Part 7

176 7 0
                                    

                Jadi, mereka mendapat cuti mereka kembali tapi rasa sayang pula mahu lepaskan. Kecuali Mira. Dia saja yang tiada hati dengan Emir tapi lelaki itu menyimpan seribu perasaan kepadanya.

                         "Mira mana?" soal Emir kepada Mizah dan Solihah. "Dia dah balik semalam. Katanya ada hal penting." kata Solihah. "Oh..takpelah. Thanks." kata Emir dengan pasrah.

                         Fatin dan Syed bertemu buat kali terakhir. Pertama kali, Fatin mengukirkan senyuman ikhlas kepada Syed. "Jadi, thanks sebab selamatkan aku." kata Fatin. "Dah jadi tanggungjawab aku untuk jaga anak buah aku. Kau tu. Jangan gelojoh sangat." pesan Syed. Fatin ketawa kecil. Dia melihat cincin pertunangan Syed dan dia rasa inilah masanya.

                      "Erm..congrats." ucap Fatin. "Ahaha. Thank you. Eh, nanti datanglah." kata Syed. "Erm...ok." balas Fatin tapi matanya hampir berkaca. Dia melihat Syed pergi dan bakal mendirikan rumah tangga dengan seseorang. "Aish.. sudahlah Fatin." air mata yang menitis dilap. "Kau hebatkan. Kenapa menangis?" dia ketawa kecil sambil mengelap air mata. Tapi..luka di hati itu membuatkan dia menangis seorang diri.
       
                         "Next plan?" soal Ian. "Balik rumah kot. Lama tak jumpa dengan family." balas Ain sambil mengukirkan senyuman. "Good. Lepas ni kita takkan berjumpa lagi kot." kata Ian. "Kenapa?" soal Ain. "Go back to work." kata Ian." Kalau macam tu...hari-hari saya tengok laut.Ok?" soal Ain. Ian ketawa.

                        "Jadi...selamat bercuti yang agak panjang." kata Dee kepada Adam. Adam tersenyum. "Kau dah sihat?" soal Adam. "I'm ok. Thanks to you.". "Welcome. Aku kena pergi dulu. Bye. Assalammualaikum." kata Adam. "Waalaikumussalam." balas Dee. Mereka beralih ke arah lain. Tapi jarum minit berhenti dan mereka beralih ke belakang kembali. Satu sama lain. Dee mengukirkan senyuman dan kini, Adam membalasnya.

                       Solihah melangkah keluar daripada bangunan itu kerana kenderaan untuknya sudah tiba. Wajahnya berubah sedikit. Ingatkan mahu berjumpa Rayyan buat kali terakhir tapi..biarlah. Mungkin lelaki itu juga bukan takdirnya. "Solihah!" gadis itu beralih dan melihat Rayyan di belakang.

                      "Yes?" soalnya. Rayyan termengah-mengah. "Saya.. sukakan awak." kata-kata Rayyan membuatkan Solihah turut termengah-mengah. "What?". "I love you.. I really really love you." jelas Rayyan menyakinkan Solihah. Gadis itu tersenyum kerana cinta buat kali pertama.

                      "She sweet but a psycho..lalala.." Mizah masih menyanyikan lagu kegemarannya. Meskipun Reza sudah pergi awal tanpa memberitahunya, Mizah cuba menghiburkan hatinya yang kosong itu. Herm.. Telefonnya berbunyi. Panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali.

                      "Hello?" soal Mizah. "Hello?" masih lagi tiada menjawab. "Hish..malas nak layan." dia rimas mahu menamatkan panggilan tapi segera pemanggil bersuara. "Tunggu." Mizah mengerutkan dahinya. "Reza?" soalnya. "Yes. Sorry, saya tak tahu nak cakap apa dekat awak tapi..yang pasti saya rasa saya rindukan awak." luah lelaki itu panjang lebar. Tapi Mizah masih tidak mengerti.

                    "Panjangnya. Tak faham." katanya selamba. "Ya Allah, blurnya awak ni." Reza menggelengkan kepalanya. "Herm..bini awak tak marah ke telefon saya ni?" soal Mizah sambil mengemas bajunya. Reza mengerutkan dahinya. "Ha? Bini? Bila saya kahwin?". "Eh! Bukan ke hari tu awak cakap yang awak dah kahwin?".

                      "I'm just kidding. Awak nilah..comel." pipi Mizah merah padam mendengarnya. "Ish.." Reza ketawa kecil mendengar keluhan Mizah. "Sorry sebab balik awal semalam.". "Is ok.". "Oklah, saya pergi dulu. Bye." kata Reza tapi dia enggan untuk menekan tamat panggilan. "Bye.." begitu juga Mizah. "Erm.. bye." Reza masih tidak mahu meninggalkan Mizah. "Bye." gadis itu serupa.

ALPHA SPECIAL TEAM (C)Where stories live. Discover now