Bab 19

627 21 0
                                    

Hazel termenung sorang sorang dekat tingkap bilik.Merenung keluar  melihat suasana yang masih gelap di luar pada pukul 5:30 pagi  dari jendela bilik di tingkat atas rumah dua tingkat tu.

Tak ada apa yang menarik.Dia mengeluh sendiri.Dia mengusap cincin pertunangan di jari manis dia.Dia sangat rindu hari tu.Hari yang dia dapat spend time together dengan Syamil.

Kenapa hari tu je?Sebab dia dah lama tak jumpa Syamil.Hari pertunangan hari tu last time dia jumpa Syamil.Jangan kata jumpa,chat pon tak ada.Syamil macam hilang macam tu je.Lesap.

Dia spam Syamil macam macam.Dia tanya pergi mana?Kenapa tak reply?Saya ada buat salah ke?Kalau ada im so sorry but please,reply saya.Merayu.Call hari hari.Tapi result dia perempuan robot tu jugak yang jawab.

Dia membelek gambar Tengku Syamil dalam Lenovo K50 miliknya.Sungguh dia rindu.Lagi sekali dia mengeluh.Awak pergi mana?Reply la awak.I miss you so fucking bad.

Woahh~Mona Lisa you guaranteed to round this town
Woahhh~Mona Lisa i bet to see you frown
Say what you mean tell me I'm right
And let the sun rain down on me
Give me a sign i wanna believe

Hazel dikejutkan dengan lagu Mona Lisa by Panic At The Disco yang menjadi ringtone telefon dia. Siapa pulak yang call aku pukul 6 pagi ni? getus hatinya namun masih mencapai telefon melihat orang yang call dia pagi pagi buta tu.

Tengku Zairul😎

Dah kenapa boss call dia pagi pagi buta?Buang tabiat ke?

Sebaik sahaja panggilan diangkat,suara cemas Tengku Zairul menyapa

"Hazel siap sekarang aku datang ambik kau"
"Eh kita nak pergi mana?Pagi sangat ni"
"Hospital.Syamil kat sana"
"Okey"

Hazel terus letak telefon dan bergerak macam lipas kudung bersiap ala kadar untuk ke hospital.Walau kelam kabut,otak dia masih lagi berfungsi.Syamil kat hospital?Dia buat apa kat sana?Dia sakit apa?

Hazel hanya sempat menulis nota kecil untuk kawan kawan nya memberitahu destinasi yang nak dituju sebelum dia mendengar bunyi hot kereta di depan rumah.

Masuk sahaja dalam kereta Audi milik Tengku Zairul,dia tak sabar sabar nak bertanya

"Boss kenapa Syamil ada dekat hospital?Dia buat apa dekat sana?Dia lawat siapa?Dia sakit ke?Saya tak tahu pun?"

"Nanti dah sampai kau tengok la sendiri"
Tengku Zairul tak sanggup nak bagitahu perkara sebenar dekat Hazel.Takut kalau Hazel pulak yang pengsan.Dia cuma berdalih sedikit.Biar Syamil yang terangkan bila dia dah sedar.

Dah sedar?

*******

Hazel tergamam.Kepala dia jadi berat.Mata dia berpinar.Dia macam tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Syamil terlantar diatas katil hospital dengan wayar yang penuh berselirat di sana sini.Muka nya sangat pucat.Hazel rasa macam nak pengsan.Dan dia memang pengsan bila pandangannya bertukar kelam.Dia hanya sempat mendengar suara Tengku Zairul memanggil nama nya sebelum semuanya kelam.Hitam.Hazel dah tak sedar apa.

*******

Sebaik sahaja dia buka mata,orang pertama yang dilihat ialah wajah Tengku Zairul dan Anne.

Dia terpinga-pinga sekejap.Macam mana dia boleh ada kat situ?Dia ambik masa seminit untuk sedar semua benda.

Seminit kemudian mata nya membulat dan dia terus melompat dari katil dan ingin meluru keluar.Anne yang terkejut dengan tindakan tiba tiba Hazel terus menahan dia dari menuju ke pintu keluar.

