PUJANGGA DEWA

83 2 0
                                    

Kisah dua sahabat bermain madah sedang walau tiada hubungan.

"Bunga mekar dihambat kasturi,
Berkata manis lagikan seri,
Indahnya muka bagaikan bidadari,
Hai Qhira,  kau lah Puteri. 🌹"


Dibalas pantunlah mereka si teruna dan si dara.


"Nun disana kukayuh sampan,
Sampan dikayuh ke Teluk Batu,
Ku bawa rindu melalui bulan,
Maka pandanglah langit kita bersatu🌹"

"Salam sejahtera permaisuri Hati,
Sampai masa janji kutepati,
Wajah menyerlah disinar mentari,
Kita dua mata tapi satu dihati 🌹"

"Wahai kekanda dengarlah pantun dinda,
Hayati dan sematlah ia didada,
Kisah kita berdua pasti kan tercipta,
Pantas atau lambat mohonlah percaya🌹"

"Wahai Ahmad si pujaan hati,
Entah mengapa jiwaku meronta,
Ku harap cintaku kekal abadi,
Bersemai jua hingga ke syurga🌹"

"Madah berhelah seperti sutera,
Bijak berkata seperti pujangga,
Ayuh bersama kita ke syurga,
Berpimpin tangan bersama sama 🌹"

"Senyuman manis umpama madu,
Madu dicipta di Bukit Mahsuri,
Rindu dihati tiada yang tahu,
Kuharap berjumpa di dalam mimpi🌹"

Ditambah lagi si puteri dewa.

"Tika siang bertukar senja,
Kau datang dan juga pergi,
Bait-bait kata engkau berbicara,
Menusuk ke jiwa tapi kekal dihati♡"

Di teruna meneruskan madahnya.

"Tiadalah niat seperti ini,
Menyusun kata bermain bicara,
Usahlah memahami makna ini,
Kerana aku tiada apa-apa. 🍃"

"Kehadiranmu sentiasa kunanti,
Menghiburkan hati yang sedang layu,
Usahlah engkau merendah diri,
Tidak lengkap hidupku tanpa dirimu🌹"

"Syair puisi pantun dan juga madah,
Pujangga ciptakan sepenuh rasa.
Engkau tetap yang terindah,
Dalam hidupku sepanjang masa🌹"



Maka berbalas pantunlah mereka. Entah punya makna tersirat ataupon sebaliknya. Entahlah. Hanya diri mereka sahaja yang ketahui kenyataannya.

HIDUP DAN MATIWhere stories live. Discover now