05

1.8K 210 107
                                    

"Kau sendiri tau sebab apa kan?"soal Jimin dengan riak bekunya.

《Flashback 3 months ago...》

"Mama papa Jimin ada bawa Mina yang Jimin selalu sebut tu. Pengarang jantung hati Jimin."ujar Jimin sambil tersenyum nipis masih lagi dengan riak bekunya.

"Ohh bawalah dia jumpa dengan mama nak juga jumpa siapa yang membuatkan Jimin ni selalu tersenyum."ujar mama Jimin merangkap ibu angkatnya.

Ibu Jimin meninggal dunia sewaktu umurnya 5 tahun akibat sakit jantung. Setahun selepas kematian ibunya papanya berkahwin dengan seorang janda anak satu yang sama umur dengannya.

"Mina sinilah jumpa dengan mama dan papa Jimin."ujar Jimin mempelawa Mina supaya berjumpa dengan kedua orang tuanya.

"Hai tuan puan s-"tidak sempat Mina mahu menghabiskan percakapannya mama Jimin sudah memotong dahulu.

"Datuk and Datin."ujar mama Jimin dengan gaya angkuhnya.

"B-baik err datuk datin. Nama saya Mina Collins."ujar Mina gugup melihat pandangan mama Jimin yang merenungnya dengan tajam.

"Kamu asal mana? Keluarga berada ke kalau ye apa bussiness yang keluarga kamu usahakan?"ujar puan Park yang musykil dengan kedatangan Mina.

Tidak pernah lagi dia melihat Mina di mana-mana perjumpaan ulang tahun syarikat Infinite mahupun di media sosial.

Jimin yang mendengar mengepal penumbuknya. Geram sungguh dia dengan perangai mamanya yang tidak habis-habis mementingkan pangkat dan darjat tu.

Penting sangat ke semua benda tu dari kebahagiaan anak sendiri? Boleh ke kekayaan tu membawa kepada kebahagiaan?

"Mama sudah lah tu. Malu lah sikit Mina tu kan girlfriend abang yang mama ni soal pasal keluarga dia kenapa?"soal Taehyung yang cuba meredakan suasana yang tegang.

Dia tahu abang dia pasti akan mengamuk bila-bila masa sahaja. Siapa je yang akan tahan bila mama sendiri pentingkan kekayaan dari kebahagiaan anak sendiri.

"Maafkan mama saya ye Mina. Nama saya Kim Tahyung adik angkat Jimin."ujar Taehyung mesra.

---

"Mama nak Jimin kahwin juga dengan Kim Jennie tu. Keluarga dia salah satu keluarga terkaya di Korea kamu tahu tak."desak puan Park dengan wajah yang tegang.

"Betul cakap mama kamu tu Jimin keluarga kita pasti kaya raya kalau syarikat kita bergabung dengan keluarga Kim tu."ujar encik Park menyokong kenyataan daripada isterinya.

Jimin sudah mengurut dahinya sungguh dia pening dengan sikap kedua orang tuanya yang tidak habis-habis dengan perangai gila harta.

"Mama papa sudahlah tak kesian ke dengan abang."ujar Taehyung yang kesian dengan abangnya yang asyik didesak suruh berkahwin dengan pilihan orang tuanya.

"Kamu Taehyung naik atas masuk dalam bilik kamu sekarang jangan masuk campur!"tengking puan Park yang geram dengan sikap anaknya yang suka masuk campur hal orang tua.

Taehyung sudah pun mengalah dia kemudian memandang redup ke arah wajah mendung abangnya. Mereka bertatapan selama seminit sebelum Taehyung menuju ke biliknya.

"Tapi Jimin ada life Jimin sendiri. Penting sangat ke kekayaan tu. Keluarga kita lebih dari mampu berapa banyak lagi mama dan papa nak?"ujar Jimin dengan suara mendatar tiada langsung tercalit senyuman di wajah tampannya.

"Jimin choose sama ada nak kekalkan jawatan CEO dengan mengahwini Kim Jennie ataupun keluar dari rumah ni dan kahwin dengan perempuan tu. Jangan pernah jejakkan kaki di rumah ni lagi. Choose wisely."ujar encik Park yang terselit amaran berserta ugutan itu.

Jimin terkedu dengan pilihan papanya sungguh dia tidak menyangka papanya berkelakuan kejam seperti itu.

Lama Jimin berfikir dengan kata-kata papanya.

"Huhh Jimin buat keputusan untuk atur life Jimin sendiri."ujar Jimin dengan yakin.

"Baiklah kalau itu yang Jimin nak segala kemewahan Jimin kami akan ambil. Keluar dari rumah ni dan jangan jejakkan kaki di sini lagi melainkan jika Jimin mahu berubah fikiran."ujar encik Park tanpa rasa bersalah dengan keputusan yang dibuatnya.

TBC

Setakat ni bagus ke idok. Tq sape yang support FF ni. Jgn lupa vote n spam comment bebanyak.

Love you guys muahhh😘

17 Dec 2019-12.27 AM

[C]Bad Husband & Miss M ||  Park Ji MinWhere stories live. Discover now