Zine: 3

325 8 0
                                    

KAMPUNG CENGKIH.

Perkataan itu terpampang besar di laluan utama untuk ke kampung tersebut. Satria membuka lipatan kertas kecil lusuh yang berada di tangan kanannya. Satria yakin yang mereka akan menemui apa yang mereka cari.

Namun, ada satu keraguan yang terbit dalam hatinya. Dari tempat duduk penumpang belakang, Satria menatap sisi Amzar yang sedang fokus memandu.

"Ayah usu," panggil Satria setelah meletakkan badannya pada ruang kosong di antara dua kerusi di hadapan.

Amzar menjeling sejenak.

"Kita dah sampai kat sini, ayah usu masih tak nak beritahu abang ke?"

"Beritahu apa?" Amzar berpura-pura tidak mengerti.

"Kenapa ayah usu suruh abang duduk belakang?" soal Satria.

Semasa Amzar menjemputnya tadi, Satria mahu mengambil tempat di sebelah pemandu. Akan tetapi, Amzar segera menghalang dan memintanya duduk di belakang. Apabila ditanya, Amzar meminta Satria menunggu sehingga mereka tiba di kampung tersebut.

"Ni kan kereta aku, suka hati akulah nak suruh kau duduk mana. Kau nak duduk atas bumbung ke?" balas Amzar.

Sengaja mengelak daripada menceritakan hal sebenar.

"Ayah usu, abang serius ni. Satu lagi, kenapa ayah usu pakai kemeja putih ni? Macam driver aje. Sekali imbas macam uniform Abang Hashim. Ayah usu pinjam baju ni daripada dia eh?" ucap Satria dengan nada bergurau.

Hashim merupakan pemandu peribadi kepada Datuk Afia.

"Aku sewa sekejaplah."

Satria tercengang untuk seketika. Dia tidak menyangka tekaannya benar.

"Seriuslah? Ayah usu nak jadi driver?"

Amzar tidak menyambung perbualan. Kakinya menekan sedikit brek untuk memperlahankan kelajuan kereta, lalu pandangan Amzar meliar ke kiri dan kanan. Dia sedang mencari lorong yang betul agar mereka tidak tersesat.

"Sebenarnya, apa pelan ayah usu ni?"

"Kau tunggu dan lihat ajelah."

"Satu lagi, apa kena-mengena ayah usu nak kahwin dengan rancangan kita nak cari waris..."

Tidak sempat Satria menyudahkan susunan katanya, kereta yang bergerak tidak semena-mena berhenti. Amzar menghentikan kereta di bahu jalan, berdekatan sebuah lorong.

"Okey. Kita dah sampai kat Lorong 6. Sebelum aku belok, ada perkara yang aku nak beritahu kat kau."

Satria benar-benar dalam keadaan bingung. Dia membiarkan sahaja Amzar berbicara.

"Mengenai waris arwah Encik Latif, kau dengan aku yang akan uruskan amanah ni, kan?" ungkap Amzar setelah berpaling ke belakang.

Satria membalas dengan anggukan. Fikirannya mengundur ke peristiwa tiga minggu yang lepas.

Seorang lelaki bernama Rosli datang ke Galeri Persada. Kebetulan, Satria dan Amzar baru sahaja pulang setelah makan tengah hari. Sewaktu melewati kaunter penyambut tetamu, Amzar terdengar Rosli menyebut nama Latif.

Rosli yang tinggal bersebelahan dengan rumah pelukis itu menyampaikan perkhabaran yang Latif telah meninggal dunia kerana diserang penyakit angin ahmar. Rosli turut memulangkan cek bayaran hasil lukisan Latif kepada Amzar. Salah satu cara pembayaran dilakukan ialah melalui pengeposan cek, mengikut kehendak pelukis.

Ketika ditanya mengenai waris Latif, Rosli mengatakan yang Latif tinggal sebatang kara di rumah sewanya. Sepanjang mengenali Latif, lelaki itu agak keberatan untuk bercerita mengenai kisah hidupnya. Mujur Rosli sanggup membantu untuk mencari sebarang petunjuk yang membolehkan mereka menemui waris Latif.

Dua hari kemudian, Rosli datang membawa sekeping foto lama dan sehelai kertas. Rosli menemui gambar dan kertas tersebut di dalam dompet milik Latif.

"Jadi, sepanjang pencarian kita ni, aku bukan ayah usu kau. Aku nak kau anggap aku sebagai driver kau."

"Ha?!" Suara Satria memenuhi ruang yang ada.

"Kau faham ke tak ni? Aku driver..." nyata Amzar sambil jari telunjuk ditujukan kepada dirinya.

"Kau ialah bos," sambung Amzar lagi.

Kali ini jari tersebut diarahkan ke tubuh Satria.

"Kenapa pulak, ayah usu? Kita cuma nak cari waris Encik Latif. Kenapa sampai nak menyamar..."

"Aku nak kau panggil aku Abang Amzar, bukan ayah usu," celah Amzar.

Rahang Satria terjatuh dengan sendirinya. Dia menyandarkan belakang badannya ke permukaan kerusi kereta.

"Ayah usu nak praktikkan konsep Sultan Alauddin ke?" Satria cuba membaca fikiran ayah saudaranya itu.

"Kalau kau boleh buat konsep Sultan Alauddin pada Riz, kenapa aku tak boleh pula, kan?"

"Tapi, untuk siapa?"

Amzar tidak membalas.Dia memasukkan gear pada huruf D dan kaki kanannya menekan pedal minyak. Amzarmemutar stereng kereta ke kiri. Mereka memasuki Lorong 6.

BUAT AKU CINTAWhere stories live. Discover now