46 - hantaran

1.4K 83 32
                                    




Selepas waktu isyak,sara sekeluarga mula pulang kerumah mereka.sebaik sahaja sara masuk dalam bilik dia,dia lagi sekali cuba telefon alif tapi masih tak berjawab

"Kenapa dia taknak jawab call aku? Dah la tipu aku.lepastu sekarang nak lari pulak?" Marah sara sambil tumbuk tumbuk tilam

"Kalau aku tanya abang,agak abang nak bagitahu tak pasal alif? Ish!! Tapi nanti abang tahu aku suka alif...macam mana ni!!" Jerit sara dan dia tekap muka dia dekat bantal

"Sara!! Daniel datang ni!!" Panggil asyraff dari luar bilik sara

"Ouh,okey sekejap!" Jawab sara dan pakai tudung sarung ringkas.setelah dia dah pastikan dia dah cantik dia keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu

"Papa,kalau sara nak cakap dengan daniel dekat luar boleh?" Tanya sara minta izin

"Boleh boleh! Jangan buat benda bukan bukan sudah" pesan dato mustafa

"Takde la uncle...dia cuba pukul saya je,saya jerit panggil uncle auntie" tutur daniel dengan sengihan dan sara terus jegilkan mata dia dekat daniel dan terburai ketawa daniel dekat situ

"Jom!" Ajak sara dan terus keluar kearah kolam renang dibelakang rumah dia diikuti daniel dari belakang.mereka sama sama duduk dekat hujung swimming pool sambil rendamkan kaki dalam pool,tapi daniel lipat kaki seluar dia sampai atas manakala sara rendam dengan seluar dia dan ye mestilah basah,jaga aurat kan

"Kenapa ajak lepak sini? Nak cakap apa?" Tanya daniel dan pandang sara yang tengah pandang ke langit yang dipenuhi bintang pada malam itu

"Alif,dia dah balik malaysia" tutur sara perlahan

"Dia balik dulu? Dia ada hal la tu" ujar daniel

"Tak,saya rasa dia cuba elakkan diri dari saya" teka sara

"Elakkan diri dari awak? Kenapa? Awak buat apa dekat dia?" Tanya daniel pelik

"Entah,teka je.tapi semalam dia datang rumah anak yatim yang saya membesar dulu,dia.pergi beli mainan untuk adik adik saya lepastu dia bawa diorang pergi makan" ujar sara lagi dengan keluhan yang berat

"Dia ada sebab la tu..dah cuba call dia?" Tanya daniel lagi

"Dah!! Banyak kali!! Dia tak angkat!!" Marah sara

"Tak payah marah saya,saya tanya je" ujar daniel dengan senyuman

"Tak marah..geram dengan alif ni ha....ke dia tukar nombor telefon?" Teka sara lagi dan kini mata dia pandang daniel

"I dont think so..like i said,maybe dia busy ataupun dia tak dengar awak call" ujar daniel pula

"Kalau dia tak dengar saya call dia,takkan dia taknak call balik?" Tanya sara pulak

"Maybe dia nak call balik tapi terlupa.dia businessman sara,like your brother,mesti dia busy.lagi lagi awak cakap company dia baru bukak,jadi semestinya banyak yang nak kena uruskan" ujar daniel pula

"Atau dia nak elakkan diri dari saya" tutur sara lemah dan perlahan sambil menunduk pandang kaki dia yang berada dalam pool tu

"Bagi sebab kenapa dia nak mengelak dari awak?" Tanya daniel dan sara hanya angkat kedua belah bahu dia mengatakan dia tak tahu

"Saya tak tahu" jawab sara lemah

"Don't give up okay...kalau awak betul sukakan dia,stay strong...kalau alif memang jodoh awak,awak akan dapat dia jugak..sekarang ni AlLah s.w.t tengah uji awak" pesan daniel dan sara hanya anggukkan kepala dia

[C] Engkau TakdirkuWo Geschichten leben. Entdecke jetzt