°제18장

539 61 1
                                    

"Kenapa Eun ni baik sangat ?" Sebak sahaja suaranya .

"Well , ini Choi Ha Eun . Saya pernah cakap yang saya ni sentiasa bertindak professional . Bukan nak berlagak lah , tapi memang betul lah . Ini diri Eun yang sebenar . Eun tak pernah besarkan masalah yang kecil" puji sikit diri ni . HAHAHA .

"Tapi ni bukan masalah kecil" Yeonjun tunduk . Makin aku eratkan pegangan tangan kami .

"No . I know that this is just a misunderstand . Eun tahu awak tak akan buat macam tu . Lagipun awak kan tengah sakit sekarang . Rasa nak marah je awak ni duduk dekat luar yang tengah sejuk ni . Masuk cepat !" Aku acah acah tegas mengarahkan dia untuk masuk .

"Eish . Arasseo Ha Eun-sshi" Yeonjun kembali tersenyum dan berdiri masuk kedalam .

"Awak pergi mana tadi ? Saya risau tahu awak tak balik . Rasa macam nak terjun je dari banglo ni" aku melastik perlahan dahi nya .

"Cuba lah kalau awak berani" aku membuat muka garang lalu dia mencubit lembut pipi ku .

"Em . Saya ni jenis yang jujur orang nya . Tadi saya ada jumpa Beomgyu" aku melihat reaksi wajahnya berubah .

"Dekat mana" daripada tona suaranya , aku tahu dia cemburu . Aku senyum . Ada chance nak buat dia cemburu .

"Dekat pantai tadi ha . Eun nangis , terus dia pujuk" aku tahan tawa dan melihat reaksinya .

"Oh" ringkas .

"Ala , tipu je . Eun nampak dia dengan seorang yeoja ni . Eun sapa lah . Rupanya yeochin dia . Eun pun cakap lah , tahniah . Yeoja tu cantik . Sesuai sangat dengan Beomgyu" ini lah penipuan yang tersakit aku pernah buat . Kalai lah betul , mungkin makin singkatlah jangka hayat aku .

"Jinjja ? Eun , tak jelous ke ?" Terdengar nada gembira di situ , namun masih terselit simpati .

"Okay lah . Eun kan dah ada nampyeon yang Handsome nak mampus ni" kataku lalu memegang kedua belah pipi nya sambil tersenyum .

Kalau lah kebahagiaan ni betul . Aku penat nak berlakon .
.
.
.
.

"Eun , kitorang balik dulu . Kalau ada apa apa , call je , okay ?" Kata Jimin . Diorang dah nak balik dah .

"Arasseo . Bagitahu driver hati hati jalan tu" aku memeluk jimin dan jihoon .

"Nae . Eun jaga diri , jaga kesihatan tau . Yeonjun , jaga dia" Jihoon memberi tatapan tajam kepada Yeonjun .

"Arasseo hyung" Yeonjun menyalam Jimin dan Jihoon .

"Okay . BAI !" Kereta Jimin dan jihoon laju meninggalkan Min Banglo .

"Orang kata bawa perlahan"

"Jom masuk" Yeonjun menarik tangan ku masuk kedalam . Yoongi dah pergi kerja . Hana pula dah balik . Jadi tinggal kami berdua dengan pembantu rumah lah .

"Eun . Nak apa apa tak ? Ahjumma nak pergi pasar ni" Ahjumma Kim keluar daripada dapur .

"Tak ada apa apa . Ahjumma pergi lah" kataku lalu melemparkan senyuman .

"Aigo ! Malas nya nak pergi sekolah esok !" Aku menghempaskan diri di atas sofa yang empuk di ruang tamu .

"Eh , boleh pula malas budak ni kan" aku mencebik kearah Yeonjun .

"Eun nak cuti lagi" kataku lalu melentokkan kepala dipaha Yeonjun . Yeonjun mengusap lembut rambut ku .

"Mana boleh malas lah . Lagipun ni dah tahun akhir kan" aku mengeluh .

[C] Protective || C.Y.JWhere stories live. Discover now