"Kau nak pergi mana?Kau kena baring Hazel kau lemah lagi tu"

"Tak nak aku nak cari Syamil,aku nak jumpa dia.Aku nak tengok keadaan dia sendiri."Hazel masih meronta-ronta nak keluar dari bilik tu.

"Boleh tapi bukan sekarang.Kau kena rehat.Kau tak sihat lagi."tegah Anne

"Tak boleh!Kau tak faham ke?Dah dekat sebulan aku tak dengar satu apa pun berita dari Syamil.And now bila aku dah jumpa Syamil kau nak halang aku?Kau ada rasa macam nak kena tumbuk ke?Sebelum aku sepak muka kau baik kau lepas kan aku aku nak tengok Syamil.Berambus la bodoh!"Hazel dah mengamuk bila Anne masih lagi menahan dia dari keluar jumpa Syamil.

Tengku Zairul yang tergamam dengan kata kata kasar dari Hazel terus mengambil langkah keluar memanggil doktor untuk tenangkan Hazel.

Anne masih lagi sedaya upaya menghalang Hazel dan memaksa nya baring semula ke katil.Tapi tak boleh.Hazel yang sedang mengamuk ni terlalu kuat nak dibandingkan dengan dia sendiri.

Dia mencari kelibat Tengku Zairul.Mana pulak mamat bodoh tu pergi?Dia tak nampak ke minah ni tengah mengamuk?Bukan nak tolong.The fuck.maki Anne dalam hati

"Lepaslah sial aku nak tengok Syamil la yang kau beria ria tahan aku ni apasal?Tepi lah menyemak bodoh"Hazel dah masuk mood memaki dia.Dia kalau dapat mencarut memang tak ingat dunia.

Semasa Hazel tengah mengamuk tu terasa ada satu benda yang dicucuk ke leher nya.Wtf? Dia tak sempat buat apa apa sebelum dia pengsan sekali lagi.Dia diberikan ubat penenang.

Tengku Zairul terus mendukung Hazel dan dibawa ke atas katil hospital.Darurat nak buat macam mana?Tak kan nak suruh Anne heret Hazel sampai ke katil.

Anne melepaskan nafas lega bila Hazel dah pengsan semula.Bukan apa Hazel mengamuk tadi ganas nak mati.Dia sempat tarik rambut Anne dan cuba nak pulas tangan Anne kebelakang.Semata mata nak lepaskan diri nak jumpa Syamil.Brutal sungguh.

Anne melontarkan pandangan tak puas hati pada Tengku Zairul.Tengku Zairul yang perasan terus bertanya dengan muka cuak

"Apa?"
"Yang kau tak panggil doktor awal awal tadi kenapa?Boleh pulak tercegat tengok si Hazel ni melompat nak keluar.Lembab gila respons kau!"marah Anne sambil membetulkan rambut yang kusut dan mengurut lengan yang sakit.Hilang terus hormat dia dekat Tengku Zairul walau dia tahu mereka terlalu jauh berbeza.

Tengku Zairul hanya sengih tak bersalah sebelum menjawab"Sorry lah,aku lambat sebab aku terkejut tengok Hazel mengamuk macam tu sekali.Tak pernah pernah aku tengok dia macam tu.Ganas gila.Mencarut pun bukan main banyak.Dia ada terpengaruh dengan WWE ke?"

Tengku Zairul hanya bergurau nak redakan keadaan tapi tak sangka boleh dapat jawapan tak tersangka.

"Haah dia memang obses dengan WWE,dia paling jadikan idola si AJ Lee.Kau tak pernah nampak dia buat DDT kan?"

"Weh kau serious la perempuan macam dia minat wrestling macam tu sekali?Dia gaduh dengan siapa sampai ada DDT bagai?"
"Dengan abang dia"

Tengku Zairul dah seram semacam.Dia tahu abang Hazel yang mana dan saiz dia yang jauh berbeza buat Tengku Zairul seram dengan kemampuan Hazel pukul orang.Kalau abang dia yang besar tu pun dia boleh smackdown,inikan pulak dia yang tak sebesar abang dia?Mati jugak kang.

Mereka akhirnya diam dan hanya melihat Hazel yang terbaring di katil tak sedarkan setelah diberikan ubat penenang dari doktor.

End Of Love ✓Where stories live. Discover now