berada di hadapan pintu biliknya. Di sekelilingnya sudah dibersihkan, kotak-kotak berisi barang terpakai diletakkan di satu sudut ruangan bilik, sementara almari dan tilam dilitupi dengan kain putih.

Senyuman nipis dia koyakkan. "Sudah. Rasanya ini sahaja yang aku perlukan."

"Jomlah, nanti kita terlepas penerbangan. Hyung mahu singgah kolumbarium lagi, kan?" Ujar Jungkook, di tangannya sudah sedia menjinjing bagasi miliknya.

"Okay."

Mereka bergerak ke ruang tamu, dan ada jeda seketika di situ. Yoongi memerhati sekeliling, perabot-perabot dan beberapa benda lain juga turut ditutup dengan kain putih. Menjadikan suasana menjadi suram, dan sayu dilihat. Berat kakinya melangkah pergi meninggalkan rumah ini, seberat yang hatinya rasakan. Tetapi rasanya, ini mungkin yang terbaik baginya.

Memulakan hidup di tempat yang baharu, menciptakan memori yang baharu. Di sini, hanya tinggal ingatan sahaja.



Dia meletakkan kotak bersaiz sederhana bawah almari peringatan Miracle. Setelah itu, pintu kaca rak tersebut dibuka dan seutas rantai ditarik keluar dari lehernya lalu diletakkan di situ.

"Aku akan pergi jauh dari sini. Jangan risaukan aku, aku akan baik-baik sahaja."

Pandangan dia turunkan semula pada kotak tadi, dilabelkan 'box of memories'. Berisi pelbagai barangan milik Jung Miracle, termasuk setiap satu hadiah yang gadis itu berikan kepadanya dahulu. Setiap satu perkara, berkaitan Miracle, diletakkan di dalam itu.

"Aku minta maaf, Miracle. Bukan aku mahu melupakan kau, jauh sekali ingin menghapus kau dari ingatan aku. I love you, so much. That's why, I let you go. You're my light, always, Jung Miracle. Thank you for the miracle that you gave to me."

Setitis air mata, jatuh di pipi.

*****

After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now