Beberapa hari kemudian ,
Harini aku nak pergi library . Maklumlah , exam dah dekat baru sedar . Aku pergi sorang sebab si Yam tu nak gi dating . Dah ada bf dah dia .
Aku ni bila lagi ? Tak boleh move on lagi ke ?
Bukan aku tak bole move on . Takda rasa nak bercinta lagi . Aku takut kecewa lagi . Biarlah , kalau ada , adalah . Takda ok bye !
Aku terus memilih tempat duduk di bahagian penjuru perpustakaan tersebut . Saja nak jauh sikit dari orang .
Sedang aku leka menyalin nota di buku ,
"Hai , awak sorang je ke ? "
Satu suara menyapa gegendang telingaku . Aku mengangkat kepala dan melihat gerangan yang menegurku itu .
"Aah , saya sorang je . Kenapa ye ? Ni tempat awak ke ? "
Aku bertanya dengan nada suara yang bole tahan sopan la jugak .
"Boleh saya duduk sekali ? "
Aku meninjau ke seluruh bahagian library tu . Kau tau apa aku nampak ? Ada banyak gila tempat kosong . And this guy nak duduk ngan aku . Apa masalah dia ?
"Maaf la awak . Tempat duduk banyak lagi , awak duduk tempat lain la eh . "
Aku cuba menghadiahkan senyuman palsu.
"Lagipon , saya tak suka belajar dengan orang . Tak selesa . "
Aku harap sangat dia faham kali ni . Taknak aku belajar dengan orang tak kenal . Even muka dia handsome sekali pon .
"Oh okay . Takpelah . "
Dia dah pergi meja lain . Dia tu sapa sebenarnya ? Aku tak kenal pon dia . Siapa nama dia ek ? Muka market gak .
"Dahla baik aku study . Nanti gagal lagi kiciwa aku . "
Dan aku menghabiskan masa kat situ sampai la pukul 5 .
___________________________________________
"Weh Farra , aku dah lama tak dengar kau tanya pasal Riz en . Aku nak cerita macam - macam lagi . Tapi aku tengok kau macam dah tak berminat je . "
"Nak berminat buat apa ? Bukan aku kenal pon Riz tu . Muka pon tengok kat ig . Lainlah kau . "
"Ye la tu tak minat , entah - entah kau dah lama suka dia . Pastu kau broken sebab dia dah tunang . "
Ye Maryam , aku broken . Aku sayang Abang Riz . Aku cintakan dia . Tapi , aku taknak jadi perempuan yang menghancurkan hubungan orang .
"Biarlah dia nak bahagia . Dia bukan taste aku pon . Takyah cakap pasal dia lagi . Baik kau fokus nak exam . "
"Ha , okay . "
Maryam terus mengulang kaji semula .
Aku harap Maryam takkan sebut lagi nama lelaki yang pernah ada dalam hati aku , Aariz Zaqwan .___________________________________________
Malam ni , aku teman May pergi beli burger . Aku sekarang dah jadi penggemar burger ayam cheese sejak broken . Lemak pon dah terkumpul . Bilalah aku nak gi jogging .
"Bang , nak burger ayam cheese 2 macam biasa. "
May terus mengorderkan untuk aku .
"Weh tengok tu . "
May terus mengejutkan aku yang leka bermain telefon pintar .
"Apa ? Jangan kacau aku boleh tak ? Tak habis - habis nak terkejutkan orang . "
![](https://img.wattpad.com/cover/199177874-288-k111639.jpg)
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...