MM-#12

31 1 0
                                    

Yeay!!! Hari ni first time kerja~. Yohoo~! Nak tahu aku kerja mana? Kerja... bawah syarikat Moonbin! Hah! Korang tak tahu kan? Ayah aku sebenarnya lawyer. Lawyer paling boleh dipercayai. Sebab tu keluarga kitorang kaya. Hoho. Aku kahwin dengan Moonbin bukan sebab syarikat ya guys. Kahwin Appa dengan Eomma kitorang ni lah. Hadoi. Pandai-pandai dah buat janji dari sebelum kitorang lahir. Hekhek. Kenalah kahwin awal.

"Hmm.. patutnya aku kena jumpa siapa eh?" Aku jalan menuju ke kerani.

"Hi! Saya Yoo Eunbyul. Isteri kepada anak tuan syarikat ni. Saya rasa suami saya sekarang nilah yang jadi CEO."

"Ouh. Selamat pagi puan."

"Awak janganlah berpuan dengan dengan saya. Saya ni lagi muda. Hoho. Awak panggil saya Eun je. Saya panggil awak unnie okay?"

"Tak apa ke? Saya ni kuli je kat sini."

"Eh, kuli ke apa, unnie tetap manusia biasa. Sebenarnya, saya ni nak interview kerja."

"Eh? Bukan suami Eun, Tuan Moonbin ke? Yelah, dia tak bagitahu apa-apa? Jumpa dia terus ke?"

"Hmm... tak ada pula. Tinggalkan saya macam tu je. Apa punya suamilah."

"Hmm... kalau macam tu. Puan naik je atas. Tingkat 15. Bilik dia, pintu yang besar ada golden sikit tu. Eun pergi dalam bilik. Masuklah dalam. Kalau orang kat tingkat tu tak bagi, kata dia call saya. Saya bagitahu diorang."

"Okay thanks....???"

"Yoona. Choi Yoona."

"Okay thank Yoona unnie~!"

Di tingkat 24...

"Errr... adik ni cari siapa?"

"Haa.... saya... Yoon Eunbyul. Isteri kepada Tuan Moonbin. Saya nak jumpa dia."

"Isteri?"

"Yelah. Kalau tak percaya, pergilah tanya Yoona unnie yang jaga kaunter bawah tu."

"Ouh tak apa. Puan nak saya tunjuk bilik Tuan Moonbin?"

"Please."

Aku kenalah berlagak sikit. Hohoho. Isteri CEO kot.

Di bilik Moonbin....

Aku ketuk beberapa kali sehingga dia arahkan aku masuk. Dia pandang ke arah aku.

"Sayang?"

"Oppa! Sanggup oppa tinggalkan saya dekat parking macam tu je? Dah tak ingat bini awak ni ke? Dah lah saya kerja kat bawah company awak. Buat malu je pergi tanya pekerja kat bawah." Aku mula membebel.

"Alololo. Mianhae. Saya rushing sangat tadi. Semua benda lupa." Dia datang ke arah aku ingin memeluk. Aku pun tolak tangan dia.

"Hei! Ini office. Kira public juga tau. Dah lah dinding bilik awak ni cermin semua. Boleh nampak tau!"

Dia kembali ke mejanya dan ambil satu remote kecil. Dia tukan punat salah satu punat dari remote tersebut lalu dinding cerminnya menjadi pudar dan orang luar tidak boleh nampak.

"Eh... kenapa awak buat macam tu?"

"Saja je. Nak kiss." Dia dekatkan kepalanya.

"Awak! Saya datang sini nak kerja. Bukan bercinta."

"Yelah-yelah. Awak kerja sebagai PA saya okay?"

"Hmm... okaylah. Saya nak kerja hari ni okay? Bosan duduk rumah tu."

"Boleh. Hmm... hari ni rasanya tak ada kerja. Awak buat air saya boleh? Then tolong saya periksa semua fail-fail ni. Appa tinggalkan banyak ni. Sengaja aje dia tinggalkan banyak macam ni." Moonbin tunjuk muka aegyonya.

My Moon - Moobin Astro FF !!!Complete!!!Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