Permulaan perjalanan

0 0 0
                                    

Hari ini Anita akan ke kediaman datuknya. Tiada apa-apa persiapan yang perlu disediakan sebab di rumah datuknya lengkap dengan segala keperluan.

Rumah agam datuknya berada terpencil di pulau persendirian. Untuk  ke pulau tersebut hanya boleh diakses menggunakan helikopter dan bot.

"Cik Anita, di dalam bekas ini saya sudah sediakan snek dan minuman untuk cik" ujar Siti sambil menunjukkan bekas cooler ditangannya.

"Baiklah... Letakkan di dalam heli..., Nanti saya datang"

Anita memandang ke arah ibu dan ayahnya. Dia kalah kali ini. Dia terpaksa mengikut percaturan datuknya.

"Jangan bimbang, ia cuma latihan... Apabila kamu benar-benar bersedia, barulah ujian sebenar dilaksanakan" ujar Alicia sambil mengusap lembut kepala Anita.

"Ikut arahan datuk kamu, jangan cuba memberontak" Jeffrey memberi amaran keras.

Dia tahu anaknya bukan seorang yang keras kepala, tapi cuma satu sahaja yang dia tidak suka. Jika berkaitan dengan kerja amal. Dia tidak mahu campur tangan.

Dia tiada masalah bergaul dengan pekerja bawahan. Malah sebelum ini keluarga Siti, pembantu di rumah itu mengalami kesusahan dimana ayah Siti terpaksa menjalani pembedahan segera, dia tanpa berfikir panjang memberikan wang sebanyak 30 ribu tanpa perlu membayar balik.

Bukan itu sahaja, apabila ada salah seorang pekerja syarikat ditimpa kemalangan dan perlu bercuti lama, dialah orang yang pertama melawat dan sanggup mengatur pengangkutan untuk kedua-dua anak pekerja tersebut untuk bersekolah. Kemudian dia memberikan pekerja tersebut kereta bagi menggantikan kereta yang sudah hancur akibat kemalangan.

Tetapi jika diajak ke rumah anak yatim atau orang susah dia tidak menyukainya. Pernah sekali apabila dia dipaksa melawat ke rumah anak-anak yatim, dia menepis tangan seorang penghuni tersebut yang ingin memegang rambutnya yang panjang mengurai ketika itu. Dia juga tidak membenarkan mereka memeluknya.

###

Perjalanan menggunakan helikopter hanya memerlukan 2 jam untuk sampai ke tempat datuknya. Namun begitu perkara ini sangat membosankan.

Anita mencapai bekas cooler yang dibekalkan Siti, di dalamnya terdapat sebotol jus mangga kegemarannya bersama sepotong pai epal dan beberapa keping biskut coklat.

Anita mengambil jus mangga lalu menyimpan kembali bekas cooler tersebut di tempatnya. Dia lalu meminum jus tersebut.

Baru sejam perjalanan tersebut, namun dia perasan bahawa juruterbang dan pembantunya asyik menjeling ke arahnya.

Dia selalu naik helikopter bersama mereka, namun sekarang mereka berkelakuan pelik. Seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan.

Tiba-tiba helikopter tersebut bergegar dan berputar tiba-tiba di udara.

"Apa yang berlaku?"

"Maaf Cik Anita, ada masalah pada kipas tiba-tiba. Jangan bimbang, Cik Anita bertenang"

Helikopter tersebut berputar tanpa henti dan semakin laju. Mungkin kerana putaran tersebut, kepala Anita terasa pening dan tiba-tiba segalanya gelap.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 02, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

pembentukan gadis kayaWhere stories live. Discover now