Awalan, Pada diriku.
Tak peduli seberapa banyak goresan yang ada tanpa bentuk melukai hati
Tak peduli seberapa deras tangisan dan kerasnya teriakan perihku selama ini
Tak peduli seberapa banyak luka yang telah merobek-robek hatiku hingga terderai nama traumaAku mahu bangkit lagi, perbaiki lagi diri
Aku mahu semangat dan aku juga mahu menyelamatkan aku dari perasaan perasaan keliruAku tahu, rasa ini sendirilah yang merenggut bahagia aku untuk beberapa kali nanti
Tapi, aku sudah siap untuk berjanji sendiri bersiap siap agaraku tak terpeleset kemudian jatuh kehilangan logikakuKedepannya, aku mahu berusaha maafkan diri sendiri kerana masa lalu tidak akan tinggal diam saja
Aku persiap diri untuk pegang janji
Bahwa aku perlu usaha tidak menangis dan terus menyerah
Aku mahu perbaiki diri dan jalani hidup lebih baik dan semampu akuUntuk kamu yang hanya memerhati, persetankan tanggapanmu
Aku tak mahu peduli lagi bisikan syaitan ditelingaku setiap kali kata mu kau tuju kepada aku
Iya, benar aku cukup marah
Tapi, kamu tidak akan pernah lalui apa yang aku sedang lalui sekarang kerana jalan kita beda
Cukuplah, kita hidup insan akan senantiasa bergantung
Tidak hari ini, pada esoknya
Tidak esok, nanti.Tulisan awal; 010120
Thanks yang sokong dari awal menulis. Penulis sendu. Lots of love.
YOU ARE READING
Cebisan Bicara
RandomYang ditulis itu cuma sekeping nota, untuk diingati; Terkadang berkongsi tulisan itu semacam penawar, untuk mengubati; Jiwa dan hati itu cuma satu, untuk dijagai; Perasaan itu punya banyak makna dan rasa, untuk dikongsi; Terima kasih. Iloveyougais.X...