Pʀᴏʟᴏɢ

17.3K 411 1
                                    

👆🏻Osᴛ Uᴡᴀɪᴢ, Eɴɢᴋᴀᴜ Yᴀɴɢ Aᴋᴜ Cɪɴᴛᴀ

"ASSALAMUALAIKUM," ucap Zalikha memberi salam. Dia kenal dengan Tengku
Uwaiz Faraz. Cukup kenal...

Uwaiz hanya mengangguk sementara salam dijawab dalam hati.

Zalikha menyusun kata dalam akalnya. Sukar untuk bertutur lebih-lebih lagi ketika bersama jejaka pujaan ramai itu. Dia benar- benar rasa canggung.

"Terima kasih jemput saya ke sini walaupun..."
"Walaupun ibu bapa aku yang aturkan semuanya?"

Zalikha teragak-agak untuk mengangguk. Lelaki itu menoleh ke arah pengawal-pengawal peribadi yang berdiri di sekeliling mereka. Dia sudah rimas kerana diperhatikan seperti ini.

"Kau orang semua ni boleh tak keluar dari sini? Aku tengah date, takkan kau orang pun nak join sekali!" Uwaiz sedar Zalikha tidak selesa.
Pengawal-pengawal itu berlalu setelah diarah oleh Uwaiz. Zalikha cuba memberanikan diri memandang ke arah lelaki itu.

"Uwaiz..."

"Kau cakap aje apa yang kau nak cakap pada aku. Jangan risau, aku tak makan orang."

Zalikha mengangguk faham.

"Uwaiz, awak tak kisah ke kahwin dengan saya? Kalau awak tak nak, saya boleh aje..."

"Dia orang ibu bapa aku. Takkan aku sanggup nak tolak permintaan dia orang?" Pintas Uwaiz.

"Tapi saya cuma perempuan biasa. Miskin pula tu. Kalau nak dibandingkan dengan awak, jauh gila bezanya. Macam langit dengan bumi. Tak sekufu..."

"Kalau ikutkan, memang aku tak nak." Angkuh nada Uwaiz berbicara.

"Keluarga aku sanggup bantu keluarga kau sebab suka dengan kau, tak bermakna aku pun sukakan kau. Ingat itu." Uwaiz menyambung ayatnya apabila melihat Zalikha bungkam.

Suasana bertukar sepi. Dalam hati Zalikha, bermacam-macam perkara yang mengusik rasa. Zalikha bukan langsung tak mengerti perasaan Uwaiz, namun setelah mendengar sendiri dari bibir lelaki itu, hati Zalikha terasa.

"Kau tak kisah ke kalau kita kahwin, tapi hati aku tak boleh nak terima kau? Kau tak ada rasa sakit hati ke nanti?" Uwaiz merenung wajah Zalikha dalam-dalam. Cuba memahami dan membaca perasaan gadis itu.

Zalikha bantai ketawa.

"Saya tak kisah sebab saya pun sama macam awak. Awak jangan risau, saya tahulah nak buat apa. Lagipun, saya tahu awak dah ada makwe. Buat apa saya nak kacau daun pula?"
Uwaiz meraup mukanya. Sakit betul telinganya setiap kali dikaitkan dengan Eriqa.

"Za, kau dengar sini ya."

Uwaiz merapatkan diri ke meja sekali gus kepala didekatkan ke arah Zalikha. Zalikha berundur sedikit ke belakang untuk membina ruang.

"Apa hal dengan awak ni?" Zalikha mengerutkan kening.

"Aku nak kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakap sebab aku takkan ulang dua kali."
Zalikha hanya mengangguk. Sempat juga dia menjulingkan matanya ke atas. Meluat dengan lelaki itu.

"Apa dia? Cepatlah cakap, takkan nak saya terkulat-kulat dulu baru nak bagitau?" Sinis Zalikha berkata-kata. Zalikha tak mahu Uwaiz ingat dia nak sangat kahwin dengan lelaki itu.

"Aku tak nak kau kaitkan aku dengan mana-mana perempuan, terutamanya Eriqa. Kononnya, aku ada skandal dengan dia oranglah, apalah. Itu semua tak betul. Mulut yang banyak bergosip ni, aku tak suka."

Lantas Zalikha mencebik.

"Eleh, yalah tu. Semua perempuan yang digosip dengan awak, popular dan lawa-lawa. Memang awak terkenal dengan sikap buaya darat pun..."
Uwaiz mengetap bibir. "Suka hati kaulah nak percaya atau tak. Tapi yang pasti, aku tak nak dengar yang kau cakap Eriqa tu makwe aku. Kalau aku dengar benda tu lagi, siaplah kau!"

"Okey." Zalikha hanya papar riak bersahaja.

"Dahlah, pesan makanan cepat." Uwaiz memeluk tubuh.

"Saya tak lapar."

"Eh, pesan ajelah. Aku ni dah lapar sangat." Uwaiz mengangkat tangan memanggil pelayan.

"Kenapa awak tak makan kat rumah?" Zalikha mengerutkan dahi.

"Aku dah cakap dengan family aku, aku nak makan kat luar. Jadi aku tak makanlah kat rumah tadi. Itupun nak tanya." Uwaiz buat muka.

Zalikha semakin hairan.

"Bukan dekat rumah besar awak tu makanan lagi sedap ke? Mahal-mahal pula tu... Dahlah, saya nak balik."

"Eh makanlah sekali!" Uwaiz naik angin. Takkan dia nak makan seorang diri kat sini?

"Saya tak laparlah."

"Temankan aku ajelah."

"Okey saya temankan awak. Tapi boleh tak awak bagitau, kenapa Eriqa tu nampak rapat sangat dengan awak kalau dia bukan kekasih awak?"

Uwaiz memandang wajah Zalikha dengan renungan tajam. "Sebab Eriqa kawan baik aku dari kecil. Ada ke patut kena gosip dengan kawan sendiri? Kaki membawang betul budak-budak universiti."

Zalikha memutarkan matanya. "Awak bukan budak U ke?"

"Nanti jangan bagitau orang yang kau jumpa dengan aku hari ni," ujar Uwaiz tegas.

Serta-merta Zalikha mengangkat jari kelingking tanda berjanji.

"Awak boleh percayakan saya. Hehehe..." Sejurus itu Zalikha melepaskan tawa.
Uwaiz terkebil-kebil memandang wajah Zalikha.

Uwaiz, Engkau Yang Aku Cinta [ 𝚃𝙴𝚁𝙱𝙸𝚃𝙰𝙽 𝟸𝟶𝟸𝟶 ]Where stories live. Discover now