19

1.5K 176 43
                                    

Terasa senak di bahagian perutku. Ya tuhan Jimin sudah gila betul-betul gila.

Belum cukup dengan itu dia menolak Mina sampai terkena bucu meja. Mina dapat merasakan cecair keluar dari kepalanya.

"A-aku dah tak tahan. Aku patut keluar dari tempat neraka ni. Think Mina think."gumam Mina cuba mencari idea untuk keluar dari situ.

Mina menolak Jimin dengan seluruh kudrat yang dia ada sebaik sahaja Jimin menghampirinya dan terus keluar dari rumah.

Aku terus berlari masuk ke dalam lif sebelum Jimin mengejarku. Badanku tersandar lemah di dinding lif.

"A-aku perlukan bantuan."ujar Mina sambil memegang kepalanya yang sudah berdarah.

---

Mina terus berjalan keluar dari bangunan tersebut tanpa dia sedar ada sebuah kereta menghampirinya.

Pon!

Ya tuhan ini ke pengakhiran hidupku. Kalau diberi peluang sekali lagi aku pasti akan balas dendam untuk semua perbuatan Jimin.

Mina terus merebahkan diri kemudian seseorang menapak keluar dari kereta tersebut. Nasib menyebelahi Mina bila kereta tersebut tidak melanggarnya.

"Hei kau tak apa-apa ke?"ujar seseorang.

Mina tidak dapat melihat wajah seseorang tersebut kerana pandangannya yang kabur dan terus pengsan tidak sedarkan diri.

---

Aku terus membuka mataku bila terdengar bunyi bising yang menyapa gegendang telingaku.

Itu Jin dan...

Abang aku.

"Nasib aku sempat berhentikan kereta aku kalau tak memang teruk Mina kena nanti."ujar Jin.

Jadi dialah orang yang hampir langgar aku tu?

"Sape yang berani buat adik aku macam ni. Habis lebam seluruh tubuh!"ujar Henry sambil mengepal penumbuknya.

"Shh rendahkan suara kau Henry kalau tak Mina akan terjaga."ujar Jin lagi.

"Macam mana keadaan adik aku."ujar Henry merendahkan suaranya.

Nampaknya mereka masih tak perasan aku.

"Adik kau ok takde apa-apa kecederaan bahagian dalaman cuma banyak kesan lebam di bahagian muka dan perut sahaja. Aku dah bagi bius supaya kesakitan dia berkurang."ujar Jin panjang lebar.

"Kau tak perlu risau adik kau ok dia kan kuat."ujar Jin sambil menepuk bahu Henry.

Lepastu aku tak dapat lagi mendengar perbualan mereka kerana mataku mula memberat dan seterusnya gelap duniaku.

---

Aku membuka mataku perlahan. Aku rasa sakit yang amat di bahagian kepala dan perutku.

Tidak lama kemudian seseorang menapak masuk ke dalam bilik.

"Princess you're awake."ujar Hoseok dengan pantas dia menuju ke arah Mina.

Bagaikan mengetahui kehendak Mina. Laju sahaja tangannya menuang air ke dalam gelas dan menghulurkannya ke arah Mina.

Mina terus meneguk rakus air tersebut sehingga habis.

"Thanks. Dah berapa lama saya kat sini dan saya kat mana ni?"ujar Mina sambil memandang sekeliling bilik tersebut.

Ini bukan rumah aku mahupun hospital..jadi aku kat mana.

"Dekat penthouse Henry. Atau lebih tepat lagi dekat Luna."ujar Hoseok.

Sungguh dia rasa sedih bila melihat Mina macam ni.

Kemudian figura Jin muncul dan mula menapak masuk ke dalam.

"How do you feel?"ujar Jin ingin mengetahui keadaan Mina.

"Aku rasa sakit kat bahagian kepala dan perut."ujar Mina jujur.

"Mungkin sebab kesan bius dah habis sebab tu rasa sakit. Aku bagi kau ubat pastikan kau makan kalau nak cepat sembuh."ujar Jin panjang lebar.

---

"Jimin ke yang pukul kau?"ujar Henry yang mula menapak masuk ke dalam.

Ketika itu Jin dan Hoseok sudah pun keluar dan hanya tinggal mereka berdua.

Mina menelan liurnya terasa kelat.

"Macam mana abang tau?"soal Mina pelik bagaimana dia tau tentang Jimin.

"Takkan dah lupa. Im Henry. Semua pasal kau aku tau dengan petik jari je."ujar Henry dengan angkuh.

Mina hanya tersengih bila mendengarnya. Abang dia masih sama perangai berlagak dia memang tak boleh tinggal.

"Hahaha ye lah macam mana adik boleh lupa mana ada rahsia adik boleh simpan daripada abang kan."ujar Mina sambil ketawa rindu dia hendak berbalah dengan abangnya.

"Tu sebab adik dah tua. Nyanyuk macam nenek."perli Henry sedas.

"Marah-marah pon sempat lagi nak perli adik eh."ujar Mina sambil menjeling Henry.

"Betul ke dia pukul kau. Jujur je aku dah tau sape Jimin tu dan keluarga dia jugak tak payah nak tipu aku."ujar Henry muka dia kembali serius

Mina hanya mengangguk. Takut hendak berlawan mata dengan abangnya.

TBC

Ok author tak tau yg ni best ke idok part ni mcm hambar namatey. Jgn lupa vote n spam comment.

27 Dec 2019-1.30 PM


[C]Bad Husband & Miss M ||  Park Ji MinWhere stories live. Discover now