TDP 1

116 22 9
                                    

Seorang lelaki berketinggian 180 cm kelihatan sibuk menyikat rambutnya sebelum disapu kemas dengan pomade. Dirinya sudah dipakaikan dengan kemeja berwarna biru dan tali leher berwarna kuning. Seluar slack pejabat berwarna hitam terpakai elok pada kakinya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, lelaki itu terus mencapai briefcase yang berada di atas katil lalu menuju ke pintu bilik untuk turun ke tingkat bawah.

"Hah Afiq ! Turun pun, mari makan dulu." Kedengaran suara perempuan likungan 50-an menyapa lelaki itu.

Lelaki yang bernama Afiq itu melakar senyum sebelum mengambil tempat di sebelah kakaknya, Hanis Maisarah yang sedang bersarapan.

Afiq Harris yang kini berumur 25 tahun dilahirkan dalam keluarga yang senang dan mempunyai empat adik-beradik termasuk dirinya. Bapanya bernama Dato' Zainal dan ibu tirinya bernama Datin Azizah. Ibu kandungnya, Datin Humaira telah pun meninggal dunia sewaktu dia berumur 15 tahun akibat langgar lari.

Walaubagaimanapun, kehidupan terpaksa diteruskan sehinggalah Dato' Zainal berkahwin dengan Datin Azizah atas pilihan keluarga. Datin Azizah merupakan seorang janda setelah suaminya meninggal dunia akibat kanser hati tahap 4.

Afiq Harris merupakan anak yang ketiga dalam keluarga itu telah berjaya mensandang jawatan CEO syarikat hasil titik peluhnya sendiri iaitu Fiqq's Holdings. Muda-muda dah ada syarikat sendiri. Kira hebatlah tu. Haa tepokk ! Abang sulungnya pula bernama Aiman Zaheein yang berkerja sebagai seorang arkitek. Aiman Zaheein yang berumur 30 tahun itu sudah pun berkahwin dengan Sarah Aisyah dan dikurniakan dengan dua orang anak kembar, Syafiq Zarief dan Airin Sofea yang sudah mencecah 7 tahun.

Hanis Maisarah pula kakak kepada Afiq Harris yang sudah berumur 27 tahun dan merupakan seorang pereka fesyen serta berjaya membuka sebuah butik iaitu Hanis' s Collection. Hanis Maisarah sudah pun bertunang dengan pilihan hatinya yang bernama Luqman Naqib.

Anak bongsu keluarga itu pula bernama Danish Haikal yang berumur 21 tahun dan sedang menjalani praktikal sebagai seorang doktor di sebuah hospital Tengku Halim. Status lelaki ini masih bujang. Para pembaca ada yang berkenan ?

"Afiq, Afiq busy tak harini ?" Soal Datin Azizah pada Afiq yang sedang nikmat mengunyah roti keping yang sudah disapu bersama jem kacang. Lelaki itu memandang ibu tirinya sebelum menjawab persoalan yang dihambur sebentar tadi.

"Afiq tak ada apa-apa meeting pun harini. Kenapa mama?" Soal Afiq kembali senada.

"Tak ada lah. Mama ingat nak minta tolong Afiq hantar kek dekat Taska Imani. Kereta mama tiba-tiba rosaklah pula."

Datin Azizah menghela nafas berat. Dia sendiri tidak pasti apa masalah keretanya yang tiba-tiba buat hal sedangkan hari semalam masih elok digunakan dan tiada tanda-tanda kereta itu mahu rosak. Alih-alih pagi tadi dia mahu menghidupkan kereta itu tetapi hampa dek kerana tidak hidup. Hatinya kini pasrah kecewa !

"Ouh... ingatkan apa tadi. Boleh je kalau mama nak Afiq hantarkan." Kata Afiq seakan bersedia membantu ibu tirinya itu.

"Betul ni Afiq boleh tolong? Mama tak nak susahkan Afiq pula nanti." Ujaran Datin Azizah diyakinkan dengan anggukan laju Afiq.

"No hal lah mama. Nak hantar bila?"

"Hmm... tengah hari sikit macam tu." Balas Datin Azizah.

"Okay, nanti mama send location dekat Afiq. Tapi sebelum tu waktu tengah hari Afiq balik dulu ambil kek sebab nanti kalau angkut sekarang memang cair meleleh lah jawabnya." Kata-kata Afiq disambut tawa halus Datin Azizah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takdir & Pilihan Where stories live. Discover now