❤️ BAB 35 ❤️

1.2K 108 23
                                    

'' MAJLIS di batalkan? seriusly bah Airen..'' terbuntang mata Aiden mendengar khabar yang di bawa Airen.Padanlah muka si ibu monyok semacam sebaik saja mereka masuk ke dalam rumah tadi.Dahlah pagi tadi si ibu merajuk sebab dia tak mahu sertai mereka ke Majlis itu.Sangka Aiden, balik dari Majlis anak saudara dia yang seorang tu terpujuklah rajuk si ibu tapi tak sangka lain pula hal yang terjadi.

''Iyeee abangku sayang....tulah abang nda datang. Kalau abang datang tadi dapatlah abang tengok wayang free.Tapi kan kesian juga dekat sepupu abang tu... nda dapat jadi tunang orang kaya macam yang dia angan-angankan?'' ujar Airen. Dia memang tak boleh move on lagi peristiwa yang berlaku tadi. Apa lagi melihat wajah Kirana yang bagaikan singa lapar yang hanya menunggu masa untuk membaham mangsanya.

Cuma yang dia rasa hairan, riak wajah ibu Kirana, puan Mery dan suaminya sama sekali tidak beri sebarang respon. Mereka siap memeluk menantu tak jadi mereka lagi sebelum pergi meninggalkan Majlis itu.

Dan yang paling emosi tadi, siapa lagi kalau bukan Puan Nora, ibunya. Siap menangis peluk Kirana bagai. Dia pula! no komen. Malas dia hendak komen banyak-banyak tentang apa yang berlaku pada sepupunya ini.

"kenapa jadi macam tu?" Berkerut dahi Aiden memandang adiknya menjengkitkan kening.Semakin tidak faham apa yang berlaku.

''Sebab Darlen...OMG bang......mesti abang terkejut kalau abang jumpa dia nanti.Saya pun terkejut gilak tengok perubahan dia sekarang...lagi abang terkejut apa yang berlaku sebenarnya....abang tahu taa....''

''Apa kau cakap ni Airen....'' kata-kata Airen di pintas Aiden yang kelihatan begitu terkejut nama Darlen tiba-tiba di sebut Airen.Dia bermimpikah? Darlen!!

"Darlen Rose yang pernah datang sini dulu tu bah...dia ada dat.....'' belum sempat Airen menghabiskan kata-katanya,Aiden sudah bergegas masuk ke dalam bilik tidurnya kemudian dia keluar semula bersama kunci keretanya.Tidak lama kemudian bunyi enjin kereta Aiden kedengaran.

Airen tercengang melihat kelakuan abangnya.'Memang hari ni hari cengang sedunia kah?banyak betul hal-hal di luar dugaan berlaku!'komen Airen di dalam hati.

"Haahhh... dia pigi mana lagi tu Ai?" teguran puan Nora mengejutkan Airen.

"Maa lagi kali bagi salam dulu.. terkejut saya bah.."jeling Airen dengan gelagat manjanya.

"Banyaklah terkejut kau sana..."
"Yalah bah... dont be angry madam Nora.." seloroh Airen seraya melingkar di lengan ibunya.

"Mesti kau gatal mulut tu kan pigi cerita-cerita apa yang jadi tadi sama abang kau tu kan..!!!" rungut puan Nora. Airen mengerutkan dahi. Dah kenapa mak dia ni pula marah-marah.Benda dah viral kalau bukan dia yang cerita pun keluar juga dalam paper esok-esok. Tajuk berita 'jutawan tak jadi bertunang'.

"Biarlah.. bukan boleh sorok pun. Yang mama stress ni kenapa pula? Bukan anak mak ni yang nda jadi bertunang pun.." omel Airen. Makin tak faham dia dengan perangai maknya.

"Dia bukan anak mak tapi anak saudara mak kan... kesian dia dengan keluarga dia dapat malu."

"Anggap sajalah teda jodoh bah mak.Lagipun mungkin Tuhan tu nda mahu si Kirana tu terus-terus berlagak sebab dapat lelaki kaya.Bukannya mak nda tahu perangai dia sejak dia bercinta. Sombong setengah mati sampai keluarga dia sendiri pun sanggup dia buat macam musuh." komen Airen.

"Yang kau ni langsung nda kesian sama sepupu kau ni kenapa?"

"Malaslah saya mahu banyak cakap mak lagipun tu hal peribadi dia biarlah dia. Sekarang ni saya atau mak nda payah masuk campur ok.." ujar Airen.

Bukan dia tak simpati pada sepupunya itu tapi entahlah.Mungkin lebih baik mereka tidak mengeruhkan keadaan.

"Malaslah mak mahu cakap sama kau ni.Dahlah pigi dapur masaklah apa yang patut..''

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now