❤️ BAB 29 ❤️

830 124 30
                                    

Masa  berlalu
Berlalu meninggalkan segala cerita duka yang menyakitkan..
Berlalu meninggalkan rasa cinta dan rindu di hati..
Namun benarkan semua itu sudah berakhir?
Benarkah rasa cinta dan rindu itu telah tiada lagi untuknya?

DUA TAHUN BERLALU.....

DARLEN mendongak ke langit.Terbentang luas sang langit yang membiru sambil di temani sang awan yang putih bersih.Sungguh cantik ciptaan Tuhan.

Nafas di tarik dalam-dalam kemudian di hembus perlahan. Dia tersenyum melihat sang burung berkicauan riang nun diatas ranting pokok.

Darlen menyambung kembali menyapu dedaun kering yang berguguran dek angin semalam.Itulah rutin hariannya.

Di hadapannya ini ada sebuah rumah kecil.Rumah kecil yang hanya memuatkan dua manusia sahaja.Jika di hitung keluasan rumah ini ianya hampir sama dengan keluasan bilik tidurnya dulu.Tapi rumah itulah yang telah melindunginya dari panas dan hujan selama ini.Rumah serba ringkas yang telah di sediakan oleh majikan mereka.

 "Awalnya menyapu daun kering.." kedengaran suara lembut  Linah dari arah belakang menyapa Darlen.
Tersenyum si Darlen memandang wanita yang di gelarnya mak sejak setahun yang lalu.
 
"Senaman pagi mak..." 

'' Iyee lah tu senaman...''

'' Aiii mak nda nampak saya sudah slim sekarang?Haaa... sebab saya senaman pagi-pagilah ni saya jadi kurus..'' kata Darlen sambil buat gaya berjalan ala-ala miss Universe.

Tiba-tiba berderai tawa Linah melihat telatah Darlen.Perasan sangat budak ni! tapi tidak di nafikan tubuhnya memang sudah banyak susut.Darlen kelihatan sedikit kurus malah pipinya yang dahulu gebu dan selalu menjadi mangsa cubitan sudah nampak sedikit cengkung.

" Iyalah slim lah tu.Sudahlah tu menyapu,hari ni kau ganti mak di rumah puan Sofea.Semalam dia minta tolong kemas bilik tetamu diorang, dia bilang esok ada tetamu dorang mahu datang dari Austeria...''

 '' Sekarang kah mak?'' 

'' Habis tu ndakan esok baru kemas...hishh budak ni...'' 

'' Ehh mak ni orang main-main pun marah..saya suruh ni kak Sofea cari calon suami untuk mak baru tahu..'' 

'' Aiii mulut...mak yang patut minta cik Sofea tu cari calon suami untuk kau...'' 

Tidak semena-mena berubah air muka si Darlen.Entah mengapa kata-kata itu mengusik hatinya.

Melihat perubahan pada wajah Darlen,terus Linah menepuk dahi.Dia tersilap cakap lagi! 

'' Meh bagi mak penyapu tu..kau pigi masuk dalam mandi, sarapan lepas tu pigi rumah cik Sofea okey..'' Linah terus mengambil penyapu yang berada di tangan Darlen lepas tu dia menyampung kembali kerja-kerja mengumpul daun-daun kering yang belum selesai tadi.

'' Orang  sudah mandi dan sudah sarapanlah mak...'' 

" Habis tu kenapa baju kau ni macam baju semalam masih?'' berkerut-kerut kening Linah memandang si Darlen.
Rasanya semalam Darlen pakai baju yang masa takkan dia yang salah tengok. 

'' Ehhh mak ni..baju yang sama tapi  saiz saja berbeza...kan ni baju puan Sofea bagi kita tapi mak bilang mak nda muat! '' cebik bibir si Darlen.Bukan sekali dua mak angkatnya itu mengusiknya tidak mandi pagi hanya gara-gara memakai baju yang sama.

'' Ohhh mak lupa...sorry..'' Linah tayang sengih.Dia memang lupa,maklumlah usia sudah senja.Daya ingatan pun sudah tidak macam dulu lagi.

'' Ok lah saya jalan dulu lah mak..''

'' Okey cepat pergi,kesian puan Sofea menunggu..'' 

'' Yaa saya pigilah ni..'' 

'' Baik-baik jalan arr...kalau jatuh bangun sendiri..'' 

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now