"Ha Eun bangun" aku berusaha membuka mataku . Setelah mataku terbuka sedikit , aku melihat keluar tingkap kereta . Dah malam . Eh kejap . Kereta ? Setahu aku tadi , aku naik kapal terbang nak balik Seoul . Aku pandang Yeonjun .
"Kita kat mana ?" Soalku . Yeonjun sedikit hairan .
"Sayang , awak mimpi ke ? Kita kan dah dekat Seoul ni . Kejap lagi nak sampai , tu yang saya kejutkan" terkebil kebil mata ku .
"T-tapi tadikan kita kat dalam kapal terbang ?" Yeonjun tersenyum .
"Memang pun . Kita sampai sampai tadi , saya kejutkan awak tak bangun bangun , saya angkat lah masuk kereta . Nasib ringan" terbeliak mataku . D-dia angkat ? Sepanjang perjalan keluar dari Airport tu ?
"Kenapa ?"
"A-aniyo" aku menggeleng perlahan . Setelah itu , kereta yang kami naiki dah tiba diperkarangan rumah banglo hak milik keluarga Min . Dengan hati yang berdebar debar , perlahan kaki ku melangkah kehadapan pintu rumah .
"Puan"
"Ommakamchagiaa !" Aku terkejut kerana seorang wanita sedang memanggil ku .
"M-mianhae puan . S-saya tak sengaja" dia menunduk berkali kali . Siapa dia ni ? Kenapa pakai uniform pembantu rumah dekat sini ?
"Aigo gwenchanha . Awak baru ke ? Nama awak siapa ?" Soalku . Soalan itu sudah berpusing pusing dikepala ku .
"Ah . Annyeonghaseyo , Kim Tae Rin ibnida" dia memperkenalkan diri .
"Umur awak ?" Soalku lagi . Sebab dia nampak lebih tua dari aku lah .
"Umur saya 21 tahun" aku mengangguk .
"Unnie" aku menyebut perkataan itu perlahan namun masih boleh didengari .
"Marilah kita masuk , Puan" katanya lagi . Aku mengangguk .
"Ah tunggu" aku memberhentikan langkahnya .
"Nae ?"
"Unnie tak payah lah panggil saya Puan . Awak lagi tua daripada saya . Panggil je saya Eun" kataku dengan senyuman .
"Tak apa ke ?" Soalnya lagi .
"Em . Gwenchanha"
"A-arasseo , Eun" aku tersenyum lebar dan meneruskan jalan . Yeonjun tengah uruskan barang dengan driver , jadi aku masuk dulu .
"Eun" aku menoleh kearah tuan empunya suara . Macam kenal suara tu .
"O-oppa ?" Aku terkejut melihat gerangan tuan empunya suara . Dia berdiri dan menuju kearahku dengan senyuman lebar . Aku masih kaku berdiri tak percaya .
"Eun rindu oppa tak ?" Soalnya dengan senyuman yang comel gila ! Bibir itu apa orang kata , dah macam plum .
"GILA TAK RINDU . MESTILAH !" Suaraku sedikit kuat lalu memeluknya erat .
"Aii . Jihoon je Eun rindu ? Oppa ?" Suara lembut itu datang dari arah belakang Jihoon . Aku pandang pemilik suara .
"Jimin oppa !" Aku melepaskan pelukan Jihoon dan berlari anak kearah Jimin . Ceritanya macam ni , Park jimin tu abang Park Jihoon . Diorang ni , abang sepupu aku belah eomma . Yelah , nama sebenar eomma Park Jae Na , disebabkan kahwin dengan Appa , bertukarlah namanya menjadi Min Jae Na . Jadi , diorang ni anak abang Eomma aku . Park Juboong . 😂
"Aigoo . Besar dah Ha Eun ni" Jimin mengusap lembut kepala ku . Aku ketawa kecil .
"Eun tak macam oppa . Terbantut" Pecah tawa Jihoon . Jimin mencubit pipiku dengan muka tak puas hati .
YOU ARE READING
[C] Protective || C.Y.J
FanfictionMana sahaja aku pergi , pasti ada dia . Choi YeonJun . Ya . Dia assistant dan driver abang aku merangkap kawan baik abang aku . "Oppa akan pastikan Ha Eun selamat" Min Yoongi . "Cik Ha Eun nak apa apa lagi tak ? saya sedia nak tolong awak walaupun u...