Majlis makan malam

2 0 0
                                    

Anita merupakan anak tunggal keluarga Willbert yang sangat terkenal di negara Amber. Jeffrey Willbert dan isterinya Alicia Willbert merupakan pasangan yang terkenal dengan sikap dermawan dan merendah diri. Setiap kali ada acara amal, mereka sentiasa menyertainya.

Malam ini acara terpenting berlangsung dimana majlis makan malam untuk tabung amal keluarga Willbert diadakan.

Anita mengeluh sambil memandang gaun yang akan dipakainya malam itu. Gaun labuh berwarna emas dengan butiran batu permata yang sangat eksklusif itu sangat cantik sekali. Rekaan dari pereka terkenal negara tersebut, tentunya harganya tidak murah.

"Baju secantik ini, dipakai untuk majlis meraikan orang miskin. Membazir sahaja" Anita merungut.

"Kenapa aku perlu pergi melayan mereka?"

Bunyi ketukan pintu.

"Masuk" Anita mengarah

Pembantu rumah bernama Siti masuk.

"Cik Anita, kenapa belum bersiap lagi?", Terkejut Siti melihat Anita masih dalam jubah mandinya.

"Tuan Jeffrey bagitau bahawa lagi 30 minit akan berangkat" tambah Siti lagi.

"Baiklah..., saya siap sekarang. Kamu keluar dulu" jawap Anita sambil mengeluh.

#######

Hotel Royal Jewel dimana tempat berlangsungnya majlis tersebut.

Limousin keluarga Willbert meluncur memasuki perkarangan hotel.

"Anita, senyum sedikit... Barulah nampak manis" Ujar Alicia apabila melihat wajah Anita yang masam mencuka.

"Ingat Anita, acara ini sangat penting... Tabung yayasan keluarga kita telah ditubuhkan oleh datuk dan nenek kamu. Suatu hari nanti, kamu pula akan menguruskannnya. Jadi kamu kena belajar dari sekarang" ujar Jeffrey.

Anita hanya tersenyum. Senyuman tersebut seperti terpaksa. Tiada keikhlasan langsung.

Anita benci majlis seperti ini. Baginya majlis ini hanya membuang masa.

'Kenapa perlu meraikan orang miskin? Bagi sahaja wang kepada mereka' fikir Anita dalam hati.

Kehadiran keluarga Willbert di atas karpet merah memeriahkan suasana. Wartawan yang berkumpul berpusu-pusu mengambil gambar mereka. Ketampanan Jeffrey Willbert dan kejelitaan Alicia Willbert dikagumi walaupun masing-masing sudah berusia lewat 40an. Dimana tumpahnya kuah kalau tak kenasi.... Kecantikan Anita tentunya tiada tolok bandingnya.

Majlis ini disertai oleh ramai orang kenamaan serta artis-artis terkenal negara Amber. Begitu juga kehadiran anak-anak yatim dan fakir miskin yang ditaja oleh Yayasan Willbert.

Majlis tersebut berjalan dengan jayanya dengan pelbagai persembahan dari artis-artis terkenal.

Sepanjang waktu majlis berlangsung, ayah dan ibunya disapa oleh ahli perniagaan dan artis-artis yang berada dimajlis tersebut. Kemudiannya ayah dan ibunya bergerak menyapa anak-anak yatim serta fakir miskin yang dijemput khas ke majlis tersebut.

Anita hanya duduk kaku di mejanya. Sesekali tersenyum pada orang yang menyapanya. Kerana beliau sudah diberi tahu oleh ibubapanya untuk menjaga adab dan tingkah lakunya.

pembentukan gadis kayaWhere stories live. Discover now