(12) Epilog

619 56 18
                                    

"Ali, sila ke platform untuk menjalani latihan kecekapan." Ejen Geetha memanggil satu-satunya ejen yang masih belum menjalani latihan kecekapan ejen muda pada hari itu.

Ya, Ali telah sedar daripada koma dan kini dia kembali menjalani harinya sebagai seorang ejen.

"Hoi, pergilah cepat." Kata seorang gadis cina.

Pakk!

Kuat tepukan yang dihadiahkan kepada lelaki itu sehingga berbunyi dan bergema di dewan utama akademi itu.

"Sakitlah! Suka-suka hati kau je nak tepuk aku! Nak tepuk bayar sejuta, kau ada?" Bergema perlahan suara lelaki yang ditepuk oleh gadis cina itu.

Serius, kuat gila gadis itu tepuk sampai bergerak ke hadapan beberapa langkah lelaki itu dibuatnya.

"Bla, bla, bla. Dah pergi sana cepat.", Gadis itu selamba berkata lalu memeluk tubuhnya dan memandang ke arah platform latihan.

Lelaki itu merengus perlahan sambil kaki menapak ke arah platform latihan.

"Sedia? Mu..."

"Eh, kejap!"

Ali yang memotong percakapan ejen Geetha menyebabkan semua ejen memandang ke arahnya.

"Kejap eh..." Kata Ali sambil menanggalkan sesuatu daripada dirinya.

Lalu sesuatu itu dilontar ke arah Alicia. Alicia apa lagi? Tangkap lah.

"E..eh?" Alicia terkejut, begitu juga dengan yang lain.

Semua ejen-ejen yang berada di ruang utama akademi memandang ke arah Ali yang berada di platform latihan.

Tanpa IRIS, Ali akan menjalani latihan kecekapan itu.

Pada permulaan larian, Ali berlari dengan kelajuan terpantas serta asap kelabu muncul di sekeliling badannya.

Halangan pertama, tembok tinggi setinggi 20 meter yang di seberang akan diserang all out oleh pelbagai droid MATA.

Hanya ejen muda profesional seperti Alicia dan Rudy berjaya melepasinya manakala yang lain gagal

Halangan pertama dilepasi oleh Ali dengan mudah dengan bantuan gajet gasing milik mendiang ibunya manakala dirinya berlindung disebalik yoyo shield.

Halangan kedua berupa tangga. Ali memecut pantas melalui dinding dan pecutan yang dibuat olehnya mengejutkan semua orang.

Pecutan itu serasi seperti seseorang...

Uno!

Di halangan kedua, Ali membaling sebuah gasing kecil bersaiz kurang daripada tapak tangan ke arah suis berdekatan dengan tangga itu.

Selepas gasing itu masuk ke dalam kotak suis itu, Ali menekan sesuatu pada jam yang dipakainya.

Secara automatik, tangga yang hilang anak tangganya muncul semula lalu Ali berlari pantas menggunakan tangga itu.

Halangan terakhir pula, Ali perlu mengelak serangan droid tahap tinggi tetapi tidak boleh dimusnahkan. Hanya mengelak dan stun droid tersebut, tanpa memusnahkan droid-droid tersebut.

Ejen hanya boleh mengelak dan menyerang droid tersebut untuk paralysed droid-droid tersebut.

Ini bermaksud, sekiranya ingin menghentikan droid tersebut, jangan memusnahkannya tetapi cari strategi untuk tutup sistemnya.

Ali hanya tersengih melihat halangan terakhirnya. Dia mempunyai senjata rahsia yang akan dibawa ketika perlu.

Sejurus Ali memasuki halangan terakhir, serangan tanpa henti dilancarkan oleh semua droid yang berada di situ.

Ali mengelak segala serangan dengan pergerakan pantas dan asap kelabu yang mengelilinginya lalu tiba di tengah-tengah platform halangan terakhir.

Semua ejen agak terkejut kerana tengah platform merupakan kawasan yang paling dihindari oleh ejen-ejen yang melepasi latihan itu iaitu Rudy dan Alicia.

Serangan yang dilancarkan oleh semua droid berlaku sangat pantas! Tetapi semua kelihatan keliru kerana tiada letupan yang berlaku.

Apabila ejen-ejen memandang ke hadapan, semua droid terpadam. Droid-droid itu dimatikan oleh Ali menggunakan letupan dos kecil Azurium!

Ejen-ejen yang melihat dapat mengetahui bahawa Ali menggunakan Azurium kerana terdapat serpihan kecil Azurium di atas lantai.

"Eh, mana Ali?" Tanya Alicia kepada semua ejen.

Semua ejen melihat ke arah platform latihan, Ali tiada di platform latihan mahupun platform tamat latihan! Cuma, logo teras Tekno tiada di platform tamat latihan.

Tiba-tiba ada asap bergerak pantas di belakang Alicia!

"Alicia! Belakang awak!" Jeritan Iman membuatkan Alicia membulat mata apabila merasakan kemunculan seseorang di belakangnya.

Alicia tidak sempat mengelak tetapi terasa seperti belakangnya ditepuk perlahan.

"Amacam?" Suara Ali muncul disebalik asap kelabu di belakang Alicia.

Sebaik sahaja asap hilang, muncul pula Ali sambil memegang logo Tekno tanda dia berjaya menghabiskan latihan kecekapan.

Ali tersenyum kecil sambil membuat gaya tabik dengan dua jari.

Ejen Leon pantas kembali ke realiti selepas terkedu melihat prestasi mendadak milik Ali.

"Err... Ali, 35 saat!"

Mendengar keputusan itu, apalagi berlari semua ejen ke arah Ali kecuali Rudy dan Alicia untuk mengucapkan tahniah.

Alicia disebelah Ali cuma memberikan senyuman kecil. Sempat Alicia berkata, "fight aku jom esok."

Semua ejen termasuk Ali terkejut. "Serius lah?!" Ali terkejut tahap maksimum.

Alicia pula hanya tersenyum.

•••























° Bukalah Matamu °

•End•

Bukalah Matamu¹ ✔️Where stories live. Discover now