Bab 18

11.4K 755 33
                                    

Salam maghrib. Selalu bad boy sweet - sweet je. Hari ni saya bagi sour pulak ya?😉

----

RASA hairanku mula menggunung apabila melihat mama sedang sibuk membantu Mak Rubiah. Abang juga sibuk berjalan ke hulu dan hilir untuk membantu mama dan Mak Rubiah memasak.

Takkan Raf dah balik kut? Mustahil. Masih terlalu awal untuk Raf pulang.

Takkan ada orang pula tiba - tiba masuk meminang aku?

Jangan nak perasanlah, Widya. Siapa aje nakkan kau? Lainlah kalau kau cantik macam Ayeen!

Tapi kalau betul macam mana? Apa yang aku nak buat? Aku takkan terima mana - mana lelaki kecuali Raf. Aku hanya mahukan Raf seorang sahaja!

"Kenapa Widya tercegat di situ lagi? Pergi hidangkan pada tetamu!" Aku blur seketika apabila mama secara tiba - tiba menghulurkan dulang yang terisi tiga cawan kaca, satu jug air oren dan biskut coklat yang baru siap dibakar.

Tetamu mana pula yang datang awal pagi macam ni?

"Ma..."

"Pergilah hantar cepat!" Gesa mama kasar. Tak sempat aku nak tanya.

Pandanganku singgah sebentar pada abang yang berada di sisi Mak Rubiah. Abang turut memandang wajahku seakan - akan punya makna tersirat. Tapi apa maknanya?

"Pergi cepat, Widya. Tak baik buat tetamu menunggu!" Marah mama. Wajahnya seakan marah benar denganku.

Aku mengeluh.

Tak faham kenapa pagi ini mood mama tiba - tiba aje rosak. Aku tak pernah lihat mama marah sampai sebegini rupa. Aku ada buat salah ke pada mama?

Meskipun berat hati, aku tetap juga membuka langkah menuju ke arah ruang tamu. Aku terus terkedu apabila melihat Aunty Aliesha dan Uncle Wan sedang duduk menunggu di atas sofa. Ada seorang lelaki yang duduk bertentangan dengan mereka.

Aku tak rasa itu Raf kerana postur tubuhnya jauh berbeza dengan Raf. Raf lebih tinggi dan agak sasa berbanding lelaki itu.

"Widya..." Suara Aunty Aliesha membuatkan aku cepat - cepat menyambung langkah mendekati mereka bertiga. Hampir - hampir sahaja jantungku meloncat keluar tatkala melihat wajah lelaki itu sepenuhnya.

Aku cuba menahan rasa amarah. Apa sebab lelaki itu berada di sini? Di rumah aku?

Dulang itu aku letakkan di atas meja. Aku mahu cepat - cepat berlalu. Hatiku rasa tak enak langsung apabila menghadap wajah lelaki tak guna tu! Namun, Aunty Aliesha lebih pantas menarik lembut tanganku lalu dia memaksa aku duduk di sisinya.

Aku menghela nafas.

Sabar Widya... Sabar.

"Widya..." Tanganku disentuh lembut oleh Aunty Aliesha. Aku mengangkat wajah memandangnya. Aku cuba juga ukir senyuman kelat.

"Aunty dan uncle datang ni nak bawa hajat. Widya terima dengan seikhlas hati boleh?" Lembut suara Aunty Aliesha.

Melihat wajah Imdad yang tersenyum sinis itu cukup untuk buat aku tahu yang dia ada agenda sendiri. Tambahan pula daddy Raf juga turut bersetongkol dengannya. Tak guna.

"Hajat apa?" Soalku tak bernada.

"Imdad, dia nak meminang Widya. Widya terima dia ya?"

Meminang aku?

Aku spontan menarik tanganku daripada pegangan Aunty Aliesha. Lantas aku bangun dari duduk di sisinya. Dia suruh aku terima Imdad sedangkan dia sendiri tahu anak dia tu cintakan aku?

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Where stories live. Discover now