misi: ceroboh

1.4K 103 10
                                    

【Base MATA - 4.06 Pagi】


Lampu merah kecemasan menyala diselangi bunyi bingit penggera kecemasan itu bersilih ganti. Para robot pertahanan pada bahagian dalam mula berlari ke arah satu bilik di mana penceroboh itu dikenal pasti. 

Penceroboh itu menyelinap masuk ke dalam satu bilik ke bilik yang lain, melarikan diri daripada robot-robot tahanan itu. Kadang-kala dia menoleh ke belakang, melihat lebih ramai robot-robot itu mengejarnya dengan tangan yang diacukan untuk menembaknya. 

Dia berdecit marah lalu mengelak serangan tembakan robot-robot itu. 

Bom renjatan elektrik sebesar saiz guli itu dibaling berdekatan robot-robot itu sebelum ianya meletup lalu mengeluarkan renjatan elektrik voltan tinggi. Renjatan itu menyebabkan sebahagian robot pertahanan itu rosak dan meletup.

Dia ketawa sinis. 

Kini sasarannya, Bilik Kawalan MATA

Terus berlari, dan berlari tanpa henti. Walaupun penat tetapi entah mengapa dia tidak boleh berhenti sendiri. 

" berhenti di situ, penceroboh! " arahan salah satu robot itu tidak diendahkannya. 

Bilik kawalan hanya beberapa meter sahaja lagi di depan mata. Dia kini bersiap sedia dengan adanya robot tempur yang lebih besar atau yang akan menyerang hendap dari tepi. 

Robot dron muncul di setiap sisi base itu lalu mula menyasarkan target si penceroboh. Sedia untuk tembak. 

Tetapi sang penceroboh pantas bertindak, dia melompat ke atas satu robot kecil bersaiz lelaki dewasa lalu menyerang robot-robot yang makin menghampiri. Dia melompat lagi ke arah robot yang lain dan meletup kerana ditembak robot lain. 

Dia menyerang balas dengan melemparkan satu besi berpusing seperti boomerang lalu mengenai setiap jajar barisan dron pada sisi base itu. 

Dia tersenyum sinis. Kali ini dia berdiri di depan pintu bilik kawalan. Pintu itu terbuka setelah kata laluan dimasukkan. 

Dia melangkah masuk sebelum meninjau keseluruhan bilik kawalan itu. Dengan skrin lebar, di mana di sinilah semua ejen menerima misi mereka dari general.

Kakinya laju melangkah ke arah meja bulat lalu menekan satu butang yang memancarkan hologram. Lalu dia menaip sesuatu pada pancaran hologram itu dan mencari satu fail di mana sasaran sebenarnya berada. 

" kau, lari dulu. Ejen lain dah semakin dekat! Diorang ke sini! Dapatkan dokumen itu dulu! " alat komunikasi berada dalam anak telinga itu diterima baik. Lantas, dia mendapatkan dokumen iyang dicari-cari sebelum mengakses ke pada lokasi yang diberikan oleh Dos. 

Beberapa ketika, pintu bilik kawalan tersebut dibuka. Muncul Ejen Bobby dan Ejen Fit dengan pistol diacukan.

" damn, " Ejen Fit menggigit bawah bibirnya. " sasaran dah terlepas, dia sempat melarikan diri. "

Ejen Bobby tidak berkata apa, dia merenung pada pancaran hologram yang masih memancarkan cahaya biru dengan tulisan kuning padanya tertulis,

First Mission; Accomplished




ㅡ 



Telefon berbunyi nyaring itu mengejutkan Ali dari tidur. Dia terus melihat skrin telefon. " alamak! Macam mana boleh terlajak tidur ni! "

Dia bingkas turun dari katil lalu menyiapkan diri untuk ke sekolah. Habislah, dia dah lambat! 

Sampai sahaja Ali di kelas, dia menarik nafas lega. Nasib baik baki lagi 5 minit, kalau tak habislah dia kena denda dengan Alicia tu, ergh! 

" Ali! Selamat pagi! Haiya, nasib baik kau sempat ah, kalau tak habislah kau lagi dengan si Alicia tu! " Viktor yang berada di tempat duduknya menegur mesra. Ali tersengih seperti kerang busuk sebelum dia mendekati Viktor untuk melihat apa yang sahabat baiknya lakukan pada pagi itu. Khusyuk betul dengan tablet. 

" w-weh! Ini bukan game! " Ali ternganga luas apabila tidak percaya yang- Viktor sedang ulang kaji? 

Awal pagi macam ni?

" haiya! Peperiksaan dah nak dekat, meh! Kenalah study! " Viktor ketawa kecil.

" t-tapi aku selalu nampak kau main gameㅡ "

" itu dengan kau jelah. Lain masa, aku ulangkaji. " dia tersenyum lebar manakala Ali menggulingkan matanya ke atas tanda menyampah. 

Well. tak peliklah kalau Viktor selalu mendapat keputusan yang bagus tiap kali peperiksaan. Walaupun tidak setanding Alicia, tetapi Viktor boleh dikatakan pelajar cemerlanglah jugak.

" hah, lainkali ikut Viktor tu Ali. Jangan asyik tido je kerjanya! " Puan Maimunah entah dari mana datangnya berada di antara Viktor dan Ali.

Ali seperti biasa, gelabah sebab terkejut sedangkan Viktor hanya tenang. 

" nasib baik pencapaian kamu dah meningkat! Cikgu harap kamu tingkatkan lagi prestasi kamu tu ya! Kalau tak, cikgu gerenti, tahun depan jumpa lagi! " hujung rotan dihunus betul-betul depan muka Ali.

Ali ketawa kekok. " b-baik cikgu. "

" hah, sudah! Duduk tempat masing-masing! " 

Semua murid dalam kelas itu terus meluru ke tempat duduk masing-masing lalu tersenyum hambar melihat reaksi Puan Maimunah yang serius dan garang sentiasa. 

Pembelajaran pun bermula. 



ㅡ 


vote, komen sekali :) 


Ejen Ali | Misi: Æ [✅] Where stories live. Discover now