MM-#9

28 1 0
                                    

"AWAK!!!!! BANGUNLAH! KATA NAK BAWA SAYA PERGI FUNFAIR HARI NI!"

Moonbin bangun dari tidurnya yang lena lalu memandang isterinya. Akulah tu. Hohoho. 'Haih... kalau dah adik-beradik sama aje. Terjerit sana sini.' Keluh Moonbin dalam hati.

"Yelah sayangku Eunbyul. Pergilah mandi. Awak ni serupa budak lima tahun tahu."

Aku mencebik. "Nanti anak awak macam ni juga tahu? Baik practice awal."

"Anak? Ouh... awak dah ready ke?" Aku bagi pandang maut free pada Moonbin. Ish!!! Sengaja aje nak kacau aku.

Aku masuk ke dalam bilik.lalu mandi. Malas nak layan Moonbin yang otak dah kuning tu.

Sampai sahaja Funfair, aku dah terlompat macam kangeroo. Lama gila tak pergi sini woi. Lepas dari balik dari Amerika dulu, bukan masa pertandingan ya. Lepas balik tu, tak dapat langsung nak pergi happy-happy. Tup tup terus gi sekolah. Huhuhu.

"Awak nak main apa?"

"Roller Coaster~! Jom!"aku mula tarik tangan dia. Tapi dia tak bergerak sikit pun.

"Tak nak." Aku pandang dia. Nampak muka chicken disitu.

"Awak jangan jadi macam chicken boleh? Kita bukannya jatuh pun naik benda tu."

"Amboi. Sedap mulut je kata nampyeon awak ni chicken ya?"

"Kalau bukan chicken, dah jomlah."

"Tak naklah awak."

Aku buat muka comel, tak jalan. Last-last aku guna cara yang dia akan setuju. Huahuahua. Jahat jap.

"Awak tak nak tak apa. Saya call Vernon jelah kalau macam tu. Dia boleh temankan say-"

"Eii... jangan nak mengada-ngada. Yelah-yelah jom. Tapi makanan awak belanja."

Aku mencebik. Berkira juga suami aku ni.

Bila dah naik Roller Coester tu, kami pun pergi makan. Baru nak bayar dia dah bayar dulu. Hoho. Sweetnya. Tadi kata nak aku belanja makan. Rupanya tipu-tipu je. Ni yang sayang lebih ni. Sayang awak. Ehek. Gedik jap.

"Sedap?" Soalan apa keluar dari mamat ni? Woi! Suami siapa ni? Sila angkut.

"Hmm!" Jawab aku dengan mulut penuh. Tak senonoh kau Eunbyul. Sedaplah wey. Corndog kot. Bukan anjing jagung ya guys.

"Comotnya isteri saya ni." Dia terus lap mulut aku guna jari dia. Aku pun tersengih seposen kat sini. Eh? Murah betul senyuman aku ya. Baik aku letak harga tinggi sikit. RM100. Hohoho. Payoh nak senyum tu.

Aku pandang sekeliling then nampak teddy bear besar warna coklat brown. Eh coklat dengan brown sama je. Hehehe.

"Awak, awak?" Aku mula menggedik. Apa salahnya. Dengan suami sendiri jot. Bukannya harom!!!

"Ya? Awak lapar lagi ke?"

"Tak lah. Awak sayang saya tak?"

"Soalan tadika mana awak kutip ni? Sayanglah. Gila tak sayang isteri yang sesewel awak ni. Bahagia hidup kahwin dengan awak tau." Aku tarik muncung sebab dia cakap aku sewel.

"Amboi panjangnya muncung tu. Macam penguin minta cium." Dia ambil kesempatan cium pipi berharga aku ni. Aku then tekup mulut dia.

"Saya tak nak ciumlah awak. Saya nak tu." Aku tunjuk ke arah teddy bear sebesar lima kaki tadi.

"Teddy bear? Saya tak nak?" Moonbin mula ukir senyuman nakla disitu.

"Awak boleh diet tak malam ni?" Mula ugut Moonbin.

"Yelah-yelah. Tak bolehlah gurau sikit." Dia bangun dan pergi ke arah permainan tu. Aku hanya ikut belakang dia dengan senyuman kemenangan.

"Hi. Nak cuba main ni? Boleh saya tahu hadiah apa yang adik nak?" Soal pekerja tu.

"Saya nak cuba dapatkan teddy bear besar tu intuk isteri saya."

"Ouh. Dah kahwin. Saya ingatkan masih belajar."

"Memang pun. Tapi kami kahwin awal. Kan sayang?" Aku pun angguk jelah dengan apa yang Moonbin kata. Malas nak layan dia.

"Kalau macam tu, game ni senang je. Adik kena tembak tepat pada belon-belon ni. Macam yang adik nampak, hadiah ni adik akan dapat kalau adik berjaya tembak 15 belon."

Moonbin pun angguk.

"Kalau macam tu saya nak cuba. Sekali."

Aku pandang Moonbin dengan mata membulat. Sekali je? Kalau miss cam mana? Acah powerlah dia ni. Suami siapa sesat ni woi!

"Biar betul awak ni? Sekali je? Dengan 15 biji beluru awak boelh dapat semua ke?"

"Awak sepenarnya tak tahu saya sepenuhnya. Saya sebenarnya ada belajar menembak dari umur saya 10 tahun tau. Pistol betul lagi. Kata appa, untuk keselamatan saya. Dalam rumah kita tu ada pistol. Awak je tak tahu saya simpan kat mana."

Kali ni aku bulatkan mata aku sebesar bola. What? Kenapa dia tak bagitahu? Seram siot.

"Tahniah! Adik dapat juga teddy bear ni. Tak pernah lagi ada orang menang dengan game saya untuk dapatkan bear ni. Adik orang pertama."

What? Dah dapat? Seriuslah? Tadi aku mengelamun ke apa?

"Awak tak nak ke teddy bear ni? Kalau tak nak, saya bagi yeoja lain." Aku tersedar dari mengelamum, lalu rampas.... RAMPAS SEMUA. Eh lagu Akim pula keluar. Rampas teddy bear dari Moonbin.

"Terima kasih cinta hati dinda." Aku peluk patung tu. Fluffy sia. Aurthor pun jealous. Hoho.

"Terima kasih je?"

"Habis tu nak apa?"

"Kiss." Aku buat muka menyampah then kiss pipi dia.

"Tak nak kat situ. Sini." Dai tunjuk bibir dia.

"Eii awak ni-" tak sempat aku habiskann ayat aku, aku rasa benda lembab dan basah di bibir aku. Moonbin kiss aku sia!!!!

Memerah muka aku. Huhu.

"Alololo, kenapa merah-merah muka awak ni? Nak cendol eh? Esok repeat okay?" Moonbin buat take line manalah ni? Boypreng sapa ni weh? Eh salah dah kahwin dia.

"Cendol awak. Dah jomlah balik. Penatlah."

"Yelah sayang."

Tanpa kami sedar seseorang perhatikan kami dari jauh.

"Bergembiralah korang sekarang. Tapi jangan harap aku akan biarkan korang bersama lepas ni."

-TBC-

My Moon - Moobin Astro FF !!!Complete!!!Where stories live. Discover now